bila sudah diam,
bila mungkin akan hilang,
bukan kerana marah,
bukan kerana benci,
tapi masa telah mematangkan diri,
bila mungkin akan hilang,
bukan kerana marah,
bukan kerana benci,
tapi masa telah mematangkan diri,
aku,
hanya manusia biasa,
seorang seniman dalam kehidupan,
sebagai pelakon di pentas dunia,
yang masih sering terbabas dari arahanNya..
hanya manusia biasa,
seorang seniman dalam kehidupan,
sebagai pelakon di pentas dunia,
yang masih sering terbabas dari arahanNya..
aku,
bukan pemenang anugerah,
bukan juga tercalon pilihan,
cuma pelakon tambahan dikebanyakkan cerita,
berperanan sebagai imbuhan rasa,
kau,
kenalkan aku jalan cerita,
paparkan aku erti kisah,
walaupun tidak kesemua,
namun aku cukup gembira,
bukan pemenang anugerah,
bukan juga tercalon pilihan,
cuma pelakon tambahan dikebanyakkan cerita,
berperanan sebagai imbuhan rasa,
kau,
kenalkan aku jalan cerita,
paparkan aku erti kisah,
walaupun tidak kesemua,
namun aku cukup gembira,
hidup,
tidak semua cerita gembira,
tidak juga hanya cerita duka,
semua teradun menjadi satu rasa,
sebagai bekalan disetiap langkah..
tidak semua cerita gembira,
tidak juga hanya cerita duka,
semua teradun menjadi satu rasa,
sebagai bekalan disetiap langkah..
SNZ
No comments:
Post a Comment