“eee....
geramnya aku!!!” Suljia menggenggam penumbuknya. Sakit hati dengan sifat miang
ketua bahagiannya. Lelaki berumur awal 40an, sudah berkahwin, memiliki tubuh
yang sasa, dan masih bergaya. Namun itu tidak merubah prinsip Suljia “katakan
tak nak pada married person!!” sering
kali Suljia diminta untuk kerja lebih masa oleh ketuanya dan setiap kali itu
jugalah En.Shukry atau lebih famous dengan gelaran Sir Shuk memganggu
ketenangannya. Ingin sekali dia membuat laporan gangguan seksual kepada pihak
HR namun setiap kali itu jugalah Suljia dihantui oleh banyak kemungkinan
kehilangan pekerjaan kerana dia mengetahui bahawa Sir shuk adalah anak buah
kepada Head syarikat tempatnya bekerja.
“aku
rasa ko kena kahwin la Gee, sebab Sir Shuk tu takkan ganggu wife orang, dia
cuma nak yang fresh je” Zahlia memberi pandangannya. Memang itu lah kenyataan
yang mereka dengar bahawa Sir Shuk hanya mendampingi wanita single atau lebih
tepat yang masih dara sebab kononnya Sir Shuk ada menuntut ilmu untuk kekal nampak
muda. Entah betul entah tidak cerita yang mereka dengar.
“Lia,
ko nak suruh aku kahwin dengan siapa? Dah la aku ni nak dapat boyfriend pun
susah.” Zahlia seperti berfikir semula, benar apa yang dikatakan oleh Suljia,
nak kata dia sombong tak juga, nak kata muka baby face Suljia tu tak lawa tak
mungkin juga sebab memang dia saja lah yang selalu menjadi magsa cubitan sebab
muka dia yang comel walaupun umurnya telah mencecah 24 tahun. Mungkin juga
sebab pergaulannya yang terbatas kerana dia adalah anak bungsu dari lima
beradik, semua telah berkahwin kecuali dia yang sering dianggap “baby” dalam
keluarganya.
“Ala
ko kan suka chatting takkan ko tak pernah sangkut kat mana-mana chatter ko?”
Zahlia masih lagi memberi idea walaupun dia sedar idea yang dia berikan itu tak
berapa bernas.
“Gilo
ko apo?! Kau nak aku kata apa kat dorang tu? Macam ni ‘hai! Awak, jom kita kahwin!’ macam tu?” Zahlia hanya
gelak, rasa nak pecah perutnya bila membayangkan Suljia akan berkata begitu
dengan teman cybernya.,
“Aku
rasa lah kan dari aku buat macam kau suruh baik aku wat iklan...” Suljia tarik
sengeh. Zahlia dah bantai gelak sakan.
“Aku
rasa teruk-teruk idea aku teruk lagi idea kau la Gee...”
“Apa
pulak teruknya? Betul apa? Aku siap sediakan borang lagi.” Suljia berkata penuh
yakin.
“Lantak kau la Gee, yang penting
kau happy, dah lah rest time dah habis ni, selamat bekerja dengan Sir Shuk ye.”
Sambil mengerdipkan mata Zahlia berlalu ke arah department nya di tingkat atas.
Suljia dah hilang mood bila mengenangkan dia akan menghadap muka Sir Shuk.
“Macam
mana nak buat iklan ni ekh?” Suljia mencongak sendiri di hadapan computer
ribanya di dalam bilik, selesai membantu mengemas dapur untuk makan malam tadi
dia terus sahaja naik ke biliknya untuk meneruskan misi membuat iklan.
IKLAN
MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer
Lelaki Pilihan:-
- Perlu mempunyai taraf
pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan pendidikan)
- Perlu mempunyai pekerjaan
yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka
tukar-tukar kerja)
- Tidak ada rekod jenayah
(Abah persara polis, abah tak suka penjenayah)
- Mampu menjadi pemimpin (Abah
tak suka orang yang tak boleh memimpin)
- mempunyai kelengkapan asas
hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang
diperlukan belum ada)
- Umur adalah dalam lingkungan
26-35tahun.
