Mencari tidak terjumpa,
Mengira tidak terbilang,
Mengasih tidak terucap,
Merindu hanya diam,
Siang nanti malam,
Malam nanti siang,
Bintang kelip-kelip,
Bulan bercahaya,
Masa terus berputar,
Ingatan tak pernah pudar..
::Bukan sebuah cerita::
Hokkai transit about 4 hours yg meceriakan, membuatkan aku banyak masa buat part time mengahayal + termenung + mengelamun..
Saturday, 24 August 2013
Wednesday, 31 July 2013
Kau Macho Bear Ku
BAB 1
“Apekkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” begegar satu
pejabat dengan laungan dari bibir mungil seorang gadis yang kecil molek tak
padan dengan suaranya yang nyaring. Dalam masa yang sama diluar bilik gadis
tersebut ada seorang lelaki yang tinggi sedang mengatur langkah untuk melarikan
diri.
“apa lagi yang kau buat kali ni Zulfieqar?” kak Nora
yang kebetulan berada di pantry tempat Zulfieqar menyembunyikan diri bertanya. Zulfieqar
tarik sengeh, “saya letak lipas mati enam ekor dalam fail yang saya letak atas
meja dia pagi tadi.” Kak Nora hanya menggeleng, kak Hani hanya diam tak
berkutik menjadi pendengar, mereka hanya mampu tersenyum mengingatkan perangai Zulfieqar
yang suka mengusik satu-satunya pembantunya di syarikat itu.
Zulfieqar adalah ketua bahagian kewangan, manakala Saadah
adalah pembantunya, perkenalan Zulfieqar dan Saadah bermula dengan kurang
menarik, mereka adalah penuntut dari sebuah institusi pengajian tinggi awam
yang sama, Zulfieqar adalah senior kepada Saadah, pada Saadah Zulfieqar adalah pengganggu
ketenteramannya selain adalah seorang pembuli. Penderitaannya berakhir setelah Zulfieqar
melanjutkan pelajarannya keperingkat Master di Negara British. Manakala Saadah
pula setelah menamatkan pengajian diperingkat ijazah terus bekerja di syarikat di
mana dia telah menjalankan praktikalnya dahulu.
Namun seperti mimpi ngeri muncul kembali apabila Zulfieqar
kembali dalam hidupnya menggatikan En.Zamzuri sebagai Pengurus Kewangan
merangkap ketua Saadah. Tanpa dia mengetahui selama ini Zulfieqar adalah anak
buah kepada majikannya.
“Zulfieqar!!!” dengan sengeh yang tak lekang dari
bibir Zulfieqar muncul di depan pintu bilik Saadah.
“Yes!... ada apa?” Zulfieqar berpura-pura tidak tahu.
“Baik you amik lipas-lipas sebelum I buat sup bagi you
minum!.” Bentak Saadah dengan hati yang geram. Zulfieqar tak berkutik, hanya mempamerkan
senyumannya, lelaki kacukan Cina Melayu dihadapanya dipandang dengan perasaan
yang terbakar. Muka Zulfieqar yang lebih kepada kemelayuan selain kening
berkening dan mata sepet dari darah cina.
“emmm... elok juga tu, tak pernah you masakkan untuk
I, rasanya elok juga you masakkan lipas-lipas tu untuk I, boleh I nilai you
boleh buat bini I ke tak, itu pun kalau you sanggup nak pegang lipas-lipas tu.”
Zulfieqar masi dengan tone mengusiknya. Berkata dengan lagak sempoi, Saadah semakin panas. Zulfieqar
jungkit-jungkit kening sambil bersandar di pintu bilik Saadah dengan tangan
disilang ke dada.
“You!!!!”
“Ye sayang.....” Zulfieqar masih belum puas.
“I report kat uncle you!”
“my pleasure darling, go ahead..” senyuman masih
dipamerkan, bagi Zulfieqar tak ada yang perlu ditakuti olehnya sekiranya Saadah
melaporkan kepada pak ciknya, kerana hanya kata-kata nasihat yang akan
didengari.
“you ni memang lah!! Benci!.” Saadah terus berlalu
keluar dari biliknya, sempat melanggar tubuh Zulfieqar yang elok bersandar
dipintu biliknya.
“huyooo!! Ganasnya!!! I like it!” sambil mengenyit
mata memandang Saadah, dia juga turut berlalu untuk masuk kebiliknya yang hanya
berhadapan dengan bilik Saadah.
BAB 2
“Saadah, masuk bilik I sekarang.” Mendengar laungan Zulfieqar
membuatkan Saadah mengeluh.
“apa lagi lah tambi ni nak.” Saadah bermonolog sediri.
Ketika Saadah memasuki bilik Zulfieqar, baru dia
menyedari ada orang lain yang berada dalam bilik tersebut.
“So, Adrina kenalkan my assistant Saadah. Saadah
kenalkan Adrina wakil dari syarikat Warisan, dia akan berurusan dengan kita
berkenaan budget projek kita kali ini.” Saadah dan Adrina berjabat tangan,
senyuman berganti.
Sepanjang tempoh perbincangan, Saadah tekun mendengar
tentang usul dan permintaan pelanggan, Cuma
kadang kala sahaja Saadah akan membuka mulut untuk bersuara sekiranya ada yang
dirasakannya tidak termaktub dalam kontrak diantara syarikat mereka.
BAB 3
“Eh! Adah, bila sampai? Auntie tak dengar bunyi kereta
pun, Adah datang nak jemput Zulfieqar ke?”
“ye Auntie, mana dia? Janji tunggu dekat McD, tapi dah
sejam lebih batang hidung dia tak nampak pun.”
“rasanya dia masih tidur kot, tadi aunty dah kejutkan
tapi lepas tu dia tak turun-turun lagi, mungkin dia sambung tidur lagi lah tu.”
“ha! Takkan lah dia tidur lagi!.”
“kenapa?, pagi ni ada meeting ke?” Puan Salwa adalah
isteri kepada Tuan Cheritia iaitu majikan Saadah merangkap pakcik kepada Zulfieqar,
Puan Salwa adalah kacukan Cina Melayu yang beragama Islam manakala Tuan Cheritia
adalah seorang mualaf yang berketurunan India tulen.
“ha’a.. haiss! Tak pernah dia lewat bila ada meeting,
dia keluar semalam ye aunty.” Saadah naik pelik dengan kelakuan ketuanya,
baginya Zulfieqar seorang yang menepati masa, tapi berlainan pulak hari ini.
“Ha’a! dia kata dia keluar dengan client. Adah pergi
tolong aunty ketuk pintu bilik dia dulu.”
Sambil mengorak langkah Saadah bergerak menuju ke
tingkat atas. Pintu bilik pertama diketuk. Saadah sudah terbiasa dengan rumah
Tuan Cheritia atau nama islamnya Hishamuddin Abdullah memandangkan dia pernah
menjadi jururawat terjun untuk Puan Salwa ketika Puan Salwa baru selesai
menjalani pembedahan kenser buah dadanya.
Pintuk diketuk perlahan, dari perlahan menjadi kuat,
dari ketukan Saadah kini menepuk tapak tangan ke pintu bilik Zulfieqar, bunyi
yang dianggap kuat masih tidak mewujudkan tindak balas dari dalam bilik. Saadah
naik geram, saat Saadah menampar pintu dengan kuat tiba-tiba pintu bilik dibuka
dengan kasar dari dalam.
‘pap’ bunyi yang sedikit lembut tapi pedas menyapa
telinga, satu erangan kesakitan bertamu di halwa pendengaran. Mata memandang
keatas, tapak tangan selamat mendarat ke muka si penghuni bilik. Terkejut si
pelaku, bukan kerana tertampar muka ketua, tapi keadaan si ketua yang tidak
sesuai ditonton oleh lapisan yang bukan muhrim.
Saadah menjerit terkejut, manakala Zulfieqar yang
hanya ber”boxer” turut sama menjerit memeriahkan suasana “keterkejutan” sambil
tangan kanan bersilang di dada tangan kiri bersilang di peha.
Zulfieqar pantas bersembunyi disebalik pintu biliknya,
hanya kepala sahaja yang menjenguk keluar.
“Hei! Apa you buat awal pagi depan bilik I ni? Tak
malu ke intai I.”
“Apa hei! Hei!?, ingat I kemaruk sangat ke nak intai you
yang macam papan keping ni?!.
“What??!!!, you kata I papan keping?!, You!!!” jari
telunjuk tajam hampir mengenai batang hidung Saadah, tanda amarah yang hampir
sampai kemuncak.
“Memang pun!. Dah! Baik you cepat siap!, sejam lagi
ada meeting dengan wakil dari Syarikat
Warisan.
Setelah setengah jam menanti diruang keluarga Zulfieqar
siap dengan pakaian kerja, rambut yang masih lembab menampakkan wajahnya yang
lebih segar.
Mereka hanya menggunakan kenderaan Zulfieqar untuk ke
perjumpaan bersama client manakala kereta Saadah ditinggalkan di rumah Tuan
Cheritia. Dalam perjalanan menuju ke tempat perjumpaan tidak ada suara yang
terhasil, hanya sesekali Saadah melirik kearah Zulfieqar. Sememangnya Zulfieqar
seorang kacukan Cina Melayu yang lebih nampak kemelayuan pada kulitnya, namun
bila memandang pada raut wajahnya yang memiliki alis mata yang lentik, kening
yang lebat dan hidung yang mancung seringkali menyebabkan orang menjangkan dia
adalah darah kacukan Arab. Namun yang nyata dia adalah kacukan Melayu Cina,
dari segi darah melayu dia lebih terserlah dari warna kulitnya manakala darah
cina yang dimilikinya terserlah dari cara pemikirannya yang cenderung pada
angka dan urusan perniagaan selain matanya yang sedikit sepet.
“Apa yang you lirik-lirik dekat I?” suara garau Zulfieqar
memecahkan kesunyian.
Saadah yang tersentak dengan soalan dengan tiba-tiba
terkaku sebentar sebelum menjawab. “Mana ada!, perasaan you je tu.”
“Yeke tak ada?, atau you tengah rewind balik apa yang
you nampak pagi tadi?. Muka Saadah serta merta menjadi panas. Rasa malu
menjelma kembali.
“Gila apa I nak rewind pasal you pagi tadi?! Macamlah
hebat sangat!, papan lapis tu adalah!.” Saadah menyilangkan tangan kedada
sambil membuang pandanganya keluar cermin kereta. Zulfieqar masih tekun
memandang jalan, walau dalam hati berbakul perasaan malu terhadap Saadah.
Setelah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan
Syarikan Warisan Zulfieqar dan Saadah merancang untuk balik ke pejabat sahaja
sebelum singgah ke rumah Tuan Hissamuddin untuk mengambil kereta Saadah. Dalam perjalanan
pulang tidak ada yang dibicarakan, tidak seperti perjalanan semasa mereka
menuju ke Syarikat Warisan yang dipenuhi dengan pertelingkahan berkenaan isu
paparan percuma Zulfieqar. Mungkin kerana perjalanan yang disulami kesunyian
membawa Saadah kealam mimpi. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi letupan
kecil disusuli dengan kenderaan yang beransur bergerak berlahan sebelum
berhenti ditepi lebuh raya.
“kenapa?” soal Saadah sambil terpisat-pisat menggosok
mata dengan keadaan sedikit kalut dengan bunyi letupan kecil tadi.
“tayar pancit.” Pendek jawapan dari Zulfieqar dengan
keluhan dia keluar dari perut kereta setelah menghidupkan lampu “hazard”
“Saadah yang melihat Zulfieqar membuka tayar dan hanya
membantu dengan memayungkan Zulfieqar yang berpanas. Entah mana silapnya pergelangan
Zulfieqar terseliuh semasa membuka nut pada tayar keretanya, terdengar erangan
kecil dari bibirnya.
“kenapa?.” Saadah menyoal.
“tak ada apalah, You ni dari tadi asyik perkataan
kenapa je keluar dari mulut You tu, tak ada soalan lain ke?” Zulfieqar
berpura-pura seakan tidak ada berlaku apa-apa pada pergelangan tengannya, ingin
meneruskan kerja yang tertangguh namun ngilu di pergelangan tangannya tidak
dapat disembunyikan.
“la..., kenapa tangan You? Opss! Silap, mengapa tangan
You?” sambil meneliti pergelangan tangan yang sudah nampak sedikit kebiruan.
“tangan You terseliuh ni, dah lah tepi biar I je yang tukar tayar.” Sambil
tangan Saadah mencapai pembukan tayar.
“eh! Tak perlu, I masih boleh buat lah!” suara Zulfieqar
sedikit tinggi. Ego lelakinya perlu dijaga, jatuh air mukanya kalau kenderaan
lalu lalang nampak perempuan yang tengah tukar tayar, sedangkan yang lelaki
hanya berdiri memerhati.
“You ni ego melangit tak bertempat betul!, tangan You
tu dah nak bengkak, apa? You ingat I tak pandai tukar tayar apa? Ingat la
sikit, I ni ada lesen dan ada kereta juga! Dah lah tepi sebelum I ketuk tangan
You dengan pembuka tanyar ni. Jangan nak layan ego You tu, I tengah lapar ni,
kalau lambat tukar kang You yang I makan!” Dengan muka tak puas hati Zulfieqar
menjarakkan dirinya dari tayar kereta, takut dengan kemungkinan yang tangannya
akan diketuk oleh Saadah, dia ni nama je perempuan tapi ganas macam gangster,
sukar dijangka!.
Tak sampai 15minit tayar telah ditukar. “Fuh! Laju
jugak minah ni tukar tayar.” Zulfieqar bemonolog sendiri sambil memerhati Saadah
mengumpul peralatan pembuka tayar tadi untuk dimasukkan kedalam bonet kereta.
“dah lah cepat masuk! Saadah mengarahkan Zulfieqar
sementara dia telah masuk kebahagian pemandu. Zulfieqar hanya menurut kerana
malas mahu bertekak ditengah panas.
