1- “Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau
makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran
hilai tawa dari rakan-rakan Daos atau nama sebenarnya Ferrdauos.
Qarysha
yang sedar sergahan itu ditujukan untuk dirinya berpaling. Melihat muka Daos
dengan sengehan mengejeknya menambahkan sakit hati Qarysah. “Yang kau sibuk
kenapa?. Kalau aku makan bertambah gemuk maknanya aku nda membazir, lain la
macam kau tu, makan bertan-tan pun tetap juga kurus kering!. Membazir saja.”
Serentrak itu kedengaran satu dewan makan mentertawakan Ferrdaous. Panas
hatinya setelah niatnya untuk mengenakan Qarysha tidak kesampaian malahan telah
memalukan dirinya sendiri.
Sememangnya
dia dan Qarysha adalah musuh tradisi, dahulunya Ferrdaous dan Qarysha adalah
rakan sepermainan, tidak terlalu rapat namun mereka tinggal di satu taman
perumahan yang sama menjadikan hubungan mereka baik. Namun setelah menapak ke sekolah
menengah tingkah laku Ferrdaous berubah, kerana malu ditertawakan mempunyai
teman wanita yang hodoh dan gemuk menyebabkan Ferrdaous membenci Qarysha.
Walaupun hakikatnya mereka hanya berkawan sahaja, disebabkan Ferrdaous
merasakan usikan itu memalukan dirinya, Qarysha sering dimalukan dihadapan
kawan-kawannya bagi membuktikan dia tidak pernah bercinta dengan Qarysha.
Qarysha
dan Ferdaous sama-sama adalah pelajar harapan sekolah, mereka sama-sama
bersaing untuk mendapat tempat teratas, kadang Qarysha ditangga teratas kadang
pula Ferrdaous ditangga teratas, dalam pelajaran mereka tetap bersaing sihat
walau diluar mereka adalah musuh ketat!
2- Qarysha setia menanti di pintu
pagar sekolah, hari ini dia ditugaskan untuk mengawasi pintu pagar sekolah.
Dari jauh lagi Qarysha telah melihat susuk tubuh yang dia kenali, “Daos!, siap
kau hari ni!.” Qarysha bermonolog sendiri. “Nama?!” Qarysha berlagak sedang
bersedia mencatat sesuatu d atas buku samannya.
“Nama
aku GENDUT!. G.E.N.D.U.T suda kau tulis?. Daos menjungkitkan kening seperti
sedang mengejek Qarysha.
Qarysha
menahan sabar didalam hati “bukan namamu CICAK RAMPING bin BIAWAK KERING
kah??.” Mata berlaga, kasar nafas
dihembus. Perasaan marah telah bercampur dengan perasaan malu. Ferrdaous Sekali
lagi dimalukan dihadapan pintu pagar sekolah dengan disaksikan oleh rakan-rakannya
dan pengawas bertugas yang lain.
“Kau!!!,
kau pikir kau pengawas bagus la kunun?!” Ferrdaous berlalu sambil merampas
kertas saman yang telah disua dihadapan hidungnya. 30sen adalah jumlah yg kecil
namun rekod yang yang disimpan akan menyebabkan markah disiplin ditolak. “nanti
kau gendut! Siap lah kau nanti!” terkumat kamit Daos menyumpah seranah Qarysha.
Usai
sudah sesi pembelajaran pada hari ini, Qarysha bergegas keluar dari kelas
dengan satu tujuan, dia bergegas untuk pulang ke rumah, hari ini bas uncle Ng
masuk bengkel, ini maksudnya hanya ada satu sahaja bas yang akan sampai ke
kawasan perumahannya. Jam telah menunjukkan tiga petang, badannya terasa letih
dengan kelas tambahan yang tiba-tiba diadakan pada petang tadi, walaupun letih
namun kaki tetap dihayun untuk memastikan dia dapat menaiki satu-satunya bas
yang akan memasuki kawasan perumahannya, “mati aku kalau aku terlepas bas ni,
kalau nda sempat mau lagi menunggu sampai petang.” Qarysha bermonolog sendiri.
Setibanya
diperhentian bas harapannya menjadi hampa, Qarysha melihat disekeliling
perhentian bas, melihat kalau-kalau Ferrdaous dan Maliki masih ada. Hanya
Ferrdaous dan Maliki harapannya kerana
hanya meraka bertiga yang tinggal di taman perumahan yang sama. Namun pencarian
matanya berakhir dengan kehampaan. Pastinya bas ganti yang akan sampai ke taman
perumahannya telah pun pergi. Hatinya bagaikan hendak menangis, pastinya kali
ini dia terpaksa berjalan kaki satu kilometer untuk sampai ke rumahnya. Satu
kilometer bukanlah satu halangan bagi diri Qarysha, namun anjing milik tauke
kedai runcit yang terletak berdekatan taman perumahannya itu yang
menyebabkannya kecut perut. Anjing yang tingginya paras pinggang berwarna hitam
dan seperti sedang menunjuk-nunjuk gigi taringnya itu amat menakutkan.