Selesai menaip butang print ditekan. Suljia tersenyum
memandang iklannya. “ Esok bagi Zahlia tengok” Suljia berkata sendiri sebelum
matanya tertutup rapat dan melangkah kealam mimpi.
Awal
pagi lagi Suljia dah terpacak dihadapan meja kerja Zahlia, tak lain dan tak
bukan adalah untuk menunjukkan kepada Zahlia iklan yang telah dicetaknya.
“Mak
ai Gee!!! Ko buat betul-betul ke?.” Zahlia bagaikan tidak percaya dengan
perbuatan Suljia. Suljia seperti pelik dengan soalan Zahlia, “bukan kelmarin
aku dah bagi tahu dia ke?” Suljia bemonolog sendiri.
“Yelah,
memang aku serius pun, napa?” mata Suljia terkebil-kebil memandang Zahlia.
“
Kau biar betik Gee?, ni soal kahwin soal masa depan takkan ko serius nak buat
iklan?.”
“habis
tu kau nak aku buat macam mana lagi?, kau juga yang bagi aku idea suruh aku
kahwin kalau tak nak Sir Shuk tu kacau aku lagi.”
“Pulak
dah?, Gee... Gee, kau ni kan eeee... tak tau la nak kata apa, kadang kau ni
lurus sangat tak da conner conner dah, aku main-main je lah kelmarin tu. Kalau
pun betul kau nak kahwin kau minta la parents kau cari kan untuk kau, habis
cerita.” Wajah Suljia dah bertukar redup, hati dilanda gusar, gusar sekiranya
dia lambat mencari calon. Kelmarin dia hampir saja dipeluk oleh Sir Shuk ketika
di pantry. Gara-gara ingin mengelak gangguan daripada Sir Shuk Suljia seperti
orang terdesak. “ kalau tau dek abah, mau tak di tembaknya Sir Shuk tu, nak
resign confirm abah akan syak... hu... Suljia bermonolog sendiri, masi
mencongak kewajaran iklannya.
“Ehem...
ehem...” kedengar suara dari arah belakang.
“Eh!,
Sir Adham, selamat pagi.”Zahliah menyapa ramah “boss” bahagian kewangannya.
“Pagi,
tengah sembang apa ni, Adham sempat singgah di meja Zahlia.
“tak
ada apa Sir, ni kawan saya ada hal nak tanya pasal fail dia hilang, dia takut
mungkin kelmarin ada budak department dia salah hantar.” Lancar sahaja Zahlia
berbohong. Suljia dah terkebil-kebil memandang Zahlia yang tak tahu hujung
pangkal cerita.
“Oh!,
kalau dah jumpa fail tu cepat balik deparment awak, nanti tak siap kerja
Zahlia, awak budak IT departmentkan.” Perkataan “fail” ditekankan seperti tahu
bahawa itu hanyalah alasan. Suljia hanya mengangguk, “mangkuk punya mamat! Huh!
Baru kejap aku kat sini dia dah sindir aku!” Suljia berkata dalam hati.
“Okey
la Lia, aku balik dulu. Nanti kalau dah jumpa balik fail tu kau call aku nanti
kat bawah.” Dengan perasaan geram Suljia melangkah kearah lif. Satu jelingan
diberikan kepada Adham sebelum pintu lif selamat tertutup.
“Zahlia,
tolong bagi saya laporan bulanan kewangan yang saya minta dekat awak minggu
lalu.” Dengan pantas Zahlia menyerahkan fail yang sudah sedia diatas mejanya.
“Good!.” Hanya itu yang Adham
katakana sebelum berlalu masuk ke biliknya. Itu adalah sifat Adham, memuji
hanya sekadar ‘Good’ dan ucapan terima kasih hanya sekadar ‘thanks’, ucapan
yang diungkapkan tanpa segaris senyuman.
Fail
laporan kewangan dibuka, sehelai kertas melayang jatuh di atas lantai. Helaian
dikutip lalu dibaca
IKLAN
MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer
Lelaki Pilihan:-
1
Perlu
mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan
pendidikan)
- Perlu mempunyai pekerjaan
yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka
tukar-tukar kerja)
- Tidak ada rekod jenayah (Abah
persara polis, abah tak suka penjenayah)
- Mampu menjadi pemimpin (Abah
tak suka orang yang tak boleh memimpin)
- mempunyai kelengkapan asas
hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang
diperlukan belum ada)
- Umur adalah dalam lingkungan
26-35tahun.