Zulfieqar hanya mendiamkan diri disepanjang
perjalanan, malu! Segan! Semua bercampur aduk, entah macam mana dia boleh
terseliuh semasa membuka tayar tadi, buat malu kaum saja.
BAB 4
BAB 4
“Eh! Zulfieqar! Apa jadi dengan tangan kamu ni
ha?” setibanya di rumah Zulfieqar terus
sahaja diserbu dengan soalan daripada Aunty Salwanya. Tangannya telah siap
berbalut, mereka telah singgah di klinik swasta semasa dalam perjalanan balik
tadi. Itu pun atas desakkan dan ugutan daripada Saadah yang ingin mengetuk
tangannya dengan payung yang disimpan di tempat duduk penumpang. Dasar penakut!
Saadah hampir saja tergelak bila memikirkan kejadian di klinik tadi.
“Terseliuh Aunty.” Saadah menjawab bagi pihak
Zulfieqar apabila melihat Zulfieqar tidak terus menjawab soalan aunty Salwa.
“la, macam mana boleh jadi ni?” lagak risau terpamer pada wajah aunty Salwanya. Mana tidaknya Zulfieqar umpana anak kandungnya sendiri.
“ada orang tu mungkin terkenangkan orang dekat Syarikat Warisan tu aunty sebab tu masa buka tayar sampai terseliuh.” Saadah sengaja ingin mengenakan Zulfieqar, Zulfieqar celik mata melihat Saadah dengan gembira tayang sengeh jahat.
“Adah, You tak nak balik ke? Kerja dah selesaikan, so apalagi balik office buat report pasal tadi.” Seboleh Zulfieqar tak mahu Saadah memulakan cerita imaginasinya kerana dia pasti auntynya tidak akan berhenti menyoalnya kelak.
“Eh! Jangan balik dulu Adah, Aunty dah masak lebih tadi, mari makan sama baru balik office, lagipun Saadah dengan Zulfieqar belum lunch lagi kan.” Aunty Salwa mengajak Saadah setelah melihat Saadah yang suda berura-ura ingin pulang. Saadah tarik sengeh menang apabila dia dipelawa oleh Aunty Salwa sendiri. ‘hu! Hampe punya boss, dahlah tak sempat singgah makan sebab nak bawa dia ke klinik, ajak makan tak pula, halau balik lagi adalah!, Aunty Salwa terbaik!.’ Saadah bemonolog sendiri sambil mengorak langkah kemeja makan.
dimeja makan mereka hanya menikmati makanan yang disajikan dengan tenang, sesekali Zulfieqar melirik kearah Saadah yang lebih santai makan menggunakan tangan. Selama dia mengenali semula Saadah, ada satu perkara yang dia suka pada diri Saadah iaitu Saadah menjadi dirinya yang sebenar walau berhadapan dengan orang yang baru dikenalinya tidak berpura-pura untuk menjadi orang lain.
BAB 5
sehari suntuk Zulfieqar memerapkan diri di rumah setelah diberikan cuti sakit selama 3 hari oleh pihak klinik, ingin keluar dia pula berasa malas memandangkan pergelangan tangannya masih lagi sakit, semuanya disebabkan Saadah, kalau tak dijajahnya cerita yang dia mendapat cuti sakit selama tiga hari kepada Tuan Hissamuddin tak adanya dia akan berada dirumah tika ini, dia masih boleh bekerja dengan dihantarkan pemandu mereka. Namun apakan daya Tuan Hissamuddin lebih sayangkan dia sebagai anak saudaranya dan inginkan dia berehat di rumah mengikut nasihat doctor.
langkah diatur ke meja kerja, sedar tak sedar Zulfieqar telah pun “login” ke dalam laman sesawang Facebook. Sudah lama dia tidak berkunjung ke laman sesawang tersebut memandangkan hari-harinya dipenuhi dengan kerja-kerja yang tak surutnya.
dalam melayari satu demi satu “status” rakan-rakan lamanya dari sekolah menengah sehingga rakan seuniversitinya tiba-tiba hatinya terdetik untuk melihat apakah aktiviti Saadah, pastinya Saadah mempunyai akaun laman sesawang Facebook memandangkannya seorang yang gemar berkata-kata.
‘dia guna nama apa eh?’ Zulfieqar bermonolog sendiri sambil mengetuk dagunya dengan jari. Akhirnya Zulfieqar mencuba dengan menggunakan nama penuh Saadah. ‘Shazwadiatul Saadah’ butang ‘search’ di tekan, menanti process pencarian dan akhirnya tertera nama ‘Shazwadiatul Saadah’. Sengih jahat terpamer, ingin melihat profile Saadah tapi malang! Hanya untuk teman. Hatta masej juga tidak boleh, akhirnya Zulfieqar menghantar pesanan ‘friend request’ setelah hampir setengah jam menunggu Saadah masih belum menerima permohonan teman daripada Zulfieqar, entah mengapa hatinya geram. Akirnya Zulfieqar menghatar pesanan ringkas kepada Saadah memaklumkan kepada Saadah untuk menerima ‘friend request’nya.
manakala disebelah sana pula Saadah telah menerima masej ‘friend request’ daripada Zulfieqar, tetapi Saadah tidak merasa ingin menambahkan Zulfieqar dalam senarai kawannya, ‘nanti aku nak luahkan perasaan atau nak kutuk lebih-lebih pun susah.’ Saadah terlebih dahulu mempertimbangkan kesan-kesan terhadap penerimaan permohonan teman daripada Zulfieqar. Walaupun masej pesanan ringkas telah dihantar oleh Zulfieqar yang lebih kepada ‘Arahan’ untuk menerima permohonan teman dalam akaun laman sesawangnya namun dia tetap tak endah, hanya meneruskan perbualan ‘chattingnya dengan bekas teman persekolahannya dulu.
Setelah hampir sejam lebih Zulfieqar menanti akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi terus kepada Saadah. Blackberry dicapai nama Saadah dicari, punat hijau ditekan dan menantikan jawapan dihujung sana. Saadah yang tika itu masih leka melayani cerita dari teman-temannya terhenti dari meneruskan kegiatannya. Telefon Iphone4 dicapai melihat nama sipemanggil menyebabkan dia malas untuk menjawab, tapi disebabkan takut ada urusan kecemasan akhirnya butang hijau ditekan.
“apasal tak terima ‘friend request’ aku?. Tu dia! Bila da keluar ayat kau aku tu maksudnya dia dalam angin yang panas!. Saadah hampir tergelak. ‘la, pasal tu je ke dia nak call aku?’ Saadah bermonolog sendiri.
“Assalamualaikum Encik Zulfieqar.” Saadah sengaja melewatkan untuk menjawab pertanyaan Zulfieqar.
“Waalaikumsalam!” dalam malu Zulfieqar tetap menjawab salam Saadah.
“cepat la accept aku!. Zulfieqar sudah masuk tone memberi arahan.
“buat apa nak accept kau?.” Saadah tak ada hati untuk mengalah. Bukan office hours lah kalau nak merasa dihormat!.
“oh! Kau taknak accept eh?, ok taka pa esok aku bagi tau tuan Hissamuddin yang kau panggil dia TAMBI, aku akan bagi tau dia depan semua staff biar kau rasa!.” Zulfieqar dah tukar tone mengarah kepada tone mengugut.
“Hoi! Mana boleh! Ni dah kes ugut!.” Walau Saadah merasakan Zulfieqar tak akan melakukannya namun kearangkaliannya tetap ada, diulang! Kebarangkalian sama macam yang ada dalam subjek math modern. “macam budak-budak!.” Saadah terus menamatkan talian. Butang accept friend ditekan. ‘binawei punya manusia!’ hanya itu yang mampu disebut oleh Saadah setelah butang accept ditekan. Namun sebelum “logout” dari akaun laman sesawang Facebook tiba-tiba Saadah mendapat idea untuk memuat naik status barunya. Sengeh jahat terpamer.
+aku sangat gembira hari ni sebab si mata sepet tak kerja… aman dunia! ^_^V
setelah itu Saadah terus logout.
Zulfieqar yang pada masa itu sedang meneliti Wall Saadah bagai tercekek dengan status baru Saadah. “Kurang asam punya budak pendek! Dia panggil aku sepet?.” Zulfieqar memicit kepala untuk memikirkan cara untuk mengenakan Saadah, tiba-tiba senyuman terpamer. Sesuatu di taip pada Wall Saadah. Esok akan kau rasa! Senyuman jahat masih terpamer.
+Sleep tight syg, jgn lupa mimpikan abg, love you!
keesokan paginya Saadah tiba awal di pejabat, Zulfieqar masih lagi ada sehari cuti sakit. Oleh kerana masih terlalu awal untuk memulakan kerja, Saadah membuka laman sesawang Facebook hanya untuk memuat naik status barunya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hampir jatuh rahangnya melihat status Zulfieqar yang dimuat naik di Wallnya, terdapat banyak ulasan daripada status yang telah dimuat naik oleh Zulfieqar, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang memuji ketampanan Zulfieqar melalui gambar profile yang digunakan dan tak kurang juga ada antara temannya yang berkecil hati sebab cuba menyembunyikan statusnya.
Saadah kaku tak tahu nak kata apa. Nombor Zulfieqar di dail, menunggu jawapan dihujung sana. Apabila panggilan dijawab Saadah terus sahaja melancarkan serangan.
“baik kau explain dekat member aku dengan apa yang kau dah post dekat wall aku sebelum aku naik hantu!” Saadah dah rasa geram.
“aku nak explain apa?. Zulfieqar buat bodoh walau hakikat dia tahu apa yang membuatkan Saadah marah. ‘biar kau rasa!, selalu aku yang kena.’
“anyway lain kali bagi salam dulu sebelum nak tanya apa-apa, Assalamualaikum.” Zulfieqar terus menamatkan panggilan tanpa sempat Saadah menjawab.
BAB 6
hari bergati hari, akhirnya pertelingkahan mereka berlanjutan didalam laman sesawang, tanpa sedar pertelingkahan ini juga yang telah merapatkan hubungan mereka , dari musuh tradisi menjadi rakan baik, walaupun bertelingkah, namun bagi Zulfieqar ia lebih kepada bertelingkah mesra. Sehinggalah pada satu ketika Zulfieqar telah dihantar untuk menguruskan projek di Bali, Saadah tidak dapat turut serta atas sebab dia juga perlu membantu untuk mengendalikan projek yang ada di Malaysia. Mungkin atas sebab talian internet yang tidak mengizinkan atau kesibukan yang membatasi jadual harian menyebabkan Zulfieqar telah lama tidak melawati akaun laman sesawangnya. Dan ini menjadikan malam-malam kebiasaan Saadah yang ditemani usikan-usikan Zulfieqar menjadi sunyi.
Saadah melangkah keserambi rumah, melihat panorama malam yang dihiasi bulan dan bintang, terdetik hatinya ‘adakah tika ini kita melihat pada dada langit yang sama?’ satu keluhan dilepaskan, senyuman tersungging dibibir, sambil menggeleng kepala, Saadah melangkah masuk kebiliknya. ‘kau dah gila Saadah’ Saadah bemonolog sendiri mengenangkan dirinya sejak akhir-akhir ini sering teringatkan Zulfieqar.
setelah hampir sebulan setengah dirantau orang akhirnya Zulfieqar kembali. Tidak ada yang berubah, Cuma sejak pulang dari Bali Zulfieqar sudah jarang melawati akaun Facebooknya. Kadang-kala Zulfieqar kelihatan sedang online, tapi tidak pernah untuk memberikan kometar terhadapa status-statusnya lagi. Ingin bertanyakan sendiri tetapi dia merasakan seperti tidak ada kepentingan sehingga dia perlu bertanya, akhirnya ia perkara itu hanya dibiarkan sahaja. Sehinggalah pada satu hari Zulfieqar telah memuat naik statusnya yang dirasakan sedikit berbaur mesra.
Zulfieqar : +Kehadiranmu mengisi kekosonganku ASJ
Saadah yang tidak menaruh curiga memberikan kometarnya.
Shazwadiatul Saadah: -ehem-ehem, boss.. dalam hati ada taman ea?
“la, macam mana boleh jadi ni?” lagak risau terpamer pada wajah aunty Salwanya. Mana tidaknya Zulfieqar umpana anak kandungnya sendiri.
“ada orang tu mungkin terkenangkan orang dekat Syarikat Warisan tu aunty sebab tu masa buka tayar sampai terseliuh.” Saadah sengaja ingin mengenakan Zulfieqar, Zulfieqar celik mata melihat Saadah dengan gembira tayang sengeh jahat.
“Adah, You tak nak balik ke? Kerja dah selesaikan, so apalagi balik office buat report pasal tadi.” Seboleh Zulfieqar tak mahu Saadah memulakan cerita imaginasinya kerana dia pasti auntynya tidak akan berhenti menyoalnya kelak.
“Eh! Jangan balik dulu Adah, Aunty dah masak lebih tadi, mari makan sama baru balik office, lagipun Saadah dengan Zulfieqar belum lunch lagi kan.” Aunty Salwa mengajak Saadah setelah melihat Saadah yang suda berura-ura ingin pulang. Saadah tarik sengeh menang apabila dia dipelawa oleh Aunty Salwa sendiri. ‘hu! Hampe punya boss, dahlah tak sempat singgah makan sebab nak bawa dia ke klinik, ajak makan tak pula, halau balik lagi adalah!, Aunty Salwa terbaik!.’ Saadah bemonolog sendiri sambil mengorak langkah kemeja makan.
dimeja makan mereka hanya menikmati makanan yang disajikan dengan tenang, sesekali Zulfieqar melirik kearah Saadah yang lebih santai makan menggunakan tangan. Selama dia mengenali semula Saadah, ada satu perkara yang dia suka pada diri Saadah iaitu Saadah menjadi dirinya yang sebenar walau berhadapan dengan orang yang baru dikenalinya tidak berpura-pura untuk menjadi orang lain.