Seperti
yang ditakuti Qarysha setibanya dihadapan kedai tauke Soon Tat anjing garang
milik tauke itu telah menggonggongnya, persis Qarysha adalah seorang pencuri,
mula-mula Qarysha hanya berundur perlahan-lahan menjauhkan diri dari anjing
yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tempatnya berdiri, namun
pergerakkan itu telah bertukar menjadi larian apabila anjing tersebut telah
berubah rentak dari hanya berdiri menggonggang kini berlari kearah Qarysha. Qarysha
yang hilang punca terus sahaja angkat kaki, otak tak sempat mencerna kerasional
tindakan Cuma bertindak mengikut rentak badan, longkang dihadapan cuba
dilompat, namun akibat dari tubuh badan Qarysha yang berat mengakibatkan
lompatan Qarysha sedikit terencat sekaligus menyebabkan hujung kaki kirinya
tersadung pada tembok longkang.
Dunia
seakan berhenti, memberikan ruang kepada Qarysha mencerna kembali perkara yang
baru berlaku sebentar tadi. Anjing! Ya anjing tadi sedang merenung kearah
Qarysha yang sedang selesa duduk didalam longkang sambil menggoyangkan ekornya.
Tauke Soon Tat berlari kearah longkang tersebut, membantu Qarysha keluar dari
longkang sambil berulang kali memohon maaf.
“aiya!
Amoi lu punya kepala ada darah owh!. Mari uncle kasi cuci itu luka.” Sambil
mengajak Qarysha untuk kekedainya. Namun pelawaan Tauke Soon Tat ditolak dengan
baik. Bukan kerana marah pada tauke tersebut, bukan juga takut kerana anjing
tauke itu sedang merenungnya, tapi kerana dia tersangat malu dengan kejadian
itu. Dia tidak pasti sama ada ada sesiapa yang melihat kejadian itu atau tidak
kerana dia sendiri malu untuk mendongak meninjau sekiranya ada mata yang sedang
melihat kejadian itu. Qarysah berjalan menuju kerumahnya sambil sedikit
terhincut-hincut akibat kakinya yang tersadung sehingga menyebabkan dia
terjatuh tadi.
Maliki
berlari-lari menuju ke rumah Ferrdaous, sesungguhnya kejadian telah
membuatkannya serba salah. Ya! Maliki adalah salah seorang yang melihat
kejadian itu ketika dia hendak ke kedai tauke tersebut untuk membeli chewing
gum.
“Daos!
Daos!.” Panggilan Maliki dijawab oleh Ibu Ferrdaous. “kenapa kau Maliki? Macam
dikejar anjing saja.”
“Daos
adakah makcik?”
“Ada
dia di dalam, sekejap ya, makcik pigi panggil dulu dia. Mari masuk dulu bah,
panas diluar tu.” Maliki yang sudah terbiasa dengan rumah Daos tanpa segan
terus sahaja duduk di sofa di ruang rehat itu.
“Kenapa
Maliki? Kau cari aku ka?”
“Anu..
Daos, si Qarysha tadi dikejar anjing tauke Soon Tat.”
“ha?!
Hahaha! Padan mukanya.”
“Ish!
Jangan kau begitu bah, kesian aku tenguk dia tadi, terjatuh dia di dalam
longkang.” Maliki meluahkan rasa simpatinya terhadap Qarysha.
“Kalau
kau kesian kenapa kau nda tolong jak dia tadi, kau mengadu sama aku pun nda
juga aku mau tolong dia, biar padan mukanya siapa juga suruh selalu kasi panas
hatiku!.” Ferrdaous tetap dengan amarahnya.
“Tapi
kan kalau bukan kau minta driver bas tu jalan terus tadi nda la si Qarysha tu
tunggu bas lain.”
“Wei!
Ini cerita kita dua saja tau, kalau kau cerita sama orang lain pacah
pengancingan mu sana!” Ferrdaous memberikan amaran kepada Maliki. Sewaktu menghanatar
Maliki ke muka pintu kelihatan seorang remaja sekolah yang masih lengkap
berpakaian sekolah sedang jalan terhinjut-hinjut, sambil berusaha menampung berat
bebanan beg sekolahnya.
“Eh!
Qarysha, baru balik.” Maliki hanya bermanis mulut, mungkin kerana rasa bersalah
yang menghantui dirinya kerana bersubahat dengan rancangan Ferdaous untuk
mengenakan Qarysha. Namun Qarysha hanya memadang Maliki tanpa suara, hanya
anggukan menjawab pertanyaannya tadi. Senyum sinis yang terpamer diwajah
Ferrdaous tiba-tiba berubah pucat melihat darah pekat yang masih basah di dahi
Qarysha. Serta merta rasah bersalah Ferrdaous bertandang. Tiada kata terluah,
air liur terasa pekat dan perit untuk ditelan. Hanya pandangan mata tanpa
ungkapan sebagai bahasa simpati buat Qarysha.
Keesokan
harinya Qarysha tidak dapat hadir ke sekolah, berita yang sempat menjengah
pendengaran Ferrdaous adalah Qarysha telah mendapat jangkitan akibat lukanya yang
mengakibatkan Qarysha menghidap demam panas, mangkin bertimpa-timpa rasa
bersalah Ferrdaous. Dan bermula pada saat itu tiada lagi pertengkaran atau perbalahan
mulut diantara Ferrdaous dan Qarysha. Maliki awal lagi telah menyatakan maaf
kerana perkara itu terjadi akibat dari ulahnya dan Ferrdaous, namun Qarysha
hanya berdiam diri. Tiada lagi si gendut pengawas garang, Qarysha berubah
menjadi seorang yang sangat pendiam dan menyediri.
Keputusan
SPM telah pun diumumkan, dan seperti yang dijangkakan Ferrdaous dan Qarysha
adalah diantara pelajar yang mengisi tempat teratas selaku pelajar terbaik sekolah.