Iklan dibaca berulang kali, bagai tidak percaya.
“Ada juga orang yang sanggup buat iklan untuk cari pasangan hidup. Siapa
suljia? IT officer? Jangan-jangan minah yang jeling aku tadi?.” Adham dah tarik
senyum. “Comel!” tidak sengaja perkataan itu terluah.
Rasa cuak dan bermacam-macam lagi perasaan yang
berlegar-legar dalam dada Suljia.
“Awak Suljia Shahira Binti Mokhtar kan.” Adham
memulakan mukadimah.
“Ye... itu nama saya, ada apa-apakah Sir Adham
panggil saya?.”
“Saya
nak tanya awak, awak sengaja kah letak iklan awak dekat fail Zahlia?.” Sekeping
kertas dihulurkan, Suljia bagai nak pitam melihat kertas yang dihulurkan
kepadanya. Peluh dah keluar dari liang roma, Nampak ketara butiran peluhnya.
Gabra? Ya! Itu yang Suljia rasakan sekarang, “Umi!! Bantulah anak mu yang
malang ini!.” Namun ia hanya begema didalam hati.
“errrr...
ma..ma..maaf Sir Adham, sa.. sa..saya tak sengaja.” Suljia hanya menunduk,
bermain dengan jemarinya sendiri.
“Habis
tu?, kenapa ada dalam fail yang saya minta dari Zahlia?.” Adham meninggikan
suaranya sekadar ingin menakut-nakutkan Suljia.
“Betul
Sir, saya tak sengaja letak dalam fail tu, pagi tadi masa Sir datang saya tak
sempat nak sembunyikan, saya main letak saja dekat dalam fail yang ada atas
meja Zahlia, masa saya nak balik department saya dah lupa nak ambil balik.”
Suljia menerangkan dengan panjang lebarnya.
“jadi
betul lah sangkaan saya yang awak datang dekat sini bukan nak cari fail”
mangkin berpinar pandangan mata Suljia mendengar butir bicara dari Adham.
“kantoi!” ni lah akibat kalau lurus sangat.
“Kenapa
awak sampai buat iklan? Dah terdesak sangat kah?.” Adham masih tidak berhenti
dari aksi gertaknya?
“Tak
adalah juga, Cuma saya nak mengelakkan dari sesuatu.”
“Sesuatu
yang bagaimana?” statik Suljia panggung wajah, dan dia baru sedar dia terlepas
cakap.
“eh,
tak da apa-apalah.”
“Cepat
cakap!.” Adham masih mendesak.
“Tak
nak bagi tahu, saya akan bagi tahu pada orang yang saya kahwini saja. Kalau tak
ada apa-apa saya nak keluar.” Suljia dah angkat punggung berjalan menuju kearah
pintu.
Belum
sempat Suljia melangkah Adham bersuara “Atau awak sedang mengandungkan anak
mana-mana lelaki?.” Static Suljia panggung wajah kearah Adham. Panas hatinya
mendengar tuduhan itu.
“En.Adham,
betul saya lurus bendul, betul saya tak sebijak untuk menjadi seperti awak,
betul saya terdesak, tapi tak bererti saya terdesak atas sebab saya dah
melakukan perbuatan zina sehingga menerbitkan janin dirahim saya sehingga saya
perlu mencari lelaki untuk dipertanggujawabkan.”
Adham
masih memandang tajam kearah Suljia melawan panahan mata marah dari Suljia.
“So, kenapa perlu iklan bagai?, kenapa tak minta family awak sendiri yang
carikan? Kan kah lagi senang.”
Terdengar
keluhan berat dari bibir mungil Suljia “Atas alasan apa yang saya perlukan
untuk meminta family carikan calon untuk saya?, family saya tak pernah pun
membangkitkan perkara ni.”
Suljia
ingin berlalu, keberadaannya di dalam bilik itu hanya menambahkan sakit hatinya
terhadap Adham.