BAB 5
sehari suntuk Zulfieqar memerapkan diri di rumah setelah diberikan cuti sakit selama 3 hari oleh pihak klinik, ingin keluar dia pula berasa malas memandangkan pergelangan tangannya masih lagi sakit, semuanya disebabkan Saadah, kalau tak dijajahnya cerita yang dia mendapat cuti sakit selama tiga hari kepada Tuan Hissamuddin tak adanya dia akan berada dirumah tika ini, dia masih boleh bekerja dengan dihantarkan pemandu mereka. Namun apakan daya Tuan Hissamuddin lebih sayangkan dia sebagai anak saudaranya dan inginkan dia berehat di rumah mengikut nasihat doctor.
langkah diatur ke meja kerja, sedar tak sedar Zulfieqar telah pun “login” ke dalam laman sesawang Facebook. Sudah lama dia tidak berkunjung ke laman sesawang tersebut memandangkan hari-harinya dipenuhi dengan kerja-kerja yang tak surutnya.
dalam melayari satu demi satu “status” rakan-rakan lamanya dari sekolah menengah sehingga rakan seuniversitinya tiba-tiba hatinya terdetik untuk melihat apakah aktiviti Saadah, pastinya Saadah mempunyai akaun laman sesawang Facebook memandangkannya seorang yang gemar berkata-kata.
‘dia guna nama apa eh?’ Zulfieqar bermonolog sendiri sambil mengetuk dagunya dengan jari. Akhirnya Zulfieqar mencuba dengan menggunakan nama penuh Saadah. ‘Shazwadiatul Saadah’ butang ‘search’ di tekan, menanti process pencarian dan akhirnya tertera nama ‘Shazwadiatul Saadah’. Sengih jahat terpamer, ingin melihat profile Saadah tapi malang! Hanya untuk teman. Hatta masej juga tidak boleh, akhirnya Zulfieqar menghantar pesanan ‘friend request’ setelah hampir setengah jam menunggu Saadah masih belum menerima permohonan teman daripada Zulfieqar, entah mengapa hatinya geram. Akirnya Zulfieqar menghatar pesanan ringkas kepada Saadah memaklumkan kepada Saadah untuk menerima ‘friend request’nya.
manakala disebelah sana pula Saadah telah menerima masej ‘friend request’ daripada Zulfieqar, tetapi Saadah tidak merasa ingin menambahkan Zulfieqar dalam senarai kawannya, ‘nanti aku nak luahkan perasaan atau nak kutuk lebih-lebih pun susah.’ Saadah terlebih dahulu mempertimbangkan kesan-kesan terhadap penerimaan permohonan teman daripada Zulfieqar. Walaupun masej pesanan ringkas telah dihantar oleh Zulfieqar yang lebih kepada ‘Arahan’ untuk menerima permohonan teman dalam akaun laman sesawangnya namun dia tetap tak endah, hanya meneruskan perbualan ‘chattingnya dengan bekas teman persekolahannya dulu.
Setelah hampir sejam lebih Zulfieqar menanti akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi terus kepada Saadah. Blackberry dicapai nama Saadah dicari, punat hijau ditekan dan menantikan jawapan dihujung sana. Saadah yang tika itu masih leka melayani cerita dari teman-temannya terhenti dari meneruskan kegiatannya. Telefon Iphone4 dicapai melihat nama sipemanggil menyebabkan dia malas untuk menjawab, tapi disebabkan takut ada urusan kecemasan akhirnya butang hijau ditekan.
“apasal tak terima ‘friend request’ aku?. Tu dia! Bila da keluar ayat kau aku tu maksudnya dia dalam angin yang panas!. Saadah hampir tergelak. ‘la, pasal tu je ke dia nak call aku?’ Saadah bermonolog sendiri.
“Assalamualaikum Encik Zulfieqar.” Saadah sengaja melewatkan untuk menjawab pertanyaan Zulfieqar.
“Waalaikumsalam!” dalam malu Zulfieqar tetap menjawab salam Saadah.
“cepat la accept aku!. Zulfieqar sudah masuk tone memberi arahan.
“buat apa nak accept kau?.” Saadah tak ada hati untuk mengalah. Bukan office hours lah kalau nak merasa dihormat!.
“oh! Kau taknak accept eh?, ok taka pa esok aku bagi tau tuan Hissamuddin yang kau panggil dia TAMBI, aku akan bagi tau dia depan semua staff biar kau rasa!.” Zulfieqar dah tukar tone mengarah kepada tone mengugut.
“Hoi! Mana boleh! Ni dah kes ugut!.” Walau Saadah merasakan Zulfieqar tak akan melakukannya namun kearangkaliannya tetap ada, diulang! Kebarangkalian sama macam yang ada dalam subjek math modern. “macam budak-budak!.” Saadah terus menamatkan talian. Butang accept friend ditekan. ‘binawei punya manusia!’ hanya itu yang mampu disebut oleh Saadah setelah butang accept ditekan. Namun sebelum “logout” dari akaun laman sesawang Facebook tiba-tiba Saadah mendapat idea untuk memuat naik status barunya. Sengeh jahat terpamer.
+aku sangat gembira hari ni sebab si mata sepet tak kerja… aman dunia! ^_^V
setelah itu Saadah terus logout.
Zulfieqar yang pada masa itu sedang meneliti Wall Saadah bagai tercekek dengan status baru Saadah. “Kurang asam punya budak pendek! Dia panggil aku sepet?.” Zulfieqar memicit kepala untuk memikirkan cara untuk mengenakan Saadah, tiba-tiba senyuman terpamer. Sesuatu di taip pada Wall Saadah. Esok akan kau rasa! Senyuman jahat masih terpamer.
+Sleep tight syg, jgn lupa mimpikan abg, love you!
keesokan paginya Saadah tiba awal di pejabat, Zulfieqar masih lagi ada sehari cuti sakit. Oleh kerana masih terlalu awal untuk memulakan kerja, Saadah membuka laman sesawang Facebook hanya untuk memuat naik status barunya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hampir jatuh rahangnya melihat status Zulfieqar yang dimuat naik di Wallnya, terdapat banyak ulasan daripada status yang telah dimuat naik oleh Zulfieqar, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang memuji ketampanan Zulfieqar melalui gambar profile yang digunakan dan tak kurang juga ada antara temannya yang berkecil hati sebab cuba menyembunyikan statusnya.
Saadah kaku tak tahu nak kata apa. Nombor Zulfieqar di dail, menunggu jawapan dihujung sana. Apabila panggilan dijawab Saadah terus sahaja melancarkan serangan.
“baik kau explain dekat member aku dengan apa yang kau dah post dekat wall aku sebelum aku naik hantu!” Saadah dah rasa geram.
“aku nak explain apa?. Zulfieqar buat bodoh walau hakikat dia tahu apa yang membuatkan Saadah marah. ‘biar kau rasa!, selalu aku yang kena.’
“anyway lain kali bagi salam dulu sebelum nak tanya apa-apa, Assalamualaikum.” Zulfieqar terus menamatkan panggilan tanpa sempat Saadah menjawab.
BAB 6
hari bergati hari, akhirnya pertelingkahan mereka berlanjutan didalam laman sesawang, tanpa sedar pertelingkahan ini juga yang telah merapatkan hubungan mereka , dari musuh tradisi menjadi rakan baik, walaupun bertelingkah, namun bagi Zulfieqar ia lebih kepada bertelingkah mesra. Sehinggalah pada satu ketika Zulfieqar telah dihantar untuk menguruskan projek di Bali, Saadah tidak dapat turut serta atas sebab dia juga perlu membantu untuk mengendalikan projek yang ada di Malaysia. Mungkin atas sebab talian internet yang tidak mengizinkan atau kesibukan yang membatasi jadual harian menyebabkan Zulfieqar telah lama tidak melawati akaun laman sesawangnya. Dan ini menjadikan malam-malam kebiasaan Saadah yang ditemani usikan-usikan Zulfieqar menjadi sunyi.
Saadah melangkah keserambi rumah, melihat panorama malam yang dihiasi bulan dan bintang, terdetik hatinya ‘adakah tika ini kita melihat pada dada langit yang sama?’ satu keluhan dilepaskan, senyuman tersungging dibibir, sambil menggeleng kepala, Saadah melangkah masuk kebiliknya. ‘kau dah gila Saadah’ Saadah bemonolog sendiri mengenangkan dirinya sejak akhir-akhir ini sering teringatkan Zulfieqar.
setelah hampir sebulan setengah dirantau orang akhirnya Zulfieqar kembali. Tidak ada yang berubah, Cuma sejak pulang dari Bali Zulfieqar sudah jarang melawati akaun Facebooknya. Kadang-kala Zulfieqar kelihatan sedang online, tapi tidak pernah untuk memberikan kometar terhadapa status-statusnya lagi. Ingin bertanyakan sendiri tetapi dia merasakan seperti tidak ada kepentingan sehingga dia perlu bertanya, akhirnya ia perkara itu hanya dibiarkan sahaja. Sehinggalah pada satu hari Zulfieqar telah memuat naik statusnya yang dirasakan sedikit berbaur mesra.
Zulfieqar : +Kehadiranmu mengisi kekosonganku ASJ
Saadah yang tidak menaruh curiga memberikan kometarnya.
Shazwadiatul Saadah: -ehem-ehem, boss.. dalam hati ada taman ea?
Tiba-tiba ada satu lagi kometar dari seseorang yang
Saadah tidak kenali.
Adrian Shafyna: *thanks kerana menjadi sinarku.
Zulfieqar: ku mampu menyinar kerna kau sumber tenagaku. J
melihat namanya saja menyebabkan tubuh Saadah seakan lumpuh, adakah benar bagai diduganya? Zulfieqar telah ada seseorang yang istimewa? AS ataupun Adrian Shafyna? Adrian Wakil Syarikat Warisan? Saadah hanya mampu kaku dihadapan computer ribanya, dunia terasa bagai terhenti.
sejak kejadian itu Saadah seperti ingin menjauhkan diri. Dengan hanya beralasan sibuk kerana membantu projek dipinggir kota. Zulfieqar juga sudah jarang bertanyakan khabar, samaada melalui Facebook ataupun melalui pesanan ringkas, semantalah Saadah juga tidak lagi aktif melawati akaun Facebooknya.
hari berganti hari, akhirnya Saadah perlu akur bahawa hatinya kian parah, walau hakikat di hatinya terpatri kasih terhadap Zulfieqar, namun dia perlu mengerti bahawa bukan dia dihati Zulfieqar.
langkah paling berat telah diambil, Saadah akan berhenti kerja dengan alasan untuk bekerja ditempat yang lebih dekat dengan kampung halaman agar mudah untuknya melawat orang tuanya, walau permintaannya adalah berat bagi majikan yang telah mempercayainya, namun mereka akur dengan permintaan Saadah.
hanya menitipkan nota ringkas kepada Zulfieqar dihari terakhir dia ditempat kerjanya memandangkan Zulfieqar bercuti untuk membuat persiapan pertunangannya bersama Adrian.
“semoga senyummu kan kekal diwajahmu”
Saadah ^_^V
BAB 7
sambil duduk dipangkin dihalaman rumah, Saadah merenung ke dada langit sambil bermonolog sendiri. ‘kita mungkin merenung dada langit yang sama, namun kita berpijak ditanah yang beza’. Saadah memejam mata, merasa lembutnya angin malam menyapa tubuhnya seperti mengerti perasaan sedihnya. Akhirnya air mata yang sekian lama ditahan mengalir juga. Gambar profile Zulfieqar yang diambil dari profile Facebook ditatap lama, gambar yang menimbulkan isu usikan Saadah terhadap Zulfieqar kerana Zulfieqar menyisipkan keychain bear dipoket seluarnya. Kata Saadah tak padan lagak macho tapi simpan keychain bear. Walaupun gambar itu menjadi isu usikan Saadah, namun gambar itulah yang sering menjadi tatapan Saadah dikala rindu, dan saat ini gambar itu tetap setia menjadi pengubat rindunya. Sesuai dengan tajuk gambar yang diletakkan untuk gambar Zulfieqar “Macho Bear”. Saadah meletakkan skrin telefon bimbitnya kedada sambil bergumam “kau kan tetap Macho Bear dihatiku.”
***hakikat hidup tidak ada yang sempurna, pasti ada pahitnya untuk nikmati manisnya.
Saat sayang mekar dihati,
Cinta pula sudah berpaling,
ku terima dengan redha ini,
walau hatiku patah umpama ranting.
saat kasihku sudah pasti,
hatinya pula suda dimiliki,
ku doa kau sepenuh kasih,
bukti ku sayang ku undur diri.
mungkin ending tak seindah di pinta, tapi ketahuilah hidup tak seringnya indah. ^_^V
enjoy reading my 5th short story **** Sharp 2:04am Wednesday - 2 November 2011****
ulasan dialukan.. thanks, shiea-shiea, syukran!!
Zulfieqar: ku mampu menyinar kerna kau sumber tenagaku. J
melihat namanya saja menyebabkan tubuh Saadah seakan lumpuh, adakah benar bagai diduganya? Zulfieqar telah ada seseorang yang istimewa? AS ataupun Adrian Shafyna? Adrian Wakil Syarikat Warisan? Saadah hanya mampu kaku dihadapan computer ribanya, dunia terasa bagai terhenti.
sejak kejadian itu Saadah seperti ingin menjauhkan diri. Dengan hanya beralasan sibuk kerana membantu projek dipinggir kota. Zulfieqar juga sudah jarang bertanyakan khabar, samaada melalui Facebook ataupun melalui pesanan ringkas, semantalah Saadah juga tidak lagi aktif melawati akaun Facebooknya.
hari berganti hari, akhirnya Saadah perlu akur bahawa hatinya kian parah, walau hakikat di hatinya terpatri kasih terhadap Zulfieqar, namun dia perlu mengerti bahawa bukan dia dihati Zulfieqar.
langkah paling berat telah diambil, Saadah akan berhenti kerja dengan alasan untuk bekerja ditempat yang lebih dekat dengan kampung halaman agar mudah untuknya melawat orang tuanya, walau permintaannya adalah berat bagi majikan yang telah mempercayainya, namun mereka akur dengan permintaan Saadah.
hanya menitipkan nota ringkas kepada Zulfieqar dihari terakhir dia ditempat kerjanya memandangkan Zulfieqar bercuti untuk membuat persiapan pertunangannya bersama Adrian.
