Wednesday, 31 July 2013

Musuh Ku Cinta Ku

1- “Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran hilai tawa dari rakan-rakan Daos atau nama sebenarnya Ferrdauos.
Qarysha yang sedar sergahan itu ditujukan untuk dirinya berpaling. Melihat muka Daos dengan sengehan mengejeknya menambahkan sakit hati Qarysah. “Yang kau sibuk kenapa?. Kalau aku makan bertambah gemuk maknanya aku nda membazir, lain la macam kau tu, makan bertan-tan pun tetap juga kurus kering!. Membazir saja.” Serentrak itu kedengaran satu dewan makan mentertawakan Ferrdaous. Panas hatinya setelah niatnya untuk mengenakan Qarysha tidak kesampaian malahan telah memalukan dirinya sendiri.  
Sememangnya dia dan Qarysha adalah musuh tradisi, dahulunya Ferrdaous dan Qarysha adalah rakan sepermainan, tidak terlalu rapat namun mereka tinggal di satu taman perumahan yang sama menjadikan hubungan mereka baik. Namun setelah menapak ke sekolah menengah tingkah laku Ferrdaous berubah, kerana malu ditertawakan mempunyai teman wanita yang hodoh dan gemuk menyebabkan Ferrdaous membenci Qarysha. Walaupun hakikatnya mereka hanya berkawan sahaja, disebabkan Ferrdaous merasakan usikan itu memalukan dirinya, Qarysha sering dimalukan dihadapan kawan-kawannya bagi membuktikan dia tidak pernah bercinta dengan Qarysha.
Qarysha dan Ferdaous sama-sama adalah pelajar harapan sekolah, mereka sama-sama bersaing untuk mendapat tempat teratas, kadang Qarysha ditangga teratas kadang pula Ferrdaous ditangga teratas, dalam pelajaran mereka tetap bersaing sihat walau diluar mereka adalah musuh ketat!

2- Qarysha setia menanti di pintu pagar sekolah, hari ini dia ditugaskan untuk mengawasi pintu pagar sekolah. Dari jauh lagi Qarysha telah melihat susuk tubuh yang dia kenali, “Daos!, siap kau hari ni!.” Qarysha bermonolog sendiri. “Nama?!” Qarysha berlagak sedang bersedia mencatat sesuatu d atas buku samannya.
“Nama aku GENDUT!. G.E.N.D.U.T suda kau tulis?. Daos menjungkitkan kening seperti sedang mengejek Qarysha.
Qarysha menahan sabar didalam hati “bukan namamu CICAK RAMPING bin BIAWAK KERING kah??.”  Mata berlaga, kasar nafas dihembus. Perasaan marah telah bercampur dengan perasaan malu. Ferrdaous Sekali lagi dimalukan dihadapan pintu pagar sekolah dengan disaksikan oleh rakan-rakannya dan pengawas bertugas yang lain.
“Kau!!!, kau pikir kau pengawas bagus la kunun?!” Ferrdaous berlalu sambil merampas kertas saman yang telah disua dihadapan hidungnya. 30sen adalah jumlah yg kecil namun rekod yang yang disimpan akan menyebabkan markah disiplin ditolak. “nanti kau gendut! Siap lah kau nanti!” terkumat kamit Daos menyumpah seranah Qarysha.
Usai sudah sesi pembelajaran pada hari ini, Qarysha bergegas keluar dari kelas dengan satu tujuan, dia bergegas untuk pulang ke rumah, hari ini bas uncle Ng masuk bengkel, ini maksudnya hanya ada satu sahaja bas yang akan sampai ke kawasan perumahannya. Jam telah menunjukkan tiga petang, badannya terasa letih dengan kelas tambahan yang tiba-tiba diadakan pada petang tadi, walaupun letih namun kaki tetap dihayun untuk memastikan dia dapat menaiki satu-satunya bas yang akan memasuki kawasan perumahannya, “mati aku kalau aku terlepas bas ni, kalau nda sempat mau lagi menunggu sampai petang.” Qarysha bermonolog sendiri.