“Hujung
minggu ni ada rombongan merisik awak, sekali betunang, dua bulan kemudian
kahwin.” Selamba Adham memaklumkan Suljia.
“Apa
awak kata?.” Sujia bagaikan tak percaya.
“Saya
rasa awak belum pekak untuk dengar apa yang saya katakan tadi. Bersedia untuk
hujung minggu ini. Rombongan keluarga saya akan datang merisik seterusnya
meminang awak untuk saya.”
“Apa?!!!
Baru sekejap tadi awak tuduh saya buat benda tak elok, sekarang awak nak masuk
meminang saya pulak?. Jawapannya saya tak akan terima!!!”
“Saya
tetap akan pergi dengan family saya, itu keputusan saya!.” Mata bertentangan
sama tajam, sepertinya panahan mata mereka berdua sedang memainkan pedang yang
tajam untuk bertikaman.
“Awak
datanglah kalau awak berani! Biar abah saya tembak awak!.” Ayat itu menyebabkan
Adham hampir melempiaskan ketawa. Sengehan yang terukir diwajah Adham
menambahkan lagi api kemaran Suljia. “Abah awak takkan tembak bakal menantunya
yang hendak bertanggujawab terhadap anaknya.”
Mata
Suljia mencerlung memandang Adham. “Apa maksud awak?!”
“Well
saya rasa awak faham maksud saya.” Adham kembali duduk di kerusinya dan terus
berpura-pura memandang kerjanya.
“Awak
nak fitnah saya?.” Suara Suljia seperti sedang menahan kemarahan. “terpulang
apa tanggapan awak, saya dah buat secara baik, tapi kalau awak berkeras taknak
saya akan guna cara yang buat Abah akan terima saya.”
“Abah
takkan percayakan orang luar!”
“tapi
mungkin abah percaya dengan Iklan ini.” Helaian kertas di kibar-kibar oleh
Adham. awak rasa kalau abah awak tau pasal iklan ni apa abah awak akan fikir?.”
“ha?!!!.
Awak main kotor!!!”
“Awak
masih ada pilihan, terima secara baik atau terima secara paksa.”
“Awak
memang gila!!!... terima awak secara baik atau secara paksa sama je sebab saya
tak suka awak!!.” Muka Suljia bertambah merah dengan air mata yang mulai
bertakung kerana menahan marah yang ditanggung.
Adham
kini duduk di tepi meja berhadapan dengan Suljia sambil tangan disilangkan
kedada paras mereka kini sama. “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga akan
buat awak sukakan saya.” Suljia kini hilang punca, tak tahu apa yang perlu
dikatakan lagi, bercakap dengan Adham samalah juga dia bercakap dengan tiang
kayu. Keras dan susah hendak lentur!.
“Good!. Awak diam maksudnya awak
setuju, So bagi tau abah awak pasal rombongan hujung minggu ni, kalau awak berkeras
juga saya akan guna cara kotor.” Tanpa meminta pamitan Suljia terus keluar menuju
ke pintu lif.
“Dasar
komunis!!!” berbakul sudah sumpah seranah Suljia kepada Adham.
“Aik!
Adik kenapa muka monyok ni?.” Sujian abang Suljia menegurnya ketika memasuki
rumah.
“Errr...
tak ada apa along, panas je.”
“aik?
Kalau tau panas napa tak bagi tau along, boleh juga along singgah ambil.”
“tak
apa lah along.” Sengih ditarik tinggi.
“ha!
Adik awal balik...” abah pulak menegur.
“ha
a, abah, dapat keluar awal tadi.”
“tadi
abah dapat panggilan dari boyfriend Adik, dia kata nak hantar keluarga dia merisik
Adik hujung minggu ni.” Pap! Bagai baru terjaga dari tidur. “Mangkuk punya
mamat!!! Berani-berani dia telefon abah aku!.” Hati Suljia bagai disimbah
minyak tanah bila mendengar perkabaran itu.
“Adik
kenapa diam?.” Teguran dari abang Longnya menyebabkan dia kembali kealam nyata.