“semoga senyummu kan kekal diwajahmu”
Saadah ^_^V
BAB 7
sambil duduk dipangkin dihalaman rumah, Saadah merenung ke dada langit sambil bermonolog sendiri. ‘kita mungkin merenung dada langit yang sama, namun kita berpijak ditanah yang beza’. Saadah memejam mata, merasa lembutnya angin malam menyapa tubuhnya seperti mengerti perasaan sedihnya. Akhirnya air mata yang sekian lama ditahan mengalir juga. Gambar profile Zulfieqar yang diambil dari profile Facebook ditatap lama, gambar yang menimbulkan isu usikan Saadah terhadap Zulfieqar kerana Zulfieqar menyisipkan keychain bear dipoket seluarnya. Kata Saadah tak padan lagak macho tapi simpan keychain bear. Walaupun gambar itu menjadi isu usikan Saadah, namun gambar itulah yang sering menjadi tatapan Saadah dikala rindu, dan saat ini gambar itu tetap setia menjadi pengubat rindunya. Sesuai dengan tajuk gambar yang diletakkan untuk gambar Zulfieqar “Macho Bear”. Saadah meletakkan skrin telefon bimbitnya kedada sambil bergumam “kau kan tetap Macho Bear dihatiku.”
***hakikat hidup tidak ada yang sempurna, pasti ada pahitnya untuk nikmati manisnya.
Saat sayang mekar dihati,
Cinta pula sudah berpaling,
ku terima dengan redha ini,
walau hatiku patah umpama ranting.
saat kasihku sudah pasti,
hatinya pula suda dimiliki,
ku doa kau sepenuh kasih,
bukti ku sayang ku undur diri.
mungkin ending tak seindah di pinta, tapi ketahuilah hidup tak seringnya indah. ^_^V
enjoy reading my 5th short story **** Sharp 2:04am Wednesday - 2 November 2011****
ulasan dialukan.. thanks, shiea-shiea, syukran!!
Musuh Ku Cinta Ku
1- “Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau
makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran
hilai tawa dari rakan-rakan Daos atau nama sebenarnya Ferrdauos.
Qarysha
yang sedar sergahan itu ditujukan untuk dirinya berpaling. Melihat muka Daos
dengan sengehan mengejeknya menambahkan sakit hati Qarysah. “Yang kau sibuk
kenapa?. Kalau aku makan bertambah gemuk maknanya aku nda membazir, lain la
macam kau tu, makan bertan-tan pun tetap juga kurus kering!. Membazir saja.”
Serentrak itu kedengaran satu dewan makan mentertawakan Ferrdaous. Panas
hatinya setelah niatnya untuk mengenakan Qarysha tidak kesampaian malahan telah
memalukan dirinya sendiri.
Sememangnya
dia dan Qarysha adalah musuh tradisi, dahulunya Ferrdaous dan Qarysha adalah
rakan sepermainan, tidak terlalu rapat namun mereka tinggal di satu taman
perumahan yang sama menjadikan hubungan mereka baik. Namun setelah menapak ke sekolah
menengah tingkah laku Ferrdaous berubah, kerana malu ditertawakan mempunyai
teman wanita yang hodoh dan gemuk menyebabkan Ferrdaous membenci Qarysha.
Walaupun hakikatnya mereka hanya berkawan sahaja, disebabkan Ferrdaous
merasakan usikan itu memalukan dirinya, Qarysha sering dimalukan dihadapan
kawan-kawannya bagi membuktikan dia tidak pernah bercinta dengan Qarysha.
Qarysha
dan Ferdaous sama-sama adalah pelajar harapan sekolah, mereka sama-sama
bersaing untuk mendapat tempat teratas, kadang Qarysha ditangga teratas kadang
pula Ferrdaous ditangga teratas, dalam pelajaran mereka tetap bersaing sihat
walau diluar mereka adalah musuh ketat!
2- Qarysha setia menanti di pintu
pagar sekolah, hari ini dia ditugaskan untuk mengawasi pintu pagar sekolah.
Dari jauh lagi Qarysha telah melihat susuk tubuh yang dia kenali, “Daos!, siap
kau hari ni!.” Qarysha bermonolog sendiri. “Nama?!” Qarysha berlagak sedang
bersedia mencatat sesuatu d atas buku samannya.
“Nama
aku GENDUT!. G.E.N.D.U.T suda kau tulis?. Daos menjungkitkan kening seperti
sedang mengejek Qarysha.
Qarysha
menahan sabar didalam hati “bukan namamu CICAK RAMPING bin BIAWAK KERING
kah??.” Mata berlaga, kasar nafas
dihembus. Perasaan marah telah bercampur dengan perasaan malu. Ferrdaous Sekali
lagi dimalukan dihadapan pintu pagar sekolah dengan disaksikan oleh rakan-rakannya
dan pengawas bertugas yang lain.
“Kau!!!,
kau pikir kau pengawas bagus la kunun?!” Ferrdaous berlalu sambil merampas
kertas saman yang telah disua dihadapan hidungnya. 30sen adalah jumlah yg kecil
namun rekod yang yang disimpan akan menyebabkan markah disiplin ditolak. “nanti
kau gendut! Siap lah kau nanti!” terkumat kamit Daos menyumpah seranah Qarysha.
Usai
sudah sesi pembelajaran pada hari ini, Qarysha bergegas keluar dari kelas
dengan satu tujuan, dia bergegas untuk pulang ke rumah, hari ini bas uncle Ng
masuk bengkel, ini maksudnya hanya ada satu sahaja bas yang akan sampai ke
kawasan perumahannya. Jam telah menunjukkan tiga petang, badannya terasa letih
dengan kelas tambahan yang tiba-tiba diadakan pada petang tadi, walaupun letih
namun kaki tetap dihayun untuk memastikan dia dapat menaiki satu-satunya bas
yang akan memasuki kawasan perumahannya, “mati aku kalau aku terlepas bas ni,
kalau nda sempat mau lagi menunggu sampai petang.” Qarysha bermonolog sendiri.
Setibanya
diperhentian bas harapannya menjadi hampa, Qarysha melihat disekeliling
perhentian bas, melihat kalau-kalau Ferrdaous dan Maliki masih ada. Hanya
Ferrdaous dan Maliki harapannya kerana
hanya meraka bertiga yang tinggal di taman perumahan yang sama. Namun pencarian
matanya berakhir dengan kehampaan. Pastinya bas ganti yang akan sampai ke taman
perumahannya telah pun pergi. Hatinya bagaikan hendak menangis, pastinya kali
ini dia terpaksa berjalan kaki satu kilometer untuk sampai ke rumahnya. Satu
kilometer bukanlah satu halangan bagi diri Qarysha, namun anjing milik tauke
kedai runcit yang terletak berdekatan taman perumahannya itu yang
menyebabkannya kecut perut. Anjing yang tingginya paras pinggang berwarna hitam
dan seperti sedang menunjuk-nunjuk gigi taringnya itu amat menakutkan.
Seperti
yang ditakuti Qarysha setibanya dihadapan kedai tauke Soon Tat anjing garang
milik tauke itu telah menggonggongnya, persis Qarysha adalah seorang pencuri,
mula-mula Qarysha hanya berundur perlahan-lahan menjauhkan diri dari anjing
yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tempatnya berdiri, namun
pergerakkan itu telah bertukar menjadi larian apabila anjing tersebut telah
berubah rentak dari hanya berdiri menggonggang kini berlari kearah Qarysha. Qarysha
yang hilang punca terus sahaja angkat kaki, otak tak sempat mencerna kerasional
tindakan Cuma bertindak mengikut rentak badan, longkang dihadapan cuba
dilompat, namun akibat dari tubuh badan Qarysha yang berat mengakibatkan
lompatan Qarysha sedikit terencat sekaligus menyebabkan hujung kaki kirinya
tersadung pada tembok longkang.
Dunia
seakan berhenti, memberikan ruang kepada Qarysha mencerna kembali perkara yang
baru berlaku sebentar tadi. Anjing! Ya anjing tadi sedang merenung kearah
Qarysha yang sedang selesa duduk didalam longkang sambil menggoyangkan ekornya.
Tauke Soon Tat berlari kearah longkang tersebut, membantu Qarysha keluar dari
longkang sambil berulang kali memohon maaf.
“aiya!
Amoi lu punya kepala ada darah owh!. Mari uncle kasi cuci itu luka.” Sambil
mengajak Qarysha untuk kekedainya. Namun pelawaan Tauke Soon Tat ditolak dengan
baik. Bukan kerana marah pada tauke tersebut, bukan juga takut kerana anjing
tauke itu sedang merenungnya, tapi kerana dia tersangat malu dengan kejadian
itu. Dia tidak pasti sama ada ada sesiapa yang melihat kejadian itu atau tidak
kerana dia sendiri malu untuk mendongak meninjau sekiranya ada mata yang sedang
melihat kejadian itu. Qarysah berjalan menuju kerumahnya sambil sedikit
terhincut-hincut akibat kakinya yang tersadung sehingga menyebabkan dia
terjatuh tadi.
Maliki
berlari-lari menuju ke rumah Ferrdaous, sesungguhnya kejadian telah
membuatkannya serba salah. Ya! Maliki adalah salah seorang yang melihat
kejadian itu ketika dia hendak ke kedai tauke tersebut untuk membeli chewing
gum.
“Daos!
Daos!.” Panggilan Maliki dijawab oleh Ibu Ferrdaous. “kenapa kau Maliki? Macam
dikejar anjing saja.”
“Daos
adakah makcik?”
“Ada
dia di dalam, sekejap ya, makcik pigi panggil dulu dia. Mari masuk dulu bah,
panas diluar tu.” Maliki yang sudah terbiasa dengan rumah Daos tanpa segan
terus sahaja duduk di sofa di ruang rehat itu.
“Kenapa
Maliki? Kau cari aku ka?”
“Anu..
Daos, si Qarysha tadi dikejar anjing tauke Soon Tat.”
“ha?!
Hahaha! Padan mukanya.”
“Ish!
Jangan kau begitu bah, kesian aku tenguk dia tadi, terjatuh dia di dalam
longkang.” Maliki meluahkan rasa simpatinya terhadap Qarysha.
“Kalau
kau kesian kenapa kau nda tolong jak dia tadi, kau mengadu sama aku pun nda
juga aku mau tolong dia, biar padan mukanya siapa juga suruh selalu kasi panas
hatiku!.” Ferrdaous tetap dengan amarahnya.
“Tapi
kan kalau bukan kau minta driver bas tu jalan terus tadi nda la si Qarysha tu
tunggu bas lain.”
“Wei!
Ini cerita kita dua saja tau, kalau kau cerita sama orang lain pacah
pengancingan mu sana!” Ferrdaous memberikan amaran kepada Maliki. Sewaktu menghanatar
Maliki ke muka pintu kelihatan seorang remaja sekolah yang masih lengkap
berpakaian sekolah sedang jalan terhinjut-hinjut, sambil berusaha menampung berat
bebanan beg sekolahnya.
“Eh!
Qarysha, baru balik.” Maliki hanya bermanis mulut, mungkin kerana rasa bersalah
yang menghantui dirinya kerana bersubahat dengan rancangan Ferdaous untuk
mengenakan Qarysha. Namun Qarysha hanya memadang Maliki tanpa suara, hanya
anggukan menjawab pertanyaannya tadi. Senyum sinis yang terpamer diwajah
Ferrdaous tiba-tiba berubah pucat melihat darah pekat yang masih basah di dahi
Qarysha. Serta merta rasah bersalah Ferrdaous bertandang. Tiada kata terluah,
air liur terasa pekat dan perit untuk ditelan. Hanya pandangan mata tanpa
ungkapan sebagai bahasa simpati buat Qarysha.
Keesokan
harinya Qarysha tidak dapat hadir ke sekolah, berita yang sempat menjengah
pendengaran Ferrdaous adalah Qarysha telah mendapat jangkitan akibat lukanya yang
mengakibatkan Qarysha menghidap demam panas, mangkin bertimpa-timpa rasa
bersalah Ferrdaous. Dan bermula pada saat itu tiada lagi pertengkaran atau perbalahan
mulut diantara Ferrdaous dan Qarysha. Maliki awal lagi telah menyatakan maaf
kerana perkara itu terjadi akibat dari ulahnya dan Ferrdaous, namun Qarysha
hanya berdiam diri. Tiada lagi si gendut pengawas garang, Qarysha berubah
menjadi seorang yang sangat pendiam dan menyediri.
Keputusan
SPM telah pun diumumkan, dan seperti yang dijangkakan Ferrdaous dan Qarysha
adalah diantara pelajar yang mengisi tempat teratas selaku pelajar terbaik sekolah.
Namum kemeriahan suasana di sekolah Ferrdaous tidak dapat membunuh rasa
bersalah yang bersarang dihati Ferrdaous. Rancangannya untuk bertemu dengan Qarysha
bagi mengucapkan maaf dan tahniah tidak kesampaian apabila Ferrdaous melihat ayah
Qarysha datang bagi mewakili Qarysha
mengambil keputusan SPM. Berita
yang mengatakan Qarysha sedang bercuti di kampung neneknya setelah tamat
latihan PLKN hanya diketahuinya daripada Maliki.
3- 6 tahun telah berlalu, setelah
setahun lebih mempraktikkan pengetahuan pendidikan yang dipelajarinya dari
Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan di tanah semenanjung, kini
tibalah masanya dia kembali ke tempat kelahirannya. Ferrdaous kini sah menjadi salah
seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak kelapa sawit yang terkemuka
dalam carta bursa saham. Sementara itu dia juga telah mengikat ikatan
pertunangan dengan Yunilisa iaitu rakan sekerja sewaktu di tanah semenanjung
dulu.