Namum kemeriahan suasana di sekolah Ferrdaous tidak dapat membunuh rasa
bersalah yang bersarang dihati Ferrdaous. Rancangannya untuk bertemu dengan Qarysha
bagi mengucapkan maaf dan tahniah tidak kesampaian apabila Ferrdaous melihat ayah
Qarysha datang bagi mewakili Qarysha
mengambil keputusan SPM. Berita
yang mengatakan Qarysha sedang bercuti di kampung neneknya setelah tamat
latihan PLKN hanya diketahuinya daripada Maliki.
3- 6 tahun telah berlalu, setelah
setahun lebih mempraktikkan pengetahuan pendidikan yang dipelajarinya dari
Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan di tanah semenanjung, kini
tibalah masanya dia kembali ke tempat kelahirannya. Ferrdaous kini sah menjadi salah
seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak kelapa sawit yang terkemuka
dalam carta bursa saham. Sementara itu dia juga telah mengikat ikatan
pertunangan dengan Yunilisa iaitu rakan sekerja sewaktu di tanah semenanjung
dulu.
Ferrdaous
memperlahankan pemanduannya ketika memasuki kawasan perumahan tempatnya
tinggal. Masih lagi di taman perumahan yang sama sejak enam tahun yang lalu,
banyak yang telah berubah namun ia tidak mampu untuk merubah cerita yang
tersimpan sejak sekian lamanya.
Ya!
Qarysha, satu nama yang pernah menjadi mangsa usikannya merangkap musuh yang
dinobatkan oleh dirinya sendiri. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu.
Kali terakhir dia melihat wajah gadis itu adalah ketika kertas akhir fizik pada
enam tahun lalu, sejak itu Qarysha seolah-olah cuba menyembunyikan diri darinya,
berita berkenaan dengan Qarysha hanya diketahui Melalui Maliki sahabat baiknya.
Hanya dengan Maliki sahaja Qarysha sering bertembung.
Tangan
mencapai telefon, speed dail ditekan. “hello brother!.” Ferrdaous berkata
setelah talian berjaya disambungkan.
“Assalamualaikum
kawan!, bagi salam bah dulu.” Maliki ditalian sudah tersengeh kerana berjaya
mengenakan Ferrdaous.
“Waalaikumsalam
bah, yala kau tu kalau tercan-can suda mengasi kena bukan alang-alang kau mau
perli-perli aku.” Kedengaran hilai tawa d hujung talian.
“bukan
selalu geng!, bah! Apa cerita mu ni tiba-tiba telefon aku?.”
“ah!
Kau ni! Kenapa mau ada hal saja kah baru boleh menefon sama kau?.”
“nda
juga lah, tapi selalunya kau tu begitu bah.”
“nda
bah aku mo menanya ni, kau dirumah juga ka?, aku mo pigi rumah mu bah ni nanti
malam melepak, boring aku teda kawan di rumah, durang beliau ku balik kampung
sama kakak ku.”
“oooo...
datang saja lah, dirumah juga aku ni, nda aku dapat jalan pigi mana-mana sebab
bini ku menunggu hari suda ni.”
“bah,
yalah! Ni malam lepas isyak aku pigi rumah mu a.”
Setelah
talian dimatikan, tiba disatu persimpangan kelihatan seorang gadis sedang
mencangkung memandang kearah tayar keretanya. “pancut rupanya.” Ferrdaous
bergumam sendiri sambil menghentikan kenderaannya ditepi jalan belakang kereta
Pesona gadis tadi.
“cik
adik, nda buli kembang balik tu tayar kalau ditengu saja, mau aku tolong
tukarkan.” Gadis tadi yang sedang mencangkung lantas berdiri, lama dia merenung
wajah lelaki dihadapannya.
“jangan
tenung lama-lama rayang, nanti kau jatuh cinta sama aku susah aku mau jawab
sama tunangku.” Gadis yang baru tersedar setelah ditegur oleh Ferrdaous lantas
berpaling kearah lain bagi menghilangkan rasa malunya.
“Tayar
ganti nda ada angin, kau ada pump tayar kah?.” Gadis tersebut bertanyakan
Ferrdaous, tanpa menjawab soalan gadis tadi Ferrdaous terus menuju kearah bonet
kereta gadis tersebut.
“aku
tolong pump tayar mu di station minyak depan sana, kau mau ikutkah atau tunggu
di sini saja?.” Tanpa sebarang petunjuk Ferrdaous telah mengeluarkan tayar
ganti gadis tersebut dan di masukkan kebahagian belakang kereta Honda CRVnya.
“nda
apalah aku tunggu sini saja.” Kemudian Ferrdaous berlalu untuk ke station
minyak yang dimaksudkan. Setalah hampir 30minit gadis tersebut menanti di dalam
kereta akhirnya Ferrdaous telah kembali, selesai memasang tayar Ferrdaous
sempat berpesan “lain kali selalu-selalulah periksa spare tyre, jangan nanti
pancut tinggal di tingu saja tu tayar.”
