Tuesday 4 August 2015

Jom Kahwin!

“Nanti bila suda besar kita kahwin ya.” Kanak-kanak berambut pendek berkata kepada kanak-kanak lelaki disebelahnya.
“saya tak nak kahwin dengan awak.” Balas kanak-kanak lelaki tersebut.
“kenapa?”  kanak-kanak perempuan tersebut menyoal dengan wajah yang keruh.
“saya nak kahwin dengan perempuan yang sekolah tinggi-tinggi, nak kahwin dengan perempuan cantik.”
“nanti saya belajarlah tinggi-tinggi, nanti saya pakailah cantik-cantik.”
“awak tak pandai, awak tak cantik, baju awak kotor.” Kanak-kanak perempuan tadi melihat pada bajunya, tidaklah kotar cuma warnanya kelihatan kusam mungkin kerana telah hampir dua tahun digunakan.
Itu adalah cerita 21 tahun yang lalu ketika dia masih berada dalam darjah dua. Kanak-kanak perempuan itu adalah Addawiyah Maaruf manakala kanak-kanak lelaki itu adalah Johnson Wong, dan kerana cerita itu juga Addawiyah kini telah berjaya. Bagi sesetengah orang mungkin itu adalah alasan karut yg disimpan  oleh seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun, tapi itulah hakikatnya.
Addawiyah yang kini telah menyandang jawatan sebagai Pensyarah disebuah University tempatan. Addawiyah dan Johnson Wong bukan sahaja menjadi teman semasa di sekolah rendah, tetapi semasa di sekolah menengah dan seterusnya di Universiti. Namun hubungan rapat mereka hanya setakat di sekolah rendah. Atas sebab peningkatan usia remaja menyebabkan telah ada rasa segan pada diri masing-masing, namun bagi Addawiyah, perasaannya terhadap Johnson Wong tidak pernah berubah dia sentiasa mengikuti perkembangannya sehinggalah mereka terpisah kerana Johnson meneruskan pengajiannya di luar Negara. Manakala Addawiyah pula setelah tamat ijazah terus sahaja bekerja sebelum menyambung semula pengajiaannya ke peringkat master.
Sejak mereka meneruskan perjalanan hidup masing-masing, tidak ada lagi cerita yang di dengari oleh Addawiyah, walaupun hakikatnya adalah mudah untuk Addawiyah untuk mendapatkan cerita berkenaan Johnson melalui mamanya kerana mamanya dan mummy Johnson adalah sahabat baik semasa mereka tinggal di taman perumahan dahulu sebelum bapa Johnson membeli sebuah bungalow di kawasan yang berhampiran.

“Add, mama ada benda nak cakap ni, tadi ada mummy Johnson ada call, dia jemput kita pergi rumah dia untuk sambut birthday cucu dia.” 
'cucu? anak siapa mama?' Add bertanya sambil mengerutkan kening, almaklum dia hanya mengetahui abang kepada Johnson yang telah berkahwin iaitu Jeremy, tapi dia tak tinggal di Malaysia, dia berada diluar negara menjalankan perniagaan keluarga mereka di sana, manakala kakak kepada Johnson pula Jennifer baru sahaja berkahwin awal tahun lalu iaitu 4 bulan yang lalu. adik Johnson pula Jessica masih lagi melanjutkan pelajaran di University tempatan. habis tu anak siapa? Add masih berteka teki.
'Anak Johnson.' jawapan ringkas puan Rashida, mama Add menyebabkan nafasnya terhenti seketika, masih cuma mentafsir jawapan mamanya.
'petang nanti teman mama ya.' tak ada jawapan dari ulas bibir Add hanya anggukan mengiyakan, masih terkejut dengan jawapan mamanya. 

IMBAK CANYON

 Assalamualaikum, lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hikin...