Ferrdaous
memperlahankan pemanduannya ketika memasuki kawasan perumahan tempatnya
tinggal. Masih lagi di taman perumahan yang sama sejak enam tahun yang lalu,
banyak yang telah berubah namun ia tidak mampu untuk merubah cerita yang
tersimpan sejak sekian lamanya.
Ya!
Qarysha, satu nama yang pernah menjadi mangsa usikannya merangkap musuh yang
dinobatkan oleh dirinya sendiri. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu.
Kali terakhir dia melihat wajah gadis itu adalah ketika kertas akhir fizik pada
enam tahun lalu, sejak itu Qarysha seolah-olah cuba menyembunyikan diri darinya,
berita berkenaan dengan Qarysha hanya diketahui Melalui Maliki sahabat baiknya.
Hanya dengan Maliki sahaja Qarysha sering bertembung.
Tangan
mencapai telefon, speed dail ditekan. “hello brother!.” Ferrdaous berkata
setelah talian berjaya disambungkan.
“Assalamualaikum
kawan!, bagi salam bah dulu.” Maliki ditalian sudah tersengeh kerana berjaya
mengenakan Ferrdaous.
“Waalaikumsalam
bah, yala kau tu kalau tercan-can suda mengasi kena bukan alang-alang kau mau
perli-perli aku.” Kedengaran hilai tawa d hujung talian.
“bukan
selalu geng!, bah! Apa cerita mu ni tiba-tiba telefon aku?.”
“ah!
Kau ni! Kenapa mau ada hal saja kah baru boleh menefon sama kau?.”
“nda
juga lah, tapi selalunya kau tu begitu bah.”
“nda
bah aku mo menanya ni, kau dirumah juga ka?, aku mo pigi rumah mu bah ni nanti
malam melepak, boring aku teda kawan di rumah, durang beliau ku balik kampung
sama kakak ku.”
“oooo...
datang saja lah, dirumah juga aku ni, nda aku dapat jalan pigi mana-mana sebab
bini ku menunggu hari suda ni.”
“bah,
yalah! Ni malam lepas isyak aku pigi rumah mu a.”
Setelah
talian dimatikan, tiba disatu persimpangan kelihatan seorang gadis sedang
mencangkung memandang kearah tayar keretanya. “pancut rupanya.” Ferrdaous
bergumam sendiri sambil menghentikan kenderaannya ditepi jalan belakang kereta
Pesona gadis tadi.
“cik
adik, nda buli kembang balik tu tayar kalau ditengu saja, mau aku tolong
tukarkan.” Gadis tadi yang sedang mencangkung lantas berdiri, lama dia merenung
wajah lelaki dihadapannya.
“jangan
tenung lama-lama rayang, nanti kau jatuh cinta sama aku susah aku mau jawab
sama tunangku.” Gadis yang baru tersedar setelah ditegur oleh Ferrdaous lantas
berpaling kearah lain bagi menghilangkan rasa malunya.
“Tayar
ganti nda ada angin, kau ada pump tayar kah?.” Gadis tersebut bertanyakan
Ferrdaous, tanpa menjawab soalan gadis tadi Ferrdaous terus menuju kearah bonet
kereta gadis tersebut.
“aku
tolong pump tayar mu di station minyak depan sana, kau mau ikutkah atau tunggu
di sini saja?.” Tanpa sebarang petunjuk Ferrdaous telah mengeluarkan tayar
ganti gadis tersebut dan di masukkan kebahagian belakang kereta Honda CRVnya.
“nda
apalah aku tunggu sini saja.” Kemudian Ferrdaous berlalu untuk ke station
minyak yang dimaksudkan. Setalah hampir 30minit gadis tersebut menanti di dalam
kereta akhirnya Ferrdaous telah kembali, selesai memasang tayar Ferrdaous
sempat berpesan “lain kali selalu-selalulah periksa spare tyre, jangan nanti
pancut tinggal di tingu saja tu tayar.”
Ferrdaous
pantas berlalu ke keretanya, sebelum masuk kedalam kereta sempat lagi Ferrdaous
melaung kearah gadis tersebut “bah! Terima kasih ya sebab saya tolong kamu
tukar tayar.” Kemudian Ferrdaous terus berlalu. Gadis tadi hanya terkedu tanpa
kata. “dah lah dia sound aku suka-suka tanpa tahu hal sebenar, pastu
sedap-sedap lagi menyindir. Hangkuk punya lelaki!. Ni kereta baru sampai dari
Sarawak la! Huh!.” Gadis tersebut bermonolog didalam hati. “tapi dia nda kenal
aku lah.” Tiba-tiba cuaca mendung merentasi wajah gadis tersebut. Ferrdaous
satu nama yang sama, hanya fizikalnya
sahaja banyak berubah tapi lasernya tetap sama. Gadis tersebut kemudian masuk
kedalam kereta dan memandu pulang.
4- “Cikgu Qary! Cikgu Qary!.”
Kedengaran suara kanak-kanak sedang melaungkan nama Qarysha dari luar rumahnya.
“oh!
Iqbal, Isya... kenapa panggil cikgu?” Iqbal dan Isya merupakan pasangan kembar
yang sedang berada dalam darjah satu, mereka adalah pelajar yang mengambil
kelas tambahan dengannya, mulanya Qarysha menolak namun bila dipujuk dia
terpaksa menerima apatah lagi nenek kepada kembar tersebut adalah jiran yang
telah bersusah payah menjaga emaknya ketika dimasukkan ke wad hospital akibat
serangan jantung setahun lalu sebelum dia berpindah kembali bertugas di Sabah.
“Cikgu
Qary boleh kah ajar kami kira-kira?.” Dalam logat yang masih belum terlalu
fasih Iqbal memohon daripada Qarysha.
“Bah!
Marilah sini datang tempat cikgu.” Qarysha mempelawa pasangan kembar itu untuk
datang ke rumahnya, sebenarnya rumah Qarysha dan nenek kepada pasangan kembar
tersebut hanya bersebelahan, disebelah kiri rumah nenek si kembar manakala
rumah Qarysha berada ditengah dan rumah emak Qarysha berada disebalah kanan
rumahnya. Dia membeli rumah tersebut daripada penghuni lama yang dahulu juga
adalah pasangan guru. Rumah tersebut dijual apabila pasangan guru tersebut ingin
pulang ke tanah semenanjung.
Sedang
seronok mereka belajar tiba-tiba kedengaran laungan dari dalam rumah memanggil
nama si kembar. “Iqbal!, Isya! Mana kamu dua?.”
“Sini
kami uncle Achik!.” Si kecil Isya membalas laungan si pemanggil tadi. “oooo!!..
apa kamu buat sana Iqbal, Isya?.”
“kami
minta ajar kira-kira sama Cikgu Qary.”
“kenapa
nda minta ajar sama uncle Achik ja, uncle Achik lagi terror dari Cikgu KARI
AYAM.” Qarysha yang mendengar gelaran nama yang diberikan oleh pakcik si kembar
tadi suda kembang kempis dada menahan bahang.
“Tapi
uncle Achik bukan cigu!.” Si Iqbal comel menjawab. Kredit kepada Qarysha,
senyuman terpamer.
“Tapi
uncle terror sebab uncle engineer!.” Si pakcik tak puas hati.
“Tapi
di sekolah nda ada engineer cuma ada cigu ja.” Si comel Isya menjawab. Qarysha
sudah hampir pecah tawa. “padan muka!.” Qarysha bermonolog sendiri.
“oooo...
kamu dua nda sayang uncle laini kan, sebab tu kamu dua nda mau belajar sama uncle,
biarlah! No more Giant! No more play station!.” Si pakcik cuba rasuah, cara
untuk pancing undi anak buah.
Mata
bundar pasangan kembar rasa bersalah, Qarysha kini rasa tergugat. Si pakcik
tarik sengeh jenayah berat. “Hehehe....”
“nda
apa, nanti kalau uncle Achik nda mau bawa Iqbal dengan Isya pergi Giant cikgu
bawakan ya, kalau uncle Achik tak mo teman main play station nanti cikbu bawa
pergi main dekat play ground ya.” Qarysha main tarik tali, bertindak balas meraih
undi.
“Amboi!
Beli undi Nampak!” si pakcik sudah masuk mood bahasa kasar.
“nda
apalah beli undi bukan beli jiwa pun.” Si cikgu tak ada rasa ingin mengalah.
Anak buah dan anak murid dah kerut dahi. Bukan isu pergi Giant atau isu main
game yang menjadi persoalan, tapi perang bahasa lebih kepada dendam orang
dewasa.
“kalau
kau mau beli pun tentu-tentu aku nda mau jual!” dengan penuh yakin si pakcik
berkata.
“Ello!!
Ada aku cakap mau beli jiwa mu?.” Sambil angkat-angkat kening Qarysha bertanya
mengarah pandangan mata kebola mata si pakcik. Blurrr... malu tak terkata.
Laungan
nama si pakcik dari dalam rumah menyelamatkannya dari terus malu.
“Aku
belum siap sama kau, nanti sambung!.” Si pakcik berlalu ke dalam rumah.
“uiiiii!!!
Tatutnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!.” Qarysha menunjukkan aksi takut-takutnya pada si
pakcik. Si pakcik tak terkata, rasa geram dipendam saja. “nanti aku deduct
kau!.” Dalam hati si pakcik memasang angan.
5- Pertengkaran demi pertengkaran
terus tercetus dan semestinya yang sengaja diwujudkan oleh Ferrdaous, tak ada
yang ingin beralah diantara mereka dan seringkali Ferrdaous yang akan kalah.
Namun bukan itu yang menjadi isu, tanpa disedari hatinya senang setiap
perbalahan yang dicetuskan olehnya sendiri. Gembira bila Qarysha kembali kepada
Qarysha yang dulu yang tak pernah ingin mengalah. Sesungguhnya dia gembira kerana
Qarysha juga sudi memaafkan kesalahan dimasa remajanya dulu, sesungguhnya dia
turut menyesali perbuatannya sendiri kerana membenci Qarysha tanpa
sebarang sebab yang logik.
Namun
perbalahan yang telah menjadi rutin harian mereka tiba-tiba suram, Semenjak
Ferrdaous pulang dari tanah semenanjung bersama ahli keluarganya yang lain,
hati Ferrdaous dipagut rasa kecewa, tunang tercinta meminta memutuskan ikatan
atas alasan mereka jauh terpisah oleh lautan. Tujuan Ferrdaous datang ke tanah
semenanjung untuk memberi kejutan kepada Yunilisa akhirnya memberikan kejutan
pada dirinya sendiri dengan keputusan Yunilisa untuk memutuskan ikatan
pertunangan, bukan hanya kecewa dengan tindakan Yunilisa namun Ferrdaous juga
malu kepada orang tuanya yang turut bersamanya datang ke tanah semenanjung yang
kononnya untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.
Sejak
itu Ferrdaous semakin jauh, dia lebih banyak menghabiskan masanya di tempat
kerja, balik ke rumah hanya pada lewat malam, lebih banyak waktunya
bersendirian di dalam bilik dari menghabiskan masanya bersama keluarga mahupun
teman rapatnya Maliki.
Hari
yang dilalui Qarysha semakin terasa sunyi, sunyi dari pertengkaran yang sengaja
dicetuskan oleh Ferrdaous. Tiada lagi wajah segak Ferdaous di pagi hari menemani
kepergiannya untuk ketempat kerja kerana Ferrdaous akan keluar lebih awal dari
biasa. Tiada lagi usikan dari Ferrdaous ketika dia sedang sibuk mengajar si
kembar kerana Ferrdaous hanya akan pulang bila semua orang dibuai mimpi. Kini
hari yang dilaluinya terlalu sunyi dan dia sedar kini dia merindui kehadiran
lelaki itu.
6- “Cikgu! Cikgu!, cikgu mau pigi
mana?.” Iqbal bertanya sambil kedua tangannya kemas memegang jeriji besi yang
memisahkan kawasan rumah mereka.
“cikgu
mau keluar jalan-jalan bawa baby Dina dengan baby Dani.”
“ala...
ikut bah cikgu, lama sudah kami nda jalan-jalan.” Kedengaran rengekan halus
daripada Iqbal, takut didengari neneknya mungkin. Sementara Isya juga merapati
jeriji besi setelah mendengar Iqbal menyatakan keinginannya untuk ikut sama,
seperti Iqbal, Isya juga menantikan jawapan daripada Qarysha.
Qarysha
berfikir sejenak sambil mengetuk-ngetuk dagu dengan kunci kereta, wajah sayu si
kembar direnung silih berganti, rasa sayu menghambat hati, sememangnya telah
lama mereka tidak keluar untuk bersiar-siar, iba bapa si kembar sering sibuk
kebelakangan ini, tanggungjawab terpikul dibahu nenek mereka buat masa ini.
Ferrdaous juga telah lama tidak melakukan aktiviti bersama si kembar kerana
sibuk melayan perasaan kecewanya, akhirnya Qarysha memberi kata putus untuk
membawa si kembar bersiar sama. Melonjak gembira si kembar mendengar persetujuan
daripada Qarysha.
Setelah
mendapat persetujuan daripada nenek si kembar berdencit kedua-duanya masuk
kerumah untuk menyalin pakaian. Ferrdaous yang hampir bertembung dengan si
kembar hanya melihat kedua-duanya berkejaran naik ketingkat atas. Kening
dijungkit kearah ibunya tanda pertanyaan tindakan si kembar.
“Dorang
mau ikut sama si Qary pigi jalan-jalan”
Sambil
kening berkerut “Ai! Kenapa mau kasi susah orang bawa durang jalan-jalan.?” Ada
nada tidak puas hati kedengaran.