Ferrdaous
pantas berlalu ke keretanya, sebelum masuk kedalam kereta sempat lagi Ferrdaous
melaung kearah gadis tersebut “bah! Terima kasih ya sebab saya tolong kamu
tukar tayar.” Kemudian Ferrdaous terus berlalu. Gadis tadi hanya terkedu tanpa
kata. “dah lah dia sound aku suka-suka tanpa tahu hal sebenar, pastu
sedap-sedap lagi menyindir. Hangkuk punya lelaki!. Ni kereta baru sampai dari
Sarawak la! Huh!.” Gadis tersebut bermonolog didalam hati. “tapi dia nda kenal
aku lah.” Tiba-tiba cuaca mendung merentasi wajah gadis tersebut. Ferrdaous
satu nama yang sama, hanya fizikalnya
sahaja banyak berubah tapi lasernya tetap sama. Gadis tersebut kemudian masuk
kedalam kereta dan memandu pulang.
4- “Cikgu Qary! Cikgu Qary!.”
Kedengaran suara kanak-kanak sedang melaungkan nama Qarysha dari luar rumahnya.
“oh!
Iqbal, Isya... kenapa panggil cikgu?” Iqbal dan Isya merupakan pasangan kembar
yang sedang berada dalam darjah satu, mereka adalah pelajar yang mengambil
kelas tambahan dengannya, mulanya Qarysha menolak namun bila dipujuk dia
terpaksa menerima apatah lagi nenek kepada kembar tersebut adalah jiran yang
telah bersusah payah menjaga emaknya ketika dimasukkan ke wad hospital akibat
serangan jantung setahun lalu sebelum dia berpindah kembali bertugas di Sabah.
“Cikgu
Qary boleh kah ajar kami kira-kira?.” Dalam logat yang masih belum terlalu
fasih Iqbal memohon daripada Qarysha.
“Bah!
Marilah sini datang tempat cikgu.” Qarysha mempelawa pasangan kembar itu untuk
datang ke rumahnya, sebenarnya rumah Qarysha dan nenek kepada pasangan kembar
tersebut hanya bersebelahan, disebelah kiri rumah nenek si kembar manakala
rumah Qarysha berada ditengah dan rumah emak Qarysha berada disebalah kanan
rumahnya. Dia membeli rumah tersebut daripada penghuni lama yang dahulu juga
adalah pasangan guru. Rumah tersebut dijual apabila pasangan guru tersebut ingin
pulang ke tanah semenanjung.
Sedang
seronok mereka belajar tiba-tiba kedengaran laungan dari dalam rumah memanggil
nama si kembar. “Iqbal!, Isya! Mana kamu dua?.”
“Sini
kami uncle Achik!.” Si kecil Isya membalas laungan si pemanggil tadi. “oooo!!..
apa kamu buat sana Iqbal, Isya?.”
“kami
minta ajar kira-kira sama Cikgu Qary.”
“kenapa
nda minta ajar sama uncle Achik ja, uncle Achik lagi terror dari Cikgu KARI
AYAM.” Qarysha yang mendengar gelaran nama yang diberikan oleh pakcik si kembar
tadi suda kembang kempis dada menahan bahang.
“Tapi
uncle Achik bukan cigu!.” Si Iqbal comel menjawab. Kredit kepada Qarysha,
senyuman terpamer.
“Tapi
uncle terror sebab uncle engineer!.” Si pakcik tak puas hati.
“Tapi
di sekolah nda ada engineer cuma ada cigu ja.” Si comel Isya menjawab. Qarysha
sudah hampir pecah tawa. “padan muka!.” Qarysha bermonolog sendiri.
“oooo...
kamu dua nda sayang uncle laini kan, sebab tu kamu dua nda mau belajar sama uncle,
biarlah! No more Giant! No more play station!.” Si pakcik cuba rasuah, cara
untuk pancing undi anak buah.
Mata
bundar pasangan kembar rasa bersalah, Qarysha kini rasa tergugat. Si pakcik
tarik sengeh jenayah berat. “Hehehe....”
“nda
apa, nanti kalau uncle Achik nda mau bawa Iqbal dengan Isya pergi Giant cikgu
bawakan ya, kalau uncle Achik tak mo teman main play station nanti cikbu bawa
pergi main dekat play ground ya.” Qarysha main tarik tali, bertindak balas meraih
undi.
“Amboi!
Beli undi Nampak!” si pakcik sudah masuk mood bahasa kasar.
“nda
apalah beli undi bukan beli jiwa pun.” Si cikgu tak ada rasa ingin mengalah.
Anak buah dan anak murid dah kerut dahi. Bukan isu pergi Giant atau isu main
game yang menjadi persoalan, tapi perang bahasa lebih kepada dendam orang
dewasa.
“kalau
kau mau beli pun tentu-tentu aku nda mau jual!” dengan penuh yakin si pakcik
berkata.
“Ello!!
Ada aku cakap mau beli jiwa mu?.” Sambil angkat-angkat kening Qarysha bertanya
mengarah pandangan mata kebola mata si pakcik. Blurrr... malu tak terkata.
Laungan
nama si pakcik dari dalam rumah menyelamatkannya dari terus malu.
“Aku
belum siap sama kau, nanti sambung!.” Si pakcik berlalu ke dalam rumah.
“uiiiii!!!
Tatutnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!.” Qarysha menunjukkan aksi takut-takutnya pada si
pakcik. Si pakcik tak terkata, rasa geram dipendam saja. “nanti aku deduct
kau!.” Dalam hati si pakcik memasang angan.
5- Pertengkaran demi pertengkaran
terus tercetus dan semestinya yang sengaja diwujudkan oleh Ferrdaous, tak ada
yang ingin beralah diantara mereka dan seringkali Ferrdaous yang akan kalah.