“Takkan dah berangan naik pelamin kot.” Suljian masih giat mengusik Suljia. Rasa
bersalah timbul dihati Suljia melihat abang dan abahnya begitu gembira
mendengar perkhabaran itu. Hendak menceritakan hal yang sebenar dia takut nanti
Adham mengotakan katanya, untuk memaklumkan sebab idea iklan itu tercetus dia
takut abahnya akan mengamuk sakan dan pergi ke pejabatnya dan mengerjakan Sur
Shuk. Akhirnya Suljia hanya senyum saja memandang ke arah abang dan abahnya.
“Nape
Adik tak pernah cerita yang Adik dah ada special?. Kesian cikgu Kusairi, akak
ingat nak kenalkan dekat Adik.” Isteri kepada abang long nya mencelah. Abah dan
abang Long senyum bagai nak koyak. Bukan Suljian tak nak isterinya mengenalkan
adiknya dengan cikgu Kusairi duda anak dua tu, tapi dia rasa adiknya masih
boleh dapat yang lebih baik. Takkan adiknya yang comel lagi belum berpunya ni
nak bagi dekat duda anak dua?... belum terlewat untuk mendapatkan yang lebih
baik.
“errr...
segan nak cakap.” Hanya itu yang terluah. “adik naik atas dulu ya.” Dengan muka
yang dah tukar warna sifat malu-malu dan gabra, Suljia melajukan langkah.
Suljia menghempaskan tubuhnya di
atas katil setelah pintu ditutup, ada sedikit rasa pelik dengan tingkah abang
Long dan abahnya, mereka tak seperti selalu bila dia mula berkawan “kenapa abah
dan bang Long tak tanya apa-apa pasal mamat tu ea?. Jangan-jangan dia dah buat
cerita tak?. Tapi kalau askar komunis tu buat cerita, takkan abah tak marah
aku?. Haisss!!!” malas untuk berfikir Suljia mengambil tuala dan berlalu ke
bilik air.
Hari
yang ditunggu telah tiba, gelak tawa bagai nak pecah rumah, Suljia di dapur
hanya duduk dekat meja makan, nak membantu tetapi ditegah, muka dah monyok,
tapi comel tetap ada.
“Apa
ni umi?, dah lah paksa orang pakai baju, make up macam nak pergi majlis kahwin,
orang nak tolong pun tak bagi, boring la macam ni. baik adik naik atas sambung
tidur.” Suljia sudah berkira-kira untuk naik ke biliknya, tiba-tiba nama uminya
dilaung dari ruang tamu, mencicit uminya keruang tamu.
“Mana
adik uminya, bakal besan nak melihat.” Senyuman di lemparkan kepada yang
dimaksudkan. Umi melaungkan nama adik, jantung Suljia bagaikan hendak luruh.
Semua mata tertumpu padanya tika ini, Suljia mengambil tempat duduk di tepi
uminya.
“Lawa
budaknya ye bang.” si isteri berkata
“Patutla si abang nak cepatkan tarikh.” Si suami
pulak berkata.
“Jadi macam mana Mukh?. Kira jadi la ni ye. Abah dan
uncle di depan gelak, umi dan untie pun ikut sama, Suljia masih statue tak
gerak-gerak.
“kena tanya tuan nya abang haji.” Abah pulak
menjawab.” Tapi kalau dah diam-diam ni orang dulu-dulu kata setuju la tu.
Serentak itu rumah gamat dengan ketawa, abah dan uncle jabat tangan, umi dan auntie
pun turut sama, lelaki? Ya lelaki yang ada sebelah auntie pun jabat tangan abah
dan umie siap cium tangan lagi.
“aik? Adik pergi lah salam dengan bakal mertua tu.”
Suljia bagai tersedar dari tidur mendongak memandang wajah orang yang
dimaksudkan. Tangan di hulur mencium tangan keduanya, “ha! Yang hujung tu tak
yah salam.” Si uncle tadi bersuara. “nanti masa nikah baru salam dia.” Rumah
penuh dengan gelak tawa. Auntie datang dekat, sebentuk cincin emas bersalut
emas putih dikeluarkan lalu disarung kejari manis tangan kiri Suljia, cantik!
Nampak seperti ditempah khas.
“ini tanda ikatan pertunangan telah terjalin, auntie
harap semua berjalan dengan lancar.”