Setibanya diperhentian bas harapannya menjadi hampa, Qarysha melihat disekeliling perhentian bas, melihat kalau-kalau Ferrdaous dan Maliki masih ada. Hanya Ferrdaous dan Maliki  harapannya kerana hanya meraka bertiga yang tinggal di taman perumahan yang sama. Namun pencarian matanya berakhir dengan kehampaan. Pastinya bas ganti yang akan sampai ke taman perumahannya telah pun pergi. Hatinya bagaikan hendak menangis, pastinya kali ini dia terpaksa berjalan kaki satu kilometer untuk sampai ke rumahnya. Satu kilometer bukanlah satu halangan bagi diri Qarysha, namun anjing milik tauke kedai runcit yang terletak berdekatan taman perumahannya itu yang menyebabkannya kecut perut. Anjing yang tingginya paras pinggang berwarna hitam dan seperti sedang menunjuk-nunjuk gigi taringnya itu amat menakutkan.
Seperti yang ditakuti Qarysha setibanya dihadapan kedai tauke Soon Tat anjing garang milik tauke itu telah menggonggongnya, persis Qarysha adalah seorang pencuri, mula-mula Qarysha hanya berundur perlahan-lahan menjauhkan diri dari anjing yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tempatnya berdiri, namun pergerakkan itu telah bertukar menjadi larian apabila anjing tersebut telah berubah rentak dari hanya berdiri menggonggang kini berlari kearah Qarysha. Qarysha yang hilang punca terus sahaja angkat kaki, otak tak sempat mencerna kerasional tindakan Cuma bertindak mengikut rentak badan, longkang dihadapan cuba dilompat, namun akibat dari tubuh badan Qarysha yang berat mengakibatkan lompatan Qarysha sedikit terencat sekaligus menyebabkan hujung kaki kirinya tersadung pada tembok longkang.
Dunia seakan berhenti, memberikan ruang kepada Qarysha mencerna kembali perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Anjing! Ya anjing tadi sedang merenung kearah Qarysha yang sedang selesa duduk didalam longkang sambil menggoyangkan ekornya. Tauke Soon Tat berlari kearah longkang tersebut, membantu Qarysha keluar dari longkang sambil berulang kali memohon maaf.
“aiya! Amoi lu punya kepala ada darah owh!. Mari uncle kasi cuci itu luka.” Sambil mengajak Qarysha untuk kekedainya. Namun pelawaan Tauke Soon Tat ditolak dengan baik. Bukan kerana marah pada tauke tersebut, bukan juga takut kerana anjing tauke itu sedang merenungnya, tapi kerana dia tersangat malu dengan kejadian itu. Dia tidak pasti sama ada ada sesiapa yang melihat kejadian itu atau tidak kerana dia sendiri malu untuk mendongak meninjau sekiranya ada mata yang sedang melihat kejadian itu. Qarysah berjalan menuju kerumahnya sambil sedikit terhincut-hincut akibat kakinya yang tersadung sehingga menyebabkan dia terjatuh tadi.
Maliki berlari-lari menuju ke rumah Ferrdaous, sesungguhnya kejadian telah membuatkannya serba salah. Ya! Maliki adalah salah seorang yang melihat kejadian itu ketika dia hendak ke kedai tauke tersebut untuk membeli chewing gum.
“Daos! Daos!.” Panggilan Maliki dijawab oleh Ibu Ferrdaous. “kenapa kau Maliki? Macam dikejar anjing saja.”
“Daos adakah makcik?”
“Ada dia di dalam, sekejap ya, makcik pigi panggil dulu dia. Mari masuk dulu bah, panas diluar tu.” Maliki yang sudah terbiasa dengan rumah Daos tanpa segan terus sahaja duduk di sofa di ruang rehat itu.
“Kenapa Maliki? Kau cari aku ka?”
“Anu.. Daos, si Qarysha tadi dikejar anjing tauke Soon Tat.”
“ha?! Hahaha! Padan mukanya.”
“Ish! Jangan kau begitu bah, kesian aku tenguk dia tadi, terjatuh dia di dalam longkang.” Maliki meluahkan rasa simpatinya terhadap Qarysha.
“Kalau kau kesian kenapa kau nda tolong jak dia tadi, kau mengadu sama aku pun nda juga aku mau tolong dia, biar padan mukanya siapa juga suruh selalu kasi panas hatiku!.” Ferrdaous tetap dengan amarahnya.
“Tapi kan kalau bukan kau minta driver bas tu jalan terus tadi nda la si Qarysha tu tunggu bas lain.”
