Wednesday, 23 December 2015
Tuesday, 4 August 2015
Jom Kahwin!
“Nanti
bila suda besar kita kahwin ya.” Kanak-kanak berambut pendek berkata kepada
kanak-kanak lelaki disebelahnya.
“saya
tak nak kahwin dengan awak.” Balas kanak-kanak lelaki tersebut.
“kenapa?” kanak-kanak perempuan tersebut menyoal dengan
wajah yang keruh.
“saya
nak kahwin dengan perempuan yang sekolah tinggi-tinggi, nak kahwin dengan
perempuan cantik.”
“nanti
saya belajarlah tinggi-tinggi, nanti saya pakailah cantik-cantik.”
“awak
tak pandai, awak tak cantik, baju awak kotor.” Kanak-kanak perempuan tadi
melihat pada bajunya, tidaklah kotar cuma warnanya kelihatan kusam mungkin
kerana telah hampir dua tahun digunakan.
Itu
adalah cerita 21 tahun yang lalu ketika dia masih berada dalam darjah dua. Kanak-kanak
perempuan itu adalah Addawiyah Maaruf manakala kanak-kanak lelaki itu adalah
Johnson Wong, dan kerana cerita itu juga Addawiyah kini telah berjaya. Bagi
sesetengah orang mungkin itu adalah alasan karut yg disimpan oleh seorang kanak-kanak yang berusia 8
tahun, tapi itulah hakikatnya.
Addawiyah
yang kini telah menyandang jawatan sebagai Pensyarah disebuah University
tempatan. Addawiyah dan Johnson Wong bukan sahaja menjadi teman semasa di
sekolah rendah, tetapi semasa di sekolah menengah dan seterusnya di Universiti.
Namun hubungan rapat mereka hanya setakat di sekolah rendah. Atas sebab
peningkatan usia remaja menyebabkan telah ada rasa segan pada diri
masing-masing, namun bagi Addawiyah, perasaannya terhadap Johnson Wong tidak
pernah berubah dia sentiasa mengikuti perkembangannya sehinggalah mereka terpisah
kerana Johnson meneruskan pengajiannya di luar Negara. Manakala Addawiyah pula
setelah tamat ijazah terus sahaja bekerja sebelum menyambung semula
pengajiaannya ke peringkat master.
Sejak mereka meneruskan perjalanan hidup masing-masing, tidak ada lagi cerita
yang di dengari oleh Addawiyah, walaupun hakikatnya adalah mudah untuk
Addawiyah untuk mendapatkan cerita berkenaan Johnson melalui mamanya kerana
mamanya dan mummy Johnson adalah sahabat baik semasa mereka tinggal di taman
perumahan dahulu sebelum bapa Johnson membeli sebuah bungalow di kawasan yang
berhampiran.
“Add,
mama ada benda nak cakap ni, tadi ada mummy Johnson ada call, dia jemput kita
pergi rumah dia untuk sambut birthday cucu dia.”
'cucu? anak siapa mama?' Add bertanya sambil mengerutkan kening, almaklum dia hanya mengetahui abang kepada Johnson yang telah berkahwin iaitu Jeremy, tapi dia tak tinggal di Malaysia, dia berada diluar negara menjalankan perniagaan keluarga mereka di sana, manakala kakak kepada Johnson pula Jennifer baru sahaja berkahwin awal tahun lalu iaitu 4 bulan yang lalu. adik Johnson pula Jessica masih lagi melanjutkan pelajaran di University tempatan. habis tu anak siapa? Add masih berteka teki.
'Anak Johnson.' jawapan ringkas puan Rashida, mama Add menyebabkan nafasnya terhenti seketika, masih cuma mentafsir jawapan mamanya.
'petang nanti teman mama ya.' tak ada jawapan dari ulas bibir Add hanya anggukan mengiyakan, masih terkejut dengan jawapan mamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IMBAK CANYON
Assalamualaikum, lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hikin...
-
1- “Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran hilai tawa dari rakan-rak...
-
Mencari tidak terjumpa, Mengira tidak terbilang, Mengasih tidak terucap, Merindu hanya diam, Siang nanti malam, Malam nanti siang, B...
-
bila suatu masa, bila sudah diam, bila mungkin akan hilang, bukan kerana marah, bukan kerana benci, tapi masa telah mematangkan diri...