“Jadi
mau harap siapa bawa si kembar tu jalan-jalan?, mama ni suda tua mana larat mau
bekejar sana sini menjaga sama dua budak tu, mau harap kau tu sibuk saja
melayan perasaan.” Rasa bersalah bertandang dihati Ferrdaous. Melihat keriangan
anak-anak buahnya, dia sedar telah lama dia mengabaikan mereka yang penting
dalam hidupnya hanya kerana kealfaannya menyalahkan takdir Tuhan.
“Iqbal,
Isya tunggu situ, uncle bawa kamu jalan nanti.” Si kembar memandang si pakcik
dengan rasa tidak percaya.
“tapi
kami mau jalan sama cikgu.” Iqbal menjawab jujur. Puan Rosnah yang mendengar
perbualan antara anaknya dan cucunya menjenguk keluar.
“Daous,
kalau kau mau bawa durang jalan sekalilah sama durang si Qary, nda bagus juga tadi suda beriya-iya dia mau
bawa dua budak tu.” Ferrdaous seperti sedang menimbangkan permintaan ibunya.
Nafas dihembus panjang. Iqbal, kasi tau cikgu naik kereta uncle. Setelah
mendapat arahan daripada Ferrdaous berkerja-kerja si kembar mendapatkan
Qarysha.
Lima
minit kemudian Ferrdaous kelihatan santai dengan seluar jeans lusuh, berbaju
tshirt tanpa koler berwarna putih sambil menekan punat kawalan kereta. Qarysha
static berdiri ditepi kereta pesona miliknya, si kembar menanti arahan sama ada
menaiki kereta Qarysha ataupun Ferrdaous.
Ferrdaous
paling wajah, melihat kearah Qarysha yang tidak ada tanda-tanda untuk menaiki
keretanya. Ferrdaous melangkah kearah rumah sebelah, pintu penumpang dibuka,
mengangkat baby Dina yang baru berusia setahun sambil memimpin tangan baby Dani
yang berusia 2 tahun setengah. Ferrdaous memandang kearah Qarysha tanda dia
ingin Qarysha menaiki keretanya. Tanpa banyak bicara si kembar cepat-cepat
menaiki kereta Ferrdaous, baby Dani juga di letakkan di tempat duduk belakang
bersama-sama si kembar, hanya baby Dina sahaja yang diberikan kepada Qarysha
untuk dipangku.
Qarysha
yang pada mulanya ingin membantah, namun melihat pandangan mata emak Ferrdaous
kearahnya mematahkan niatnya, pastinya emak Ferrdaous tidak mahu memusnahkan
mood baik Ferrdaous pada ketika itu.
Duduk
bertiga bersama Ferrdaous dengan baby Dina diatas riba, sambil mengawasi si
kembar dan baby Dani bermain di bahagian permainan di Giant mencerminkan
keluarga bahagia. Qarysha diam tak berkutik, hanya static menyusukan baby Dina
dengan susu botol yang dibawanya dari rumah. Ferrdaous tekun memandang kearah
ketiga-tiga kanak-kanak yang bermain di tapak permainan di Giant, sambil
sesekali memanggil nama Iqbal yang seperti ingin mencetuskan perang dengan
kanak-kanak yang lain. Sambil menantikan anak-anak buah mereka puas bermain
Ferrdaous bergerak ke kaunter KFC untuk memesan makanan.
“kau
tolong tengok-tengokkan budak-budak tu dulu, aku mau pergi order makanan.”
Ferrdaous memaklumkan kepada Qarysha sebelum berdiri dan bergerak ke dalam
kaunter. Namun dia berpatah semula kepada Qarysha. “kau mau makan apa?.”
Qarysha
yang baru sahaja tenggelam dalam khayalnya terkejut. “ha!, oh! Emmmm... sneak
plate saja lah, budak-budak tu pun sama Cuma untuk dorang kau tolong order rasa
ori. Errrr... kau tolong bayar dulu, nanti aku bayar balik ya.”
Ferrdaous
hanya memandang Qarysha, sebelum berlalu sempat dia berpesan. “tengok
budak-budak tu, jangan mengkhayal pula!.” Qarysha hanya menahan geram. “Cis!
Bagus saja mood terus jadi komunis!”
Qarysha bermonolog sendiri.
Sneak
plate tidak berusik, hanya memerhati si kembar dan baby Dani makan dengan
berseleranya, tidak timbul pergaduhan diantara mereka, ini yang paling
memudahkan Qarysha tiap kali membawa mereka keluar untuk bersiar-siar.
Ferrdaous hanya memerhati tanpa bunyi, melihat Qarysha tidak menjamah makanan
yang dipesan lantas baby Dina di ambil dan di pangku atas ribaan.
“Makanlah
dulu, aku jaga baby Dina.” Sambil membawa baby Dina ke tepi tingkap entah apa
yang ditunjuk oleh Ferrdaous kepada baby Dina di luar sana, hanya bertujuan
untuk mengagah baby Dina yang ada tanda-tanda ingin menangis bila di pangku
oleh orang yang tidak dikenali. Akhirnya baby Dina dapat menerima Ferrdaous.
“Hai!
Cikgu Qary, lama nda jumpa cikgu.” Seorang lelaki berpakaian kemas yang menyapa
Qarysha menggamit mata Ferrdaous untuk memandang. Hati terasa gusar, seperti
ada yang tidak kena melihat kemesraan yang dipamerkan oleh lelaki tersebut
walaupun Qarysha hanya melayan lelaki tersebut dengan bersahaja.
Baby
Dina yang mula bosan dengan apa yang dilihatnya di luar KFC mula merengek,
Ferrdaous datang kearah Qarysha untuk menyerahkan baby Dina sebelum ia
memulakan irama nyaring yang tidak digemari. “pigi basuh tangan dulu, baby Dina
mau menyusu barangkali ni.” Lelaki yang tadinya rancak beramah dengan Qarysha
agak terkejut dengan kehadiran Ferrdaous yang tiba-tiba. Qarysha lantas
bergerak kearah singki kemudia kembali untuk mengambil baby Dina dari dakapan
Ferrdaous.
“Cikgu
sudah kahwin rupanya, nampaknya saya nda ada peluang la ni kan.” kelihatan
senyuman tawar terpamer diwajah lelaki tadi. Belum sempat Qarysha membuka mulut
untuk menjelaskan kedudukan sebenar Ferrdaous terlebih dahulu menghulurkan
salam perkenalan.
“Ferrdaous.”
Tangan berjabat.
“Hisyam.”
Senyuman berbalas, setelah berbual seketika Hisyam meminta diri untuk pulang.
Didalam
kereta hanya kedengaran si kembar berceloteh, baby Dani hanya mengkekeh turut
sama ketawa walaupun dia tidak memahami apa yang sedang dikatakan oleh si
kembar. Ferrdaous senyap tidak berkutik, hanya Qarysha yang sesekali melayani
keletah si kembar dan baby Dani, baby Dina lena diribaan Qarysha, Ferrdaous
sesekali menjeling kesisi.
Betul
kata Maliki ketika dia bertandang kerumah sahabatnya itu, Maliki banyak
menceritakan perihal Qarysha, Qarysha banyak berubah, Qarysha bukan lagi
Qarysha yang dulu, Qarysha yang ada disebelahnya adalah Qarysha yang walaupun
secara fizikal adalah kasar namun dirinya penuh dengan kasih sayang, cara dia
melayani anak-anak buahnya, manjanya, walaupun dia bukan wanita rupawan namun
setelah lama diamati dia adalah gadis yang manis, memberikan ketenangan bagi
sesiapa memandangnya, dan tidak hairanlah sekiranya Maliki mengatakan bahawa
ramai kumbang di sekolah tempat mereka mengajar yang ingin mendekatinya. Kemesraan
Hisyam tadi tergambar semula. Ada getar cemburu disitu. “apa suda jadi?, nda
kan la.....?”
7- Perhubungan antara Qarysha dan
Ferrdaous mula bertambah baik, namun perbalahan sesekali tetap berlaku, namun perubahan Ferrdaous kali ini mengundang
resah di hati Qarysha, Ferrdaous bukan lagi Ferrdaous yang dulu, kadang kala
renungan mata Ferrdaous menggetarkan naluri wanitanya. Dia sendiri kurang
mengerti dengan perasaannya kini, sehinggakan ada kalanya dia tidak dapat
menumpukan pengajarannya terhadap si kembar bila Ferrdaous juga turut duduk
diluar rumahnya dan dia sedar mata itu sering merenungnya.
Bukan
itu sahaja, malahan setiap kali dia ingin membawa baby Dani dan baby Dina untuk
keluar bersiar-siar pastinya Ferrdaous juga ingin keluar, walaupun mereka
menaiki kereta yang berlainan namun mereka tetap akan bertemu di destinasi yang
sama. Pernah Qarysha menyuarakan ketidak selesaannya kepada Ferrdaous, takut
kalau-kalau nanti dia akan di katakana pengganggu tunangan orang kerana Qarysha
masih belum mengetahui perihal pertungan Ferrdaous yang kecundang atau pun
takut sekiranya teman lama Qarysha menyangka Ferrdaous adalah suaminya. Namun
jawapan Ferrdaous sangat mudah “aku mampu kahwin lebih dari satu bah.” Ataupun
“sekarang bukan suami, esok-esok mana tau yang kau peluk masa tidur tu aku.”
Sesungguhnya kesemua jawapan Ferrdaous amat menyakitkan hati. Pernah sekali
bila Ferrdaous mengatakan yang dia boleh jadikan Qarysha isteri keduanya,
refleks Qarysha menjentik hidung Ferrdaous, menyeringai sakit Ferrdaous, namun
hanya sekali itu kerana kali kedua Qarysha ingin melakukan perkara yag sama
tangannya digenggam Ferrdaous, bersama amaran Ferrdaous berkata “kalau kau
lastik idung aku lagi, aku nda teragak-agak cium kau! Biar kahwin free!.”
Semenjak itu Qarysha hanya berani tayang penumbuk tanda tidak puas hatinya
terhadap Ferrdaous.
8- Dari ruang rehat keluarga,
Ferrdaous mengintai Qarysha yang sedang tekun mengajar si kembar, sesekali
Qarysha akan terut sama bergelak dengan si kembar.
“apa
kau intai tu Daous?” Puan Rosnah yang keluar dari dapur menyapa Ferrdaous.
Bukan dia tidak sedar perubahan keatas diri anak terunanya, hal ini juga
disedari oleh suaminya, tugas untuk merisik hati anak terunanya diberikan
kepada si ibu.
“nda
la ma... mana ada aku mengintai.”
“Daous,
mama bukan mau marah sama kau, apa lagi mau halang kau, tapi nda manis kau
selalu intai anak perawan orang. Kalau kau suka bagus kau terus terang, jangan
sampai melepas, Maliki pun ada kasi tau mama si Qary tu ramai orang suka.
“ish!
Mama ni, mana ada aku suka sama si Qary tu, pandai-pandai saja mama buat
spekulasi.” Ferrdaous masih sembunyi hakiki.
“Daous,
mama yang mengandung sama kau, jangan la kau mau membuyuk sama mama, kalau kau
masih sama ego mu nda mau mengaku, esok-esok kalau dia diambil orang jangan kau
menyesal. Dia memang nda lawa macam bekas tunang mu, tapi dia perempuan yang
cukup sempurna untuk dijadikan isteri, Kau fikirlah baik-baik kalau buli
istikarah sekali.” Selepas memberikan nasihat kepada Ferrdaous Puan Rosnah
terus naik ke bilik untuk berehat.
Kata-kata
ibunya tadi sedikit sebanyak meresap ke hati. “Kenapa aku perlu butakan hati
hanya kerana kecewa pada masa lalu.” Ferrdaous bermonolog sendiri.
Ferrdaous
melangkah untuk kebilik, nasihat ibunya akan dituruti, “siapa tahu andai benar
dia adalah tulang rusuk ku” kata perangsang buat diri sendiri.
9- “aku nikahkan dikau dengan Nurul
Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”
“aku
terima nikahnya Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit
tunai.”
Dengan
sekali lafaz Nurul Qarysha Sahed sah menjadi isteri kepada Mohd Ferrdaous
Salleh, acara pembatalan air sembahyang adalah acara yang dinantikan oleh
lensa-lensa kamera. Ferrdaous mendekati Qarysha, usai acara menyarungkan cincin
si isteri pula mencium tangan si suami kemudian diikuti ciuman kasih berlabuh
didahi si isteri daripada si suami.
Majlis
perkahwinan berlanjutan hingga ke malam hari, ini adalah kebiasaan bagi majlis perkahwin
di Sabah yang diraikan hingga ke malam hari. Memandangkan rumah mereka hanya
berjiran maka acara disambut dengan meriah, ini kerana acara tingkuang iaitu
acara menyambut anak menantu bagi pihak lelaki akan diadakan serentak.
Tepat
jam 12:00 malam tetamu beransur pulang, biasanya majlis yang diraikan di
taman-taman perumahan akan berhenti pada waktu tengah malam bagi menghormati
pravisi jiran tetangga. Tidak seperti keraian yang diadakan di kampung-kampung
yang akan berlanjutan hingga ke dini hari.
Usai
mandi, Qarysha keluar ke balkoni di biliknya sambil melihat pihak catering yang
masih berkerja memngemas peralatan catering mereka untuk dibawa pulang. Sedang
asyik melayan perasaan tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi orang berdehem.
“bila
kau masuk?” Qarysha bertanya menghilangkan rasa gugupnya berduaan dengan lelaki
yang halal baginya.
“baru
saja.” Keadaan sunyi seketika.
“buli
aku request something kah?.” Static Qarysha pandang Ferrdaous, banyak
kemungkinan permintaan Ferrdaous yang bermain difikiranya.
“jangan
fikir sembarangan sana, abang bukan buruk lantak, abang tau kita masih dalam tempoh
untuk cuba menyesuaikan diri.” Qarysha membuntangkan mata, rasa lucu bila
Ferrdaous membahasakan dirinya “abang”. Namun rasa ingin ketawa itu hanya
disimpan, takut dengan pandangan menggoda Ferrdaous.