“Wei! Ini cerita kita dua saja tau, kalau kau cerita sama orang lain pacah pengancingan mu sana!” Ferrdaous memberikan amaran kepada Maliki. Sewaktu menghanatar Maliki ke muka pintu kelihatan seorang remaja sekolah yang masih lengkap berpakaian sekolah sedang jalan terhinjut-hinjut, sambil berusaha menampung berat bebanan beg sekolahnya.
“Eh! Qarysha, baru balik.” Maliki hanya bermanis mulut, mungkin kerana rasa bersalah yang menghantui dirinya kerana bersubahat dengan rancangan Ferdaous untuk mengenakan Qarysha. Namun Qarysha hanya memadang Maliki tanpa suara, hanya anggukan menjawab pertanyaannya tadi. Senyum sinis yang terpamer diwajah Ferrdaous tiba-tiba berubah pucat melihat darah pekat yang masih basah di dahi Qarysha. Serta merta rasah bersalah Ferrdaous bertandang. Tiada kata terluah, air liur terasa pekat dan perit untuk ditelan. Hanya pandangan mata tanpa ungkapan sebagai bahasa simpati buat Qarysha.  
Keesokan harinya Qarysha tidak dapat hadir ke sekolah, berita yang sempat menjengah pendengaran Ferrdaous adalah Qarysha telah mendapat jangkitan akibat lukanya yang mengakibatkan Qarysha menghidap demam panas, mangkin bertimpa-timpa rasa bersalah Ferrdaous. Dan bermula pada saat itu tiada lagi pertengkaran atau perbalahan mulut diantara Ferrdaous dan Qarysha. Maliki awal lagi telah menyatakan maaf kerana perkara itu terjadi akibat dari ulahnya dan Ferrdaous, namun Qarysha hanya berdiam diri. Tiada lagi si gendut pengawas garang, Qarysha berubah menjadi seorang yang sangat pendiam dan menyediri.
Keputusan SPM telah pun diumumkan, dan seperti yang dijangkakan Ferrdaous dan Qarysha adalah diantara pelajar yang mengisi tempat teratas selaku pelajar terbaik sekolah. Namum kemeriahan suasana di sekolah Ferrdaous tidak dapat membunuh rasa bersalah yang bersarang dihati Ferrdaous. Rancangannya untuk bertemu dengan Qarysha bagi mengucapkan maaf dan tahniah tidak kesampaian apabila Ferrdaous melihat ayah Qarysha datang bagi mewakili Qarysha  mengambil keputusan SPM.  Berita yang mengatakan Qarysha sedang bercuti di kampung neneknya setelah tamat latihan PLKN hanya diketahuinya daripada Maliki.

3- 6 tahun telah berlalu, setelah setahun lebih mempraktikkan pengetahuan pendidikan yang dipelajarinya dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan di tanah semenanjung, kini tibalah masanya dia kembali ke tempat kelahirannya. Ferrdaous kini sah menjadi salah seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak kelapa sawit yang terkemuka dalam carta bursa saham. Sementara itu dia juga telah mengikat ikatan pertunangan dengan Yunilisa iaitu rakan sekerja sewaktu di tanah semenanjung dulu.  
Ferrdaous memperlahankan pemanduannya ketika memasuki kawasan perumahan tempatnya tinggal. Masih lagi di taman perumahan yang sama sejak enam tahun yang lalu, banyak yang telah berubah namun ia tidak mampu untuk merubah cerita yang tersimpan sejak sekian lamanya.
Ya! Qarysha, satu nama yang pernah menjadi mangsa usikannya merangkap musuh yang dinobatkan oleh dirinya sendiri. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu. Kali terakhir dia melihat wajah gadis itu adalah ketika kertas akhir fizik pada enam tahun lalu, sejak itu Qarysha seolah-olah cuba menyembunyikan diri darinya, berita berkenaan dengan Qarysha hanya diketahui Melalui Maliki sahabat baiknya. Hanya dengan Maliki sahaja Qarysha sering bertembung.
Tangan mencapai telefon, speed dail ditekan. “hello brother!.” Ferrdaous berkata setelah talian berjaya disambungkan.
“Assalamualaikum kawan!, bagi salam bah dulu.” Maliki ditalian sudah tersengeh kerana berjaya mengenakan Ferrdaous.