Namun bukan itu yang menjadi isu, tanpa disedari hatinya senang setiap
perbalahan yang dicetuskan olehnya sendiri. Gembira bila Qarysha kembali kepada
Qarysha yang dulu yang tak pernah ingin mengalah. Sesungguhnya dia gembira kerana
Qarysha juga sudi memaafkan kesalahan dimasa remajanya dulu, sesungguhnya dia
turut menyesali perbuatannya sendiri kerana membenci Qarysha tanpa
sebarang sebab yang logik.
Namun
perbalahan yang telah menjadi rutin harian mereka tiba-tiba suram, Semenjak
Ferrdaous pulang dari tanah semenanjung bersama ahli keluarganya yang lain,
hati Ferrdaous dipagut rasa kecewa, tunang tercinta meminta memutuskan ikatan
atas alasan mereka jauh terpisah oleh lautan. Tujuan Ferrdaous datang ke tanah
semenanjung untuk memberi kejutan kepada Yunilisa akhirnya memberikan kejutan
pada dirinya sendiri dengan keputusan Yunilisa untuk memutuskan ikatan
pertunangan, bukan hanya kecewa dengan tindakan Yunilisa namun Ferrdaous juga
malu kepada orang tuanya yang turut bersamanya datang ke tanah semenanjung yang
kononnya untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.
Sejak
itu Ferrdaous semakin jauh, dia lebih banyak menghabiskan masanya di tempat
kerja, balik ke rumah hanya pada lewat malam, lebih banyak waktunya
bersendirian di dalam bilik dari menghabiskan masanya bersama keluarga mahupun
teman rapatnya Maliki.
Hari
yang dilalui Qarysha semakin terasa sunyi, sunyi dari pertengkaran yang sengaja
dicetuskan oleh Ferrdaous. Tiada lagi wajah segak Ferdaous di pagi hari menemani
kepergiannya untuk ketempat kerja kerana Ferrdaous akan keluar lebih awal dari
biasa. Tiada lagi usikan dari Ferrdaous ketika dia sedang sibuk mengajar si
kembar kerana Ferrdaous hanya akan pulang bila semua orang dibuai mimpi. Kini
hari yang dilaluinya terlalu sunyi dan dia sedar kini dia merindui kehadiran
lelaki itu.
6- “Cikgu! Cikgu!, cikgu mau pigi
mana?.” Iqbal bertanya sambil kedua tangannya kemas memegang jeriji besi yang
memisahkan kawasan rumah mereka.
“cikgu
mau keluar jalan-jalan bawa baby Dina dengan baby Dani.”
“ala...
ikut bah cikgu, lama sudah kami nda jalan-jalan.” Kedengaran rengekan halus
daripada Iqbal, takut didengari neneknya mungkin. Sementara Isya juga merapati
jeriji besi setelah mendengar Iqbal menyatakan keinginannya untuk ikut sama,
seperti Iqbal, Isya juga menantikan jawapan daripada Qarysha.
Qarysha
berfikir sejenak sambil mengetuk-ngetuk dagu dengan kunci kereta, wajah sayu si
kembar direnung silih berganti, rasa sayu menghambat hati, sememangnya telah
lama mereka tidak keluar untuk bersiar-siar, iba bapa si kembar sering sibuk
kebelakangan ini, tanggungjawab terpikul dibahu nenek mereka buat masa ini.
Ferrdaous juga telah lama tidak melakukan aktiviti bersama si kembar kerana
sibuk melayan perasaan kecewanya, akhirnya Qarysha memberi kata putus untuk
membawa si kembar bersiar sama. Melonjak gembira si kembar mendengar persetujuan
daripada Qarysha.
Setelah
mendapat persetujuan daripada nenek si kembar berdencit kedua-duanya masuk
kerumah untuk menyalin pakaian. Ferrdaous yang hampir bertembung dengan si
kembar hanya melihat kedua-duanya berkejaran naik ketingkat atas. Kening
dijungkit kearah ibunya tanda pertanyaan tindakan si kembar.
“Dorang
mau ikut sama si Qary pigi jalan-jalan”
Sambil
kening berkerut “Ai! Kenapa mau kasi susah orang bawa durang jalan-jalan.?” Ada
nada tidak puas hati kedengaran.
“Jadi
mau harap siapa bawa si kembar tu jalan-jalan?, mama ni suda tua mana larat mau
bekejar sana sini menjaga sama dua budak tu, mau harap kau tu sibuk saja
melayan perasaan.” Rasa bersalah bertandang dihati Ferrdaous. Melihat keriangan
anak-anak buahnya, dia sedar telah lama dia mengabaikan mereka yang penting
dalam hidupnya hanya kerana kealfaannya menyalahkan takdir Tuhan.
“Iqbal,
Isya tunggu situ, uncle bawa kamu jalan nanti.” Si kembar memandang si pakcik
dengan rasa tidak percaya.
“tapi
kami mau jalan sama cikgu.” Iqbal menjawab jujur. Puan Rosnah yang mendengar
perbualan antara anaknya dan cucunya menjenguk keluar.
“Daous,
kalau kau mau bawa durang jalan sekalilah sama durang si Qary, nda bagus juga tadi suda beriya-iya dia mau
bawa dua budak tu.” Ferrdaous seperti sedang menimbangkan permintaan ibunya.
Nafas dihembus panjang. Iqbal, kasi tau cikgu naik kereta uncle. Setelah
mendapat arahan daripada Ferrdaous berkerja-kerja si kembar mendapatkan
Qarysha.