“apa
yang kau mau request?.” Qarysha memandang kearah pekerja-pekerja catering,
takut untuk melihat renungan Ferrdaous.
“panggail
aku abang.” Qarysha panggung wajah. “normallah kau panggil aku abang, aku kan
suami kau, takkan kau mau beraku berkau sama aku?”
“okey!”
mudah jawapan daripada Qarysha.
“aku
panggil kau ‘Ary’.” Qarysha pandang pelik.
“aku
nda mau panggil kau dengan nama yang biasa orang panggil, aku mau panggil kau
guna nama panggilan yang cuma aku saja yang guna.” Senyuman terukir diwajah
Qarysha.
“kau
jealous eh?.” Qarysha soal selidik.
“eh!
Opkos la! Abang ni suami Ary.” Terbayang dimata Ferrdaous saat dia dan Qarysha
bertembung dengan Hisyam di butik pengantin untuk membuat pilihan persalinan perkahwinan
mereka. Dengan selamba Hisyam meminta Qarysha mempertimbangkan dirinya setelah
mengetahui Qarysha masih belum berkahwin dengan Ferrdaous. Dengan pantas
Ferrdaous mengheret Qarysha keluar dari butik tersebut. Pada hari yang sama
juga Ferrdaous meminta ibunya untuk berbincang dengan keluarga Qarysha bagi
memperawalkan lagi tarikh perkahwinan mereka dari tarikh yang telah
dipersetujui sebelumnya.
Qarysha
hanya tersengeh melihat wajah Ferrdaous yang nyata tidak puas hati kerana
ditertawakan akibat dari sifat cemburu yang dirasakan Qarysha sebagai
keterlaluan.
“ketawa
pula dia!, abang kahwin lagi satu baru Ary tau!.” Sengehan Qarysha terhenti.
“amboi!!!!...
baru siang tadi nikah sudah pikir mau poligami? Banyak cantik!” seretak itu
satu jentikan yang kuat mendarat tepat di hidung Ferrdaous, bila sekali lagi
tangan Qarysha ingin mendaratkan jentikan di hidung Ferrdaous, sepantas itu
juga tangan Qarysha digenggaman oleh Ferrdaous.
“kan
abang suda pernah cakap!, sekali lagi Ary lastik idung abang, abang nda akan
teragak-agak cium Ary!” tanpa sempat mengelak bibir Ferrdaous dengan tepat
mendarat di bibir Qarysha. Pelukan semakin diperkemaskan.
The
rest is history ..... J)))))
Imeginasi
sebuah kisah biasa... J J J
Pergi pasar membeli belacan,
Belacan dari papar jadi pilihan,
Kalau hati sudah berkenan,
Jangan sembunyi, tapi luahkan...
Dekat-dekat hati membenci,
Dendam dulu disimpan rapi,
Walau benci kian berapi,
Kalau dah jodoh cinta pasti bersemi....
Jodoh ada disekeliling kita, namun kita perlu
berusaha untuk menemuinya. Dalam benci ada cinta, selamat menikmati cerpen ke-4
dalam versi sabahan.....
Mengharapkan komen & komplen
Suljia & Adham
“eee....
geramnya aku!!!” Suljia menggenggam penumbuknya. Sakit hati dengan sifat miang
ketua bahagiannya. Lelaki berumur awal 40an, sudah berkahwin, memiliki tubuh
yang sasa, dan masih bergaya. Namun itu tidak merubah prinsip Suljia “katakan
tak nak pada married person!!” sering
kali Suljia diminta untuk kerja lebih masa oleh ketuanya dan setiap kali itu
jugalah En.Shukry atau lebih famous dengan gelaran Sir Shuk memganggu
ketenangannya. Ingin sekali dia membuat laporan gangguan seksual kepada pihak
HR namun setiap kali itu jugalah Suljia dihantui oleh banyak kemungkinan
kehilangan pekerjaan kerana dia mengetahui bahawa Sir shuk adalah anak buah
kepada Head syarikat tempatnya bekerja.
“aku
rasa ko kena kahwin la Gee, sebab Sir Shuk tu takkan ganggu wife orang, dia
cuma nak yang fresh je” Zahlia memberi pandangannya. Memang itu lah kenyataan
yang mereka dengar bahawa Sir Shuk hanya mendampingi wanita single atau lebih
tepat yang masih dara sebab kononnya Sir Shuk ada menuntut ilmu untuk kekal nampak
muda. Entah betul entah tidak cerita yang mereka dengar.
“Lia,
ko nak suruh aku kahwin dengan siapa? Dah la aku ni nak dapat boyfriend pun
susah.” Zahlia seperti berfikir semula, benar apa yang dikatakan oleh Suljia,
nak kata dia sombong tak juga, nak kata muka baby face Suljia tu tak lawa tak
mungkin juga sebab memang dia saja lah yang selalu menjadi magsa cubitan sebab
muka dia yang comel walaupun umurnya telah mencecah 24 tahun. Mungkin juga
sebab pergaulannya yang terbatas kerana dia adalah anak bungsu dari lima
beradik, semua telah berkahwin kecuali dia yang sering dianggap “baby” dalam
keluarganya.
“Ala
ko kan suka chatting takkan ko tak pernah sangkut kat mana-mana chatter ko?”
Zahlia masih lagi memberi idea walaupun dia sedar idea yang dia berikan itu tak
berapa bernas.
“Gilo
ko apo?! Kau nak aku kata apa kat dorang tu? Macam ni ‘hai! Awak, jom kita kahwin!’ macam tu?” Zahlia hanya
gelak, rasa nak pecah perutnya bila membayangkan Suljia akan berkata begitu
dengan teman cybernya.,
“Aku
rasa lah kan dari aku buat macam kau suruh baik aku wat iklan...” Suljia tarik
sengeh. Zahlia dah bantai gelak sakan.
“Aku
rasa teruk-teruk idea aku teruk lagi idea kau la Gee...”
“Apa
pulak teruknya? Betul apa? Aku siap sediakan borang lagi.” Suljia berkata penuh
yakin.
“Lantak kau la Gee, yang penting
kau happy, dah lah rest time dah habis ni, selamat bekerja dengan Sir Shuk ye.”
Sambil mengerdipkan mata Zahlia berlalu ke arah department nya di tingkat atas.
Suljia dah hilang mood bila mengenangkan dia akan menghadap muka Sir Shuk.
“Macam
mana nak buat iklan ni ekh?” Suljia mencongak sendiri di hadapan computer
ribanya di dalam bilik, selesai membantu mengemas dapur untuk makan malam tadi
dia terus sahaja naik ke biliknya untuk meneruskan misi membuat iklan.
IKLAN
MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer
Lelaki Pilihan:-
- Perlu mempunyai taraf
pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan pendidikan)
- Perlu mempunyai pekerjaan
yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka
tukar-tukar kerja)
- Tidak ada rekod jenayah
(Abah persara polis, abah tak suka penjenayah)
- Mampu menjadi pemimpin (Abah
tak suka orang yang tak boleh memimpin)
- mempunyai kelengkapan asas
hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang
diperlukan belum ada)
- Umur adalah dalam lingkungan
26-35tahun.
Selesai menaip butang print ditekan. Suljia tersenyum
memandang iklannya. “ Esok bagi Zahlia tengok” Suljia berkata sendiri sebelum
matanya tertutup rapat dan melangkah kealam mimpi.
Awal
pagi lagi Suljia dah terpacak dihadapan meja kerja Zahlia, tak lain dan tak
bukan adalah untuk menunjukkan kepada Zahlia iklan yang telah dicetaknya.
“Mak
ai Gee!!! Ko buat betul-betul ke?.” Zahlia bagaikan tidak percaya dengan
perbuatan Suljia. Suljia seperti pelik dengan soalan Zahlia, “bukan kelmarin
aku dah bagi tahu dia ke?” Suljia bemonolog sendiri.
“Yelah,
memang aku serius pun, napa?” mata Suljia terkebil-kebil memandang Zahlia.
“
Kau biar betik Gee?, ni soal kahwin soal masa depan takkan ko serius nak buat
iklan?.”
“habis
tu kau nak aku buat macam mana lagi?, kau juga yang bagi aku idea suruh aku
kahwin kalau tak nak Sir Shuk tu kacau aku lagi.”
“Pulak
dah?, Gee... Gee, kau ni kan eeee... tak tau la nak kata apa, kadang kau ni
lurus sangat tak da conner conner dah, aku main-main je lah kelmarin tu. Kalau
pun betul kau nak kahwin kau minta la parents kau cari kan untuk kau, habis
cerita.” Wajah Suljia dah bertukar redup, hati dilanda gusar, gusar sekiranya
dia lambat mencari calon. Kelmarin dia hampir saja dipeluk oleh Sir Shuk ketika
di pantry. Gara-gara ingin mengelak gangguan daripada Sir Shuk Suljia seperti
orang terdesak. “ kalau tau dek abah, mau tak di tembaknya Sir Shuk tu, nak
resign confirm abah akan syak... hu... Suljia bermonolog sendiri, masi
mencongak kewajaran iklannya.
“Ehem...
ehem...” kedengar suara dari arah belakang.
“Eh!,
Sir Adham, selamat pagi.”Zahliah menyapa ramah “boss” bahagian kewangannya.
“Pagi,
tengah sembang apa ni, Adham sempat singgah di meja Zahlia.
“tak
ada apa Sir, ni kawan saya ada hal nak tanya pasal fail dia hilang, dia takut
mungkin kelmarin ada budak department dia salah hantar.” Lancar sahaja Zahlia
berbohong. Suljia dah terkebil-kebil memandang Zahlia yang tak tahu hujung
pangkal cerita.
“Oh!,
kalau dah jumpa fail tu cepat balik deparment awak, nanti tak siap kerja
Zahlia, awak budak IT departmentkan.” Perkataan “fail” ditekankan seperti tahu
bahawa itu hanyalah alasan. Suljia hanya mengangguk, “mangkuk punya mamat! Huh!
Baru kejap aku kat sini dia dah sindir aku!” Suljia berkata dalam hati.
“Okey
la Lia, aku balik dulu. Nanti kalau dah jumpa balik fail tu kau call aku nanti
kat bawah.” Dengan perasaan geram Suljia melangkah kearah lif. Satu jelingan
diberikan kepada Adham sebelum pintu lif selamat tertutup.
“Zahlia,
tolong bagi saya laporan bulanan kewangan yang saya minta dekat awak minggu
lalu.” Dengan pantas Zahlia menyerahkan fail yang sudah sedia diatas mejanya.
“Good!.” Hanya itu yang Adham
katakana sebelum berlalu masuk ke biliknya. Itu adalah sifat Adham, memuji
hanya sekadar ‘Good’ dan ucapan terima kasih hanya sekadar ‘thanks’, ucapan
yang diungkapkan tanpa segaris senyuman.
Fail
laporan kewangan dibuka, sehelai kertas melayang jatuh di atas lantai. Helaian
dikutip lalu dibaca
IKLAN
MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer
Lelaki Pilihan:-
1
Perlu
mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan
pendidikan)
- Perlu mempunyai pekerjaan
yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka
tukar-tukar kerja)
- Tidak ada rekod jenayah (Abah
persara polis, abah tak suka penjenayah)
- Mampu menjadi pemimpin (Abah
tak suka orang yang tak boleh memimpin)
- mempunyai kelengkapan asas
hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang
diperlukan belum ada)
- Umur adalah dalam lingkungan
26-35tahun.
Iklan dibaca berulang kali, bagai tidak percaya.
“Ada juga orang yang sanggup buat iklan untuk cari pasangan hidup. Siapa
suljia? IT officer? Jangan-jangan minah yang jeling aku tadi?.” Adham dah tarik
senyum. “Comel!” tidak sengaja perkataan itu terluah.
Rasa cuak dan bermacam-macam lagi perasaan yang
berlegar-legar dalam dada Suljia.
“Awak Suljia Shahira Binti Mokhtar kan.” Adham
memulakan mukadimah.
“Ye... itu nama saya, ada apa-apakah Sir Adham
panggil saya?.”
“Saya
nak tanya awak, awak sengaja kah letak iklan awak dekat fail Zahlia?.” Sekeping
kertas dihulurkan, Suljia bagai nak pitam melihat kertas yang dihulurkan
kepadanya. Peluh dah keluar dari liang roma, Nampak ketara butiran peluhnya.
Gabra? Ya! Itu yang Suljia rasakan sekarang, “Umi!! Bantulah anak mu yang
malang ini!.” Namun ia hanya begema didalam hati.
“errrr...
ma..ma..maaf Sir Adham, sa.. sa..saya tak sengaja.” Suljia hanya menunduk,
bermain dengan jemarinya sendiri.
“Habis
tu?, kenapa ada dalam fail yang saya minta dari Zahlia?.” Adham meninggikan
suaranya sekadar ingin menakut-nakutkan Suljia.
“Betul
Sir, saya tak sengaja letak dalam fail tu, pagi tadi masa Sir datang saya tak
sempat nak sembunyikan, saya main letak saja dekat dalam fail yang ada atas
meja Zahlia, masa saya nak balik department saya dah lupa nak ambil balik.”
Suljia menerangkan dengan panjang lebarnya.
“jadi
betul lah sangkaan saya yang awak datang dekat sini bukan nak cari fail”
mangkin berpinar pandangan mata Suljia mendengar butir bicara dari Adham.
“kantoi!” ni lah akibat kalau lurus sangat.
“Kenapa
awak sampai buat iklan? Dah terdesak sangat kah?.” Adham masih tidak berhenti
dari aksi gertaknya?
“Tak
adalah juga, Cuma saya nak mengelakkan dari sesuatu.”
“Sesuatu
yang bagaimana?” statik Suljia panggung wajah, dan dia baru sedar dia terlepas
cakap.
“eh,
tak da apa-apalah.”
“Cepat
cakap!.” Adham masih mendesak.
“Tak
nak bagi tahu, saya akan bagi tahu pada orang yang saya kahwini saja. Kalau tak
ada apa-apa saya nak keluar.” Suljia dah angkat punggung berjalan menuju kearah
pintu.