“Waalaikumsalam bah, yala kau tu kalau tercan-can suda mengasi kena bukan alang-alang kau mau perli-perli aku.” Kedengaran hilai tawa d hujung talian.
“bukan selalu geng!, bah! Apa cerita mu ni tiba-tiba telefon aku?.”
“ah! Kau ni! Kenapa mau ada hal saja kah baru boleh menefon sama kau?.”
“nda juga lah, tapi selalunya kau tu begitu bah.”
“nda bah aku mo menanya ni, kau dirumah juga ka?, aku mo pigi rumah mu bah ni nanti malam melepak, boring aku teda kawan di rumah, durang beliau ku balik kampung sama kakak ku.”
“oooo... datang saja lah, dirumah juga aku ni, nda aku dapat jalan pigi mana-mana sebab bini ku menunggu hari suda ni.”
“bah, yalah! Ni malam lepas isyak aku pigi rumah mu a.”
Setelah talian dimatikan, tiba disatu persimpangan kelihatan seorang gadis sedang mencangkung memandang kearah tayar keretanya. “pancut rupanya.” Ferrdaous bergumam sendiri sambil menghentikan kenderaannya ditepi jalan belakang kereta Pesona gadis tadi.
“cik adik, nda buli kembang balik tu tayar kalau ditengu saja, mau aku tolong tukarkan.” Gadis tadi yang sedang mencangkung lantas berdiri, lama dia merenung wajah lelaki dihadapannya.
“jangan tenung lama-lama rayang, nanti kau jatuh cinta sama aku susah aku mau jawab sama tunangku.” Gadis yang baru tersedar setelah ditegur oleh Ferrdaous lantas berpaling kearah lain bagi menghilangkan rasa malunya.
“Tayar ganti nda ada angin, kau ada pump tayar kah?.” Gadis tersebut bertanyakan Ferrdaous, tanpa menjawab soalan gadis tadi Ferrdaous terus menuju kearah bonet kereta gadis tersebut.
“aku tolong pump tayar mu di station minyak depan sana, kau mau ikutkah atau tunggu di sini saja?.” Tanpa sebarang petunjuk Ferrdaous telah mengeluarkan tayar ganti gadis tersebut dan di masukkan kebahagian belakang kereta Honda CRVnya.
“nda apalah aku tunggu sini saja.” Kemudian Ferrdaous berlalu untuk ke station minyak yang dimaksudkan. Setalah hampir 30minit gadis tersebut menanti di dalam kereta akhirnya Ferrdaous telah kembali, selesai memasang tayar Ferrdaous sempat berpesan “lain kali selalu-selalulah periksa spare tyre, jangan nanti pancut tinggal di tingu saja tu tayar.”
Ferrdaous pantas berlalu ke keretanya, sebelum masuk kedalam kereta sempat lagi Ferrdaous melaung kearah gadis tersebut “bah! Terima kasih ya sebab saya tolong kamu tukar tayar.” Kemudian Ferrdaous terus berlalu. Gadis tadi hanya terkedu tanpa kata. “dah lah dia sound aku suka-suka tanpa tahu hal sebenar, pastu sedap-sedap lagi menyindir. Hangkuk punya lelaki!. Ni kereta baru sampai dari Sarawak la! Huh!.” Gadis tersebut bermonolog didalam hati. “tapi dia nda kenal aku lah.” Tiba-tiba cuaca mendung merentasi wajah gadis tersebut. Ferrdaous satu nama yang sama,  hanya fizikalnya sahaja banyak berubah tapi lasernya tetap sama. Gadis tersebut kemudian masuk kedalam kereta dan memandu pulang.

4- “Cikgu Qary! Cikgu Qary!.” Kedengaran suara kanak-kanak sedang melaungkan nama Qarysha dari luar rumahnya.
“oh! Iqbal, Isya... kenapa panggil cikgu?” Iqbal dan Isya merupakan pasangan kembar yang sedang berada dalam darjah satu, mereka adalah pelajar yang mengambil kelas tambahan dengannya, mulanya Qarysha menolak namun bila dipujuk dia terpaksa menerima apatah lagi nenek kepada kembar tersebut adalah jiran yang telah bersusah payah menjaga emaknya ketika dimasukkan ke wad hospital akibat serangan jantung setahun lalu sebelum dia berpindah kembali bertugas di Sabah.