Lima
minit kemudian Ferrdaous kelihatan santai dengan seluar jeans lusuh, berbaju
tshirt tanpa koler berwarna putih sambil menekan punat kawalan kereta. Qarysha
static berdiri ditepi kereta pesona miliknya, si kembar menanti arahan sama ada
menaiki kereta Qarysha ataupun Ferrdaous.
Ferrdaous
paling wajah, melihat kearah Qarysha yang tidak ada tanda-tanda untuk menaiki
keretanya. Ferrdaous melangkah kearah rumah sebelah, pintu penumpang dibuka,
mengangkat baby Dina yang baru berusia setahun sambil memimpin tangan baby Dani
yang berusia 2 tahun setengah. Ferrdaous memandang kearah Qarysha tanda dia
ingin Qarysha menaiki keretanya. Tanpa banyak bicara si kembar cepat-cepat
menaiki kereta Ferrdaous, baby Dani juga di letakkan di tempat duduk belakang
bersama-sama si kembar, hanya baby Dina sahaja yang diberikan kepada Qarysha
untuk dipangku.
Qarysha
yang pada mulanya ingin membantah, namun melihat pandangan mata emak Ferrdaous
kearahnya mematahkan niatnya, pastinya emak Ferrdaous tidak mahu memusnahkan
mood baik Ferrdaous pada ketika itu.
Duduk
bertiga bersama Ferrdaous dengan baby Dina diatas riba, sambil mengawasi si
kembar dan baby Dani bermain di bahagian permainan di Giant mencerminkan
keluarga bahagia. Qarysha diam tak berkutik, hanya static menyusukan baby Dina
dengan susu botol yang dibawanya dari rumah. Ferrdaous tekun memandang kearah
ketiga-tiga kanak-kanak yang bermain di tapak permainan di Giant, sambil
sesekali memanggil nama Iqbal yang seperti ingin mencetuskan perang dengan
kanak-kanak yang lain. Sambil menantikan anak-anak buah mereka puas bermain
Ferrdaous bergerak ke kaunter KFC untuk memesan makanan.
“kau
tolong tengok-tengokkan budak-budak tu dulu, aku mau pergi order makanan.”
Ferrdaous memaklumkan kepada Qarysha sebelum berdiri dan bergerak ke dalam
kaunter. Namun dia berpatah semula kepada Qarysha. “kau mau makan apa?.”
Qarysha
yang baru sahaja tenggelam dalam khayalnya terkejut. “ha!, oh! Emmmm... sneak
plate saja lah, budak-budak tu pun sama Cuma untuk dorang kau tolong order rasa
ori. Errrr... kau tolong bayar dulu, nanti aku bayar balik ya.”
Ferrdaous
hanya memandang Qarysha, sebelum berlalu sempat dia berpesan. “tengok
budak-budak tu, jangan mengkhayal pula!.” Qarysha hanya menahan geram. “Cis!
Bagus saja mood terus jadi komunis!”
Qarysha bermonolog sendiri.
Sneak
plate tidak berusik, hanya memerhati si kembar dan baby Dani makan dengan
berseleranya, tidak timbul pergaduhan diantara mereka, ini yang paling
memudahkan Qarysha tiap kali membawa mereka keluar untuk bersiar-siar.
Ferrdaous hanya memerhati tanpa bunyi, melihat Qarysha tidak menjamah makanan
yang dipesan lantas baby Dina di ambil dan di pangku atas ribaan.
“Makanlah
dulu, aku jaga baby Dina.” Sambil membawa baby Dina ke tepi tingkap entah apa
yang ditunjuk oleh Ferrdaous kepada baby Dina di luar sana, hanya bertujuan
untuk mengagah baby Dina yang ada tanda-tanda ingin menangis bila di pangku
oleh orang yang tidak dikenali. Akhirnya baby Dina dapat menerima Ferrdaous.
“Hai!
Cikgu Qary, lama nda jumpa cikgu.” Seorang lelaki berpakaian kemas yang menyapa
Qarysha menggamit mata Ferrdaous untuk memandang. Hati terasa gusar, seperti
ada yang tidak kena melihat kemesraan yang dipamerkan oleh lelaki tersebut
walaupun Qarysha hanya melayan lelaki tersebut dengan bersahaja.
Baby
Dina yang mula bosan dengan apa yang dilihatnya di luar KFC mula merengek,
Ferrdaous datang kearah Qarysha untuk menyerahkan baby Dina sebelum ia
memulakan irama nyaring yang tidak digemari. “pigi basuh tangan dulu, baby Dina
mau menyusu barangkali ni.” Lelaki yang tadinya rancak beramah dengan Qarysha
agak terkejut dengan kehadiran Ferrdaous yang tiba-tiba. Qarysha lantas
bergerak kearah singki kemudia kembali untuk mengambil baby Dina dari dakapan
Ferrdaous.
“Cikgu
sudah kahwin rupanya, nampaknya saya nda ada peluang la ni kan.” kelihatan
senyuman tawar terpamer diwajah lelaki tadi. Belum sempat Qarysha membuka mulut
untuk menjelaskan kedudukan sebenar Ferrdaous terlebih dahulu menghulurkan
salam perkenalan.
“Ferrdaous.”
Tangan berjabat.
“Hisyam.”
Senyuman berbalas, setelah berbual seketika Hisyam meminta diri untuk pulang.