Belum
sempat Suljia melangkah Adham bersuara “Atau awak sedang mengandungkan anak
mana-mana lelaki?.” Static Suljia panggung wajah kearah Adham. Panas hatinya
mendengar tuduhan itu.
“En.Adham,
betul saya lurus bendul, betul saya tak sebijak untuk menjadi seperti awak,
betul saya terdesak, tapi tak bererti saya terdesak atas sebab saya dah
melakukan perbuatan zina sehingga menerbitkan janin dirahim saya sehingga saya
perlu mencari lelaki untuk dipertanggujawabkan.”
Adham
masih memandang tajam kearah Suljia melawan panahan mata marah dari Suljia.
“So, kenapa perlu iklan bagai?, kenapa tak minta family awak sendiri yang
carikan? Kan kah lagi senang.”
Terdengar
keluhan berat dari bibir mungil Suljia “Atas alasan apa yang saya perlukan
untuk meminta family carikan calon untuk saya?, family saya tak pernah pun
membangkitkan perkara ni.”
Suljia
ingin berlalu, keberadaannya di dalam bilik itu hanya menambahkan sakit hatinya
terhadap Adham.
“Hujung
minggu ni ada rombongan merisik awak, sekali betunang, dua bulan kemudian
kahwin.” Selamba Adham memaklumkan Suljia.
“Apa
awak kata?.” Sujia bagaikan tak percaya.
“Saya
rasa awak belum pekak untuk dengar apa yang saya katakan tadi. Bersedia untuk
hujung minggu ini. Rombongan keluarga saya akan datang merisik seterusnya
meminang awak untuk saya.”
“Apa?!!!
Baru sekejap tadi awak tuduh saya buat benda tak elok, sekarang awak nak masuk
meminang saya pulak?. Jawapannya saya tak akan terima!!!”
“Saya
tetap akan pergi dengan family saya, itu keputusan saya!.” Mata bertentangan
sama tajam, sepertinya panahan mata mereka berdua sedang memainkan pedang yang
tajam untuk bertikaman.
“Awak
datanglah kalau awak berani! Biar abah saya tembak awak!.” Ayat itu menyebabkan
Adham hampir melempiaskan ketawa. Sengehan yang terukir diwajah Adham
menambahkan lagi api kemaran Suljia. “Abah awak takkan tembak bakal menantunya
yang hendak bertanggujawab terhadap anaknya.”
Mata
Suljia mencerlung memandang Adham. “Apa maksud awak?!”
“Well
saya rasa awak faham maksud saya.” Adham kembali duduk di kerusinya dan terus
berpura-pura memandang kerjanya.
“Awak
nak fitnah saya?.” Suara Suljia seperti sedang menahan kemarahan. “terpulang
apa tanggapan awak, saya dah buat secara baik, tapi kalau awak berkeras taknak
saya akan guna cara yang buat Abah akan terima saya.”
“Abah
takkan percayakan orang luar!”
“tapi
mungkin abah percaya dengan Iklan ini.” Helaian kertas di kibar-kibar oleh
Adham. awak rasa kalau abah awak tau pasal iklan ni apa abah awak akan fikir?.”
“ha?!!!.
Awak main kotor!!!”
“Awak
masih ada pilihan, terima secara baik atau terima secara paksa.”
“Awak
memang gila!!!... terima awak secara baik atau secara paksa sama je sebab saya
tak suka awak!!.” Muka Suljia bertambah merah dengan air mata yang mulai
bertakung kerana menahan marah yang ditanggung.
Adham
kini duduk di tepi meja berhadapan dengan Suljia sambil tangan disilangkan
kedada paras mereka kini sama. “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga akan
buat awak sukakan saya.” Suljia kini hilang punca, tak tahu apa yang perlu
dikatakan lagi, bercakap dengan Adham samalah juga dia bercakap dengan tiang
kayu. Keras dan susah hendak lentur!.
“Good!. Awak diam maksudnya awak
setuju, So bagi tau abah awak pasal rombongan hujung minggu ni, kalau awak berkeras
juga saya akan guna cara kotor.” Tanpa meminta pamitan Suljia terus keluar menuju
ke pintu lif.
“Dasar
komunis!!!” berbakul sudah sumpah seranah Suljia kepada Adham.
“Aik!
Adik kenapa muka monyok ni?.” Sujian abang Suljia menegurnya ketika memasuki
rumah.
“Errr...
tak ada apa along, panas je.”
“aik?
Kalau tau panas napa tak bagi tau along, boleh juga along singgah ambil.”
“tak
apa lah along.” Sengih ditarik tinggi.
“ha!
Adik awal balik...” abah pulak menegur.
“ha
a, abah, dapat keluar awal tadi.”
“tadi
abah dapat panggilan dari boyfriend Adik, dia kata nak hantar keluarga dia merisik
Adik hujung minggu ni.” Pap! Bagai baru terjaga dari tidur. “Mangkuk punya
mamat!!! Berani-berani dia telefon abah aku!.” Hati Suljia bagai disimbah
minyak tanah bila mendengar perkabaran itu.
“Adik
kenapa diam?.” Teguran dari abang Longnya menyebabkan dia kembali kealam nyata.
“Takkan dah berangan naik pelamin kot.” Suljian masih giat mengusik Suljia. Rasa
bersalah timbul dihati Suljia melihat abang dan abahnya begitu gembira
mendengar perkhabaran itu. Hendak menceritakan hal yang sebenar dia takut nanti
Adham mengotakan katanya, untuk memaklumkan sebab idea iklan itu tercetus dia
takut abahnya akan mengamuk sakan dan pergi ke pejabatnya dan mengerjakan Sur
Shuk. Akhirnya Suljia hanya senyum saja memandang ke arah abang dan abahnya.
“Nape
Adik tak pernah cerita yang Adik dah ada special?. Kesian cikgu Kusairi, akak
ingat nak kenalkan dekat Adik.” Isteri kepada abang long nya mencelah. Abah dan
abang Long senyum bagai nak koyak. Bukan Suljian tak nak isterinya mengenalkan
adiknya dengan cikgu Kusairi duda anak dua tu, tapi dia rasa adiknya masih
boleh dapat yang lebih baik. Takkan adiknya yang comel lagi belum berpunya ni
nak bagi dekat duda anak dua?... belum terlewat untuk mendapatkan yang lebih
baik.
“errr...
segan nak cakap.” Hanya itu yang terluah. “adik naik atas dulu ya.” Dengan muka
yang dah tukar warna sifat malu-malu dan gabra, Suljia melajukan langkah.
Suljia menghempaskan tubuhnya di
atas katil setelah pintu ditutup, ada sedikit rasa pelik dengan tingkah abang
Long dan abahnya, mereka tak seperti selalu bila dia mula berkawan “kenapa abah
dan bang Long tak tanya apa-apa pasal mamat tu ea?. Jangan-jangan dia dah buat
cerita tak?. Tapi kalau askar komunis tu buat cerita, takkan abah tak marah
aku?. Haisss!!!” malas untuk berfikir Suljia mengambil tuala dan berlalu ke
bilik air.
Hari
yang ditunggu telah tiba, gelak tawa bagai nak pecah rumah, Suljia di dapur
hanya duduk dekat meja makan, nak membantu tetapi ditegah, muka dah monyok,
tapi comel tetap ada.
“Apa
ni umi?, dah lah paksa orang pakai baju, make up macam nak pergi majlis kahwin,
orang nak tolong pun tak bagi, boring la macam ni. baik adik naik atas sambung
tidur.” Suljia sudah berkira-kira untuk naik ke biliknya, tiba-tiba nama uminya
dilaung dari ruang tamu, mencicit uminya keruang tamu.
“Mana
adik uminya, bakal besan nak melihat.” Senyuman di lemparkan kepada yang
dimaksudkan. Umi melaungkan nama adik, jantung Suljia bagaikan hendak luruh.
Semua mata tertumpu padanya tika ini, Suljia mengambil tempat duduk di tepi
uminya.
“Lawa
budaknya ye bang.” si isteri berkata
“Patutla si abang nak cepatkan tarikh.” Si suami
pulak berkata.
“Jadi macam mana Mukh?. Kira jadi la ni ye. Abah dan
uncle di depan gelak, umi dan untie pun ikut sama, Suljia masih statue tak
gerak-gerak.
“kena tanya tuan nya abang haji.” Abah pulak
menjawab.” Tapi kalau dah diam-diam ni orang dulu-dulu kata setuju la tu.
Serentak itu rumah gamat dengan ketawa, abah dan uncle jabat tangan, umi dan auntie
pun turut sama, lelaki? Ya lelaki yang ada sebelah auntie pun jabat tangan abah
dan umie siap cium tangan lagi.
“aik? Adik pergi lah salam dengan bakal mertua tu.”
Suljia bagai tersedar dari tidur mendongak memandang wajah orang yang
dimaksudkan. Tangan di hulur mencium tangan keduanya, “ha! Yang hujung tu tak
yah salam.” Si uncle tadi bersuara. “nanti masa nikah baru salam dia.” Rumah
penuh dengan gelak tawa. Auntie datang dekat, sebentuk cincin emas bersalut
emas putih dikeluarkan lalu disarung kejari manis tangan kiri Suljia, cantik!
Nampak seperti ditempah khas.
“ini tanda ikatan pertunangan telah terjalin, auntie
harap semua berjalan dengan lancar.”
Itu cerita dua bulan yang lalu, kini majlis nikah
telah selesai, penat melayan tetamu masih terasa, kaku Suljia bila ternampak
tubuh seorang lelaki sedang lena di atas katilnya tanpa memakai baju. Suljia
dah seram sejuk, almari dibuka selimut dikeluarkan, namum belum sempat selimut
dibentangkan diatas lantai tiba-tiba namanya dipanggil.
“baby....” ya sejak nikah itulah nama panggilan yang
diberikan oleh si suami.
“Come, si suami menepuk tilam di sebelahnya sebelum
menghulurkan tangannya. Walau hati rasa berat namun untuk tidak menghampakan si
suami Suljia tetap menyambut huluran tangannya.
“Kenapa baby macam takut-takut dengan abang?” si
suami bertanya.
“Errrrr.... tak adalah, perasaan awak je tu.” Suljia
berdalih. Ketawa kecil tercetus dari bibir si suami. “emmm.. sejak nikah ni
baby dah pandai mengelat eah... dah tak macam mula-mula abang kenal, jujur je
cakap tak ada coner coner, berani melawan.”
“mana ada, saya cakap betul lah!” Suljia cuba
menarik tangannya daripada genggaman si suami. Namum bila saja dia berdiri dan
ingin merentap tangannya secara tak sengaja dia terduduk semula bukan di atas
tilam tetapi diatas pangkuan suami apabila sisuami tidak mahu kalah dalam acara
mari-tarik-tangan. Pelukan diperkemaskan oleh si suami menjadikan tiada ruang
buat Suljia meloloskan diri. Sekarang muka mereka separas, sisuami meletakkan
dagu di bahu si isteri.
“baby, abang sejuk.” Suljia semangkin bertambah
sejuk, cuba membuang jauh fikiran berkenaan tanggugjawab sang isteri terhadap
sang suami yang telah halal. Pelukan sang suami semangkin diperkemaskan.
“saya nak turun bawah, haus.” Pendek ayat Suljia
dengan harapan si suami akan melepaskannya, namun hanya sia-sia kerana si suami
semangkin memperkemaskan pelukan.
“Baby tak payah nak cipta alasan, abang tau baby nak
larikan diri kan. Malam ni abang nak baby jadi bantal peluk abang, dah jom
tidur.” Selesai sahaja berbicara si suami lantas merebahkan diri dan menarik
tubuh Suljia ke dalam pelukannya. Kehangatan tubuh si suami walau menggangu
ketenteraman Suljia namun dia tidak dapat menafikan bahawa dia senang dimanjai
begitu. Itulah dia Denial Adham, semenjak dia sah menjadi isteri kepada Denial
Adham baru dia mengetahui bahawa semua ini adalah rancangan antara abahnya dan
bapa mertuanya yang telah kenal lama semenjak abahnya pernah menyelamatkan ayah
Adham semasa ayah Adham di rompak. Dan Suljia juga tidak menyangka rupanya
abahnya juga mengetahui kisahnya yang sering diganggu oleh Encil Shukry melalui
rakan baiknya Zahlia.
Pada mulanya abahnya berjumpa dengan Bapa Adham
iaitu En.Mazkir untuk miminta agar tindakan diambil terhadap Shukri ini kerana
Encik Mazkir adalah pemilik sekali gus bapa saudara kepada Shukry , namun tanpa
diduga Bapa Adham mengambil keputusan untuk menjodohkan Adham kepada Suljia
bagi melindungi Suljia seterusnya sebagai membalas budi Mokthar yang pernah
menyelamatkannya. Dan rancangan ini akhirnya berjaya namun bukan kerana ingin
membalas budi tetapi cinta Adham telah dicuri oleh Suljia.
Pelukan si suami semangkin diperkemaskan bagi
berkongsi kehangatan dan menghalau kedinginan malam. Si isteri terus lena di
pelukan suami bersama cinta yang yang mula berputik.
Adham “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga
akan buat awak sukakan saya.”
Suljia “Saya pun gila, gilakan awak dan awak juga
dah berjaya buatkan saya sukakkan awak.”
Malam terus berlalu, meninggalkan cerita yang
diciptakan. The rest is history J))
3rd story, need comment please....
Subscribe to:
Posts (Atom)
IMBAK CANYON
Assalamualaikum, lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hikin...
-
1- “Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran hilai tawa dari rakan-rak...
-
Mencari tidak terjumpa, Mengira tidak terbilang, Mengasih tidak terucap, Merindu hanya diam, Siang nanti malam, Malam nanti siang, B...
-
bila suatu masa, bila sudah diam, bila mungkin akan hilang, bukan kerana marah, bukan kerana benci, tapi masa telah mematangkan diri...