“Cikgu Qary boleh kah ajar kami kira-kira?.” Dalam logat yang masih belum terlalu fasih Iqbal memohon daripada Qarysha.
“Bah! Marilah sini datang tempat cikgu.” Qarysha mempelawa pasangan kembar itu untuk datang ke rumahnya, sebenarnya rumah Qarysha dan nenek kepada pasangan kembar tersebut hanya bersebelahan, disebelah kiri rumah nenek si kembar manakala rumah Qarysha berada ditengah dan rumah emak Qarysha berada disebalah kanan rumahnya. Dia membeli rumah tersebut daripada penghuni lama yang dahulu juga adalah pasangan guru. Rumah tersebut dijual apabila pasangan guru tersebut ingin pulang ke tanah semenanjung.   
Sedang seronok mereka belajar tiba-tiba kedengaran laungan dari dalam rumah memanggil nama si kembar. “Iqbal!, Isya! Mana kamu dua?.”
“Sini kami uncle Achik!.” Si kecil Isya membalas laungan si pemanggil tadi. “oooo!!.. apa kamu buat sana Iqbal, Isya?.”
“kami minta ajar kira-kira sama Cikgu Qary.”
“kenapa nda minta ajar sama uncle Achik ja, uncle Achik lagi terror dari Cikgu KARI AYAM.” Qarysha yang mendengar gelaran nama yang diberikan oleh pakcik si kembar tadi suda kembang kempis dada menahan bahang.
“Tapi uncle Achik bukan cigu!.” Si Iqbal comel menjawab. Kredit kepada Qarysha, senyuman terpamer.
“Tapi uncle terror sebab uncle engineer!.” Si pakcik tak puas hati.
“Tapi di sekolah nda ada engineer cuma ada cigu ja.” Si comel Isya menjawab. Qarysha sudah hampir pecah tawa. “padan muka!.” Qarysha bermonolog sendiri.
“oooo... kamu dua nda sayang uncle laini kan, sebab tu kamu dua nda mau belajar sama uncle, biarlah! No more Giant! No more play station!.” Si pakcik cuba rasuah, cara untuk pancing undi anak buah.
Mata bundar pasangan kembar rasa bersalah, Qarysha kini rasa tergugat. Si pakcik tarik sengeh jenayah berat. “Hehehe....”
“nda apa, nanti kalau uncle Achik nda mau bawa Iqbal dengan Isya pergi Giant cikgu bawakan ya, kalau uncle Achik tak mo teman main play station nanti cikbu bawa pergi main dekat play ground ya.” Qarysha main tarik tali, bertindak balas meraih undi.
“Amboi! Beli undi Nampak!” si pakcik sudah masuk mood bahasa kasar.
“nda apalah beli undi bukan beli jiwa pun.” Si cikgu tak ada rasa ingin mengalah. Anak buah dan anak murid dah kerut dahi. Bukan isu pergi Giant atau isu main game yang menjadi persoalan, tapi perang bahasa lebih kepada dendam orang dewasa.
“kalau kau mau beli pun tentu-tentu aku nda mau jual!” dengan penuh yakin si pakcik berkata.
“Ello!! Ada aku cakap mau beli jiwa mu?.” Sambil angkat-angkat kening Qarysha bertanya mengarah pandangan mata kebola mata si pakcik. Blurrr... malu tak terkata.
Laungan nama si pakcik dari dalam rumah menyelamatkannya dari terus malu.
“Aku belum siap sama kau, nanti sambung!.” Si pakcik berlalu ke dalam rumah.
“uiiiii!!! Tatutnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!.” Qarysha menunjukkan aksi takut-takutnya pada si pakcik. Si pakcik tak terkata, rasa geram dipendam saja. “nanti aku deduct kau!.” Dalam hati si pakcik memasang angan.