Didalam
kereta hanya kedengaran si kembar berceloteh, baby Dani hanya mengkekeh turut
sama ketawa walaupun dia tidak memahami apa yang sedang dikatakan oleh si
kembar. Ferrdaous senyap tidak berkutik, hanya Qarysha yang sesekali melayani
keletah si kembar dan baby Dani, baby Dina lena diribaan Qarysha, Ferrdaous
sesekali menjeling kesisi.
Betul
kata Maliki ketika dia bertandang kerumah sahabatnya itu, Maliki banyak
menceritakan perihal Qarysha, Qarysha banyak berubah, Qarysha bukan lagi
Qarysha yang dulu, Qarysha yang ada disebelahnya adalah Qarysha yang walaupun
secara fizikal adalah kasar namun dirinya penuh dengan kasih sayang, cara dia
melayani anak-anak buahnya, manjanya, walaupun dia bukan wanita rupawan namun
setelah lama diamati dia adalah gadis yang manis, memberikan ketenangan bagi
sesiapa memandangnya, dan tidak hairanlah sekiranya Maliki mengatakan bahawa
ramai kumbang di sekolah tempat mereka mengajar yang ingin mendekatinya. Kemesraan
Hisyam tadi tergambar semula. Ada getar cemburu disitu. “apa suda jadi?, nda
kan la.....?”
7- Perhubungan antara Qarysha dan
Ferrdaous mula bertambah baik, namun perbalahan sesekali tetap berlaku, namun perubahan Ferrdaous kali ini mengundang
resah di hati Qarysha, Ferrdaous bukan lagi Ferrdaous yang dulu, kadang kala
renungan mata Ferrdaous menggetarkan naluri wanitanya. Dia sendiri kurang
mengerti dengan perasaannya kini, sehinggakan ada kalanya dia tidak dapat
menumpukan pengajarannya terhadap si kembar bila Ferrdaous juga turut duduk
diluar rumahnya dan dia sedar mata itu sering merenungnya.
Bukan
itu sahaja, malahan setiap kali dia ingin membawa baby Dani dan baby Dina untuk
keluar bersiar-siar pastinya Ferrdaous juga ingin keluar, walaupun mereka
menaiki kereta yang berlainan namun mereka tetap akan bertemu di destinasi yang
sama. Pernah Qarysha menyuarakan ketidak selesaannya kepada Ferrdaous, takut
kalau-kalau nanti dia akan di katakana pengganggu tunangan orang kerana Qarysha
masih belum mengetahui perihal pertungan Ferrdaous yang kecundang atau pun
takut sekiranya teman lama Qarysha menyangka Ferrdaous adalah suaminya. Namun
jawapan Ferrdaous sangat mudah “aku mampu kahwin lebih dari satu bah.” Ataupun
“sekarang bukan suami, esok-esok mana tau yang kau peluk masa tidur tu aku.”
Sesungguhnya kesemua jawapan Ferrdaous amat menyakitkan hati. Pernah sekali
bila Ferrdaous mengatakan yang dia boleh jadikan Qarysha isteri keduanya,
refleks Qarysha menjentik hidung Ferrdaous, menyeringai sakit Ferrdaous, namun
hanya sekali itu kerana kali kedua Qarysha ingin melakukan perkara yag sama
tangannya digenggam Ferrdaous, bersama amaran Ferrdaous berkata “kalau kau
lastik idung aku lagi, aku nda teragak-agak cium kau! Biar kahwin free!.”
Semenjak itu Qarysha hanya berani tayang penumbuk tanda tidak puas hatinya
terhadap Ferrdaous.
8- Dari ruang rehat keluarga,
Ferrdaous mengintai Qarysha yang sedang tekun mengajar si kembar, sesekali
Qarysha akan terut sama bergelak dengan si kembar.
“apa
kau intai tu Daous?” Puan Rosnah yang keluar dari dapur menyapa Ferrdaous.
Bukan dia tidak sedar perubahan keatas diri anak terunanya, hal ini juga
disedari oleh suaminya, tugas untuk merisik hati anak terunanya diberikan
kepada si ibu.
“nda
la ma... mana ada aku mengintai.”
“Daous,
mama bukan mau marah sama kau, apa lagi mau halang kau, tapi nda manis kau
selalu intai anak perawan orang. Kalau kau suka bagus kau terus terang, jangan
sampai melepas, Maliki pun ada kasi tau mama si Qary tu ramai orang suka.
“ish!
Mama ni, mana ada aku suka sama si Qary tu, pandai-pandai saja mama buat
spekulasi.” Ferrdaous masih sembunyi hakiki.
“Daous,
mama yang mengandung sama kau, jangan la kau mau membuyuk sama mama, kalau kau
masih sama ego mu nda mau mengaku, esok-esok kalau dia diambil orang jangan kau
menyesal. Dia memang nda lawa macam bekas tunang mu, tapi dia perempuan yang
cukup sempurna untuk dijadikan isteri, Kau fikirlah baik-baik kalau buli
istikarah sekali.” Selepas memberikan nasihat kepada Ferrdaous Puan Rosnah
terus naik ke bilik untuk berehat.
Kata-kata
ibunya tadi sedikit sebanyak meresap ke hati. “Kenapa aku perlu butakan hati
hanya kerana kecewa pada masa lalu.” Ferrdaous bermonolog sendiri.
Ferrdaous
melangkah untuk kebilik, nasihat ibunya akan dituruti, “siapa tahu andai benar
dia adalah tulang rusuk ku” kata perangsang buat diri sendiri.
9- “aku nikahkan dikau dengan Nurul
Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”
“aku
terima nikahnya Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit
tunai.”
Dengan
sekali lafaz Nurul Qarysha Sahed sah menjadi isteri kepada Mohd Ferrdaous
Salleh, acara pembatalan air sembahyang adalah acara yang dinantikan oleh
lensa-lensa kamera. Ferrdaous mendekati Qarysha, usai acara menyarungkan cincin
si isteri pula mencium tangan si suami kemudian diikuti ciuman kasih berlabuh
didahi si isteri daripada si suami.
Majlis
perkahwinan berlanjutan hingga ke malam hari, ini adalah kebiasaan bagi majlis perkahwin
di Sabah yang diraikan hingga ke malam hari. Memandangkan rumah mereka hanya
berjiran maka acara disambut dengan meriah, ini kerana acara tingkuang iaitu
acara menyambut anak menantu bagi pihak lelaki akan diadakan serentak.
Tepat
jam 12:00 malam tetamu beransur pulang, biasanya majlis yang diraikan di
taman-taman perumahan akan berhenti pada waktu tengah malam bagi menghormati
pravisi jiran tetangga. Tidak seperti keraian yang diadakan di kampung-kampung
yang akan berlanjutan hingga ke dini hari.
Usai
mandi, Qarysha keluar ke balkoni di biliknya sambil melihat pihak catering yang
masih berkerja memngemas peralatan catering mereka untuk dibawa pulang. Sedang
asyik melayan perasaan tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi orang berdehem.
“bila
kau masuk?” Qarysha bertanya menghilangkan rasa gugupnya berduaan dengan lelaki
yang halal baginya.
“baru
saja.” Keadaan sunyi seketika.
“buli
aku request something kah?.” Static Qarysha pandang Ferrdaous, banyak
kemungkinan permintaan Ferrdaous yang bermain difikiranya.
“jangan
fikir sembarangan sana, abang bukan buruk lantak, abang tau kita masih dalam tempoh
untuk cuba menyesuaikan diri.” Qarysha membuntangkan mata, rasa lucu bila
Ferrdaous membahasakan dirinya “abang”. Namun rasa ingin ketawa itu hanya
disimpan, takut dengan pandangan menggoda Ferrdaous.
“apa
yang kau mau request?.” Qarysha memandang kearah pekerja-pekerja catering,
takut untuk melihat renungan Ferrdaous.
“panggail
aku abang.” Qarysha panggung wajah. “normallah kau panggil aku abang, aku kan
suami kau, takkan kau mau beraku berkau sama aku?”
“okey!”
mudah jawapan daripada Qarysha.
“aku
panggil kau ‘Ary’.” Qarysha pandang pelik.
“aku
nda mau panggil kau dengan nama yang biasa orang panggil, aku mau panggil kau
guna nama panggilan yang cuma aku saja yang guna.” Senyuman terukir diwajah
Qarysha.
“kau
jealous eh?.” Qarysha soal selidik.
“eh!
Opkos la! Abang ni suami Ary.” Terbayang dimata Ferrdaous saat dia dan Qarysha
bertembung dengan Hisyam di butik pengantin untuk membuat pilihan persalinan perkahwinan
mereka. Dengan selamba Hisyam meminta Qarysha mempertimbangkan dirinya setelah
mengetahui Qarysha masih belum berkahwin dengan Ferrdaous. Dengan pantas
Ferrdaous mengheret Qarysha keluar dari butik tersebut. Pada hari yang sama
juga Ferrdaous meminta ibunya untuk berbincang dengan keluarga Qarysha bagi
memperawalkan lagi tarikh perkahwinan mereka dari tarikh yang telah
dipersetujui sebelumnya.
Qarysha
hanya tersengeh melihat wajah Ferrdaous yang nyata tidak puas hati kerana
ditertawakan akibat dari sifat cemburu yang dirasakan Qarysha sebagai
keterlaluan.
“ketawa
pula dia!, abang kahwin lagi satu baru Ary tau!.” Sengehan Qarysha terhenti.
“amboi!!!!...
baru siang tadi nikah sudah pikir mau poligami? Banyak cantik!” seretak itu
satu jentikan yang kuat mendarat tepat di hidung Ferrdaous, bila sekali lagi
tangan Qarysha ingin mendaratkan jentikan di hidung Ferrdaous, sepantas itu
juga tangan Qarysha digenggaman oleh Ferrdaous.
“kan
abang suda pernah cakap!, sekali lagi Ary lastik idung abang, abang nda akan
teragak-agak cium Ary!” tanpa sempat mengelak bibir Ferrdaous dengan tepat
mendarat di bibir Qarysha. Pelukan semakin diperkemaskan.
The
rest is history ..... J)))))
Imeginasi
sebuah kisah biasa... J J J
Pergi pasar membeli belacan,
Belacan dari papar jadi pilihan,
Kalau hati sudah berkenan,
Jangan sembunyi, tapi luahkan...
Dekat-dekat hati membenci,
Dendam dulu disimpan rapi,
Walau benci kian berapi,
Kalau dah jodoh cinta pasti bersemi....
Jodoh ada disekeliling kita, namun kita perlu
berusaha untuk menemuinya. Dalam benci ada cinta, selamat menikmati cerpen ke-4
dalam versi sabahan.....
Mengharapkan komen & komplen
No comments:
Post a Comment