Itu cerita dua bulan yang lalu, kini majlis nikah
telah selesai, penat melayan tetamu masih terasa, kaku Suljia bila ternampak
tubuh seorang lelaki sedang lena di atas katilnya tanpa memakai baju. Suljia
dah seram sejuk, almari dibuka selimut dikeluarkan, namum belum sempat selimut
dibentangkan diatas lantai tiba-tiba namanya dipanggil.
“baby....” ya sejak nikah itulah nama panggilan yang
diberikan oleh si suami.
“Come, si suami menepuk tilam di sebelahnya sebelum
menghulurkan tangannya. Walau hati rasa berat namun untuk tidak menghampakan si
suami Suljia tetap menyambut huluran tangannya.
“Kenapa baby macam takut-takut dengan abang?” si
suami bertanya.
“Errrrr.... tak adalah, perasaan awak je tu.” Suljia
berdalih. Ketawa kecil tercetus dari bibir si suami. “emmm.. sejak nikah ni
baby dah pandai mengelat eah... dah tak macam mula-mula abang kenal, jujur je
cakap tak ada coner coner, berani melawan.”
“mana ada, saya cakap betul lah!” Suljia cuba
menarik tangannya daripada genggaman si suami. Namum bila saja dia berdiri dan
ingin merentap tangannya secara tak sengaja dia terduduk semula bukan di atas
tilam tetapi diatas pangkuan suami apabila sisuami tidak mahu kalah dalam acara
mari-tarik-tangan. Pelukan diperkemaskan oleh si suami menjadikan tiada ruang
buat Suljia meloloskan diri. Sekarang muka mereka separas, sisuami meletakkan
dagu di bahu si isteri.
“baby, abang sejuk.” Suljia semangkin bertambah
sejuk, cuba membuang jauh fikiran berkenaan tanggugjawab sang isteri terhadap
sang suami yang telah halal. Pelukan sang suami semangkin diperkemaskan.
“saya nak turun bawah, haus.” Pendek ayat Suljia
dengan harapan si suami akan melepaskannya, namun hanya sia-sia kerana si suami
semangkin memperkemaskan pelukan.
“Baby tak payah nak cipta alasan, abang tau baby nak
larikan diri kan. Malam ni abang nak baby jadi bantal peluk abang, dah jom
tidur.” Selesai sahaja berbicara si suami lantas merebahkan diri dan menarik
tubuh Suljia ke dalam pelukannya. Kehangatan tubuh si suami walau menggangu
ketenteraman Suljia namun dia tidak dapat menafikan bahawa dia senang dimanjai
begitu. Itulah dia Denial Adham, semenjak dia sah menjadi isteri kepada Denial
Adham baru dia mengetahui bahawa semua ini adalah rancangan antara abahnya dan
bapa mertuanya yang telah kenal lama semenjak abahnya pernah menyelamatkan ayah
Adham semasa ayah Adham di rompak. Dan Suljia juga tidak menyangka rupanya
abahnya juga mengetahui kisahnya yang sering diganggu oleh Encil Shukry melalui
rakan baiknya Zahlia.
Pada mulanya abahnya berjumpa dengan Bapa Adham
iaitu En.Mazkir untuk miminta agar tindakan diambil terhadap Shukri ini kerana
Encik Mazkir adalah pemilik sekali gus bapa saudara kepada Shukry , namun tanpa
diduga Bapa Adham mengambil keputusan untuk menjodohkan Adham kepada Suljia
bagi melindungi Suljia seterusnya sebagai membalas budi Mokthar yang pernah
menyelamatkannya. Dan rancangan ini akhirnya berjaya namun bukan kerana ingin
membalas budi tetapi cinta Adham telah dicuri oleh Suljia.
Pelukan si suami semangkin diperkemaskan bagi
berkongsi kehangatan dan menghalau kedinginan malam. Si isteri terus lena di
pelukan suami bersama cinta yang yang mula berputik.
Adham “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga
akan buat awak sukakan saya.”
Suljia “Saya pun gila, gilakan awak dan awak juga
dah berjaya buatkan saya sukakkan awak.”
Malam terus berlalu, meninggalkan cerita yang
diciptakan. The rest is history J))
3rd story, need comment please....
No comments:
Post a Comment