5- Pertengkaran demi pertengkaran terus tercetus dan semestinya yang sengaja diwujudkan oleh Ferrdaous, tak ada yang ingin beralah diantara mereka dan seringkali Ferrdaous yang akan kalah. Namun bukan itu yang menjadi isu, tanpa disedari hatinya senang setiap perbalahan yang dicetuskan olehnya sendiri. Gembira bila Qarysha kembali kepada Qarysha yang dulu yang tak pernah ingin mengalah. Sesungguhnya dia gembira kerana Qarysha juga sudi memaafkan kesalahan dimasa remajanya dulu, sesungguhnya dia turut menyesali perbuatannya sendiri kerana membenci Qarysha tanpa sebarang  sebab yang logik.
Namun perbalahan yang telah menjadi rutin harian mereka tiba-tiba suram, Semenjak Ferrdaous pulang dari tanah semenanjung bersama ahli keluarganya yang lain, hati Ferrdaous dipagut rasa kecewa, tunang tercinta meminta memutuskan ikatan atas alasan mereka jauh terpisah oleh lautan. Tujuan Ferrdaous datang ke tanah semenanjung untuk memberi kejutan kepada Yunilisa akhirnya memberikan kejutan pada dirinya sendiri dengan keputusan Yunilisa untuk memutuskan ikatan pertunangan, bukan hanya kecewa dengan tindakan Yunilisa namun Ferrdaous juga malu kepada orang tuanya yang turut bersamanya datang ke tanah semenanjung yang kononnya untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.
Sejak itu Ferrdaous semakin jauh, dia lebih banyak menghabiskan masanya di tempat kerja, balik ke rumah hanya pada lewat malam, lebih banyak waktunya bersendirian di dalam bilik dari menghabiskan masanya bersama keluarga mahupun teman rapatnya Maliki.
Hari yang dilalui Qarysha semakin terasa sunyi, sunyi dari pertengkaran yang sengaja dicetuskan oleh Ferrdaous. Tiada lagi wajah segak Ferdaous di pagi hari menemani kepergiannya untuk ketempat kerja kerana Ferrdaous akan keluar lebih awal dari biasa. Tiada lagi usikan dari Ferrdaous ketika dia sedang sibuk mengajar si kembar kerana Ferrdaous hanya akan pulang bila semua orang dibuai mimpi. Kini hari yang dilaluinya terlalu sunyi dan dia sedar kini dia merindui kehadiran lelaki itu.

6- “Cikgu! Cikgu!, cikgu mau pigi mana?.” Iqbal bertanya sambil kedua tangannya kemas memegang jeriji besi yang memisahkan kawasan rumah mereka.
“cikgu mau keluar jalan-jalan bawa baby Dina dengan baby Dani.”
“ala... ikut bah cikgu, lama sudah kami nda jalan-jalan.” Kedengaran rengekan halus daripada Iqbal, takut didengari neneknya mungkin. Sementara Isya juga merapati jeriji besi setelah mendengar Iqbal menyatakan keinginannya untuk ikut sama, seperti Iqbal, Isya juga menantikan jawapan daripada Qarysha.
Qarysha berfikir sejenak sambil mengetuk-ngetuk dagu dengan kunci kereta, wajah sayu si kembar direnung silih berganti, rasa sayu menghambat hati, sememangnya telah lama mereka tidak keluar untuk bersiar-siar, iba bapa si kembar sering sibuk kebelakangan ini, tanggungjawab terpikul dibahu nenek mereka buat masa ini. Ferrdaous juga telah lama tidak melakukan aktiviti bersama si kembar kerana sibuk melayan perasaan kecewanya, akhirnya Qarysha memberi kata putus untuk membawa si kembar bersiar sama. Melonjak gembira si kembar mendengar persetujuan daripada Qarysha.
Setelah mendapat persetujuan daripada nenek si kembar berdencit kedua-duanya masuk kerumah untuk menyalin pakaian. Ferrdaous yang hampir bertembung dengan si kembar hanya melihat kedua-duanya berkejaran naik ketingkat atas. Kening dijungkit kearah ibunya tanda pertanyaan tindakan si kembar.
“Dorang mau ikut sama si Qary pigi jalan-jalan”
Sambil kening berkerut “Ai! Kenapa mau kasi susah orang bawa durang jalan-jalan.?” Ada nada tidak puas hati kedengaran.
“Jadi mau harap siapa bawa si kembar tu jalan-jalan?, mama ni suda tua mana larat mau bekejar sana sini menjaga sama dua budak tu, mau harap kau tu sibuk saja melayan perasaan.” Rasa bersalah bertandang dihati Ferrdaous. Melihat keriangan anak-anak buahnya, dia sedar telah lama dia mengabaikan mereka yang penting dalam hidupnya hanya kerana kealfaannya menyalahkan takdir Tuhan.
“Iqbal, Isya tunggu situ, uncle bawa kamu jalan nanti.” Si kembar memandang si pakcik dengan rasa tidak percaya.
“tapi kami mau jalan sama cikgu.” Iqbal menjawab jujur. Puan Rosnah yang mendengar perbualan antara anaknya dan cucunya menjenguk keluar.
“Daous, kalau kau mau bawa durang jalan sekalilah sama durang si Qary,  nda bagus juga tadi suda beriya-iya dia mau bawa dua budak tu.” Ferrdaous seperti sedang menimbangkan permintaan ibunya. Nafas dihembus panjang. Iqbal, kasi tau cikgu naik kereta uncle. Setelah mendapat arahan daripada Ferrdaous berkerja-kerja si kembar mendapatkan Qarysha.
Lima minit kemudian Ferrdaous kelihatan santai dengan seluar jeans lusuh, berbaju tshirt tanpa koler berwarna putih sambil menekan punat kawalan kereta. Qarysha static berdiri ditepi kereta pesona miliknya, si kembar menanti arahan sama ada menaiki kereta Qarysha ataupun Ferrdaous.
Ferrdaous paling wajah, melihat kearah Qarysha yang tidak ada tanda-tanda untuk menaiki keretanya. Ferrdaous melangkah kearah rumah sebelah, pintu penumpang dibuka, mengangkat baby Dina yang baru berusia setahun sambil memimpin tangan baby Dani yang berusia 2 tahun setengah. Ferrdaous memandang kearah Qarysha tanda dia ingin Qarysha menaiki keretanya. Tanpa banyak bicara si kembar cepat-cepat menaiki kereta Ferrdaous, baby Dani juga di letakkan di tempat duduk belakang bersama-sama si kembar, hanya baby Dina sahaja yang diberikan kepada Qarysha untuk dipangku.
Qarysha yang pada mulanya ingin membantah, namun melihat pandangan mata emak Ferrdaous kearahnya mematahkan niatnya, pastinya emak Ferrdaous tidak mahu memusnahkan mood baik Ferrdaous pada ketika itu.
Duduk bertiga bersama Ferrdaous dengan baby Dina diatas riba, sambil mengawasi si kembar dan baby Dani bermain di bahagian permainan di Giant mencerminkan keluarga bahagia. Qarysha diam tak berkutik, hanya static menyusukan baby Dina dengan susu botol yang dibawanya dari rumah. Ferrdaous tekun memandang kearah ketiga-tiga kanak-kanak yang bermain di tapak permainan di Giant, sambil sesekali memanggil nama Iqbal yang seperti ingin mencetuskan perang dengan kanak-kanak yang lain. Sambil menantikan anak-anak buah mereka puas bermain Ferrdaous bergerak ke kaunter KFC untuk memesan makanan.
“kau tolong tengok-tengokkan budak-budak tu dulu, aku mau pergi order makanan.” Ferrdaous memaklumkan kepada Qarysha sebelum berdiri dan bergerak ke dalam kaunter. Namun dia berpatah semula kepada Qarysha. “kau mau makan apa?.”
Qarysha yang baru sahaja tenggelam dalam khayalnya terkejut. “ha!, oh! Emmmm... sneak plate saja lah, budak-budak tu pun sama Cuma untuk dorang kau tolong order rasa ori. Errrr... kau tolong bayar dulu, nanti aku bayar balik ya.”
Ferrdaous hanya memandang Qarysha, sebelum berlalu sempat dia berpesan. “tengok budak-budak tu, jangan mengkhayal pula!.” Qarysha hanya menahan geram. “Cis! Bagus saja mood terus jadi  komunis!” Qarysha bermonolog sendiri.
Sneak plate tidak berusik, hanya memerhati si kembar dan baby Dani makan dengan berseleranya, tidak timbul pergaduhan diantara mereka, ini yang paling memudahkan Qarysha tiap kali membawa mereka keluar untuk bersiar-siar. Ferrdaous hanya memerhati tanpa bunyi, melihat Qarysha tidak menjamah makanan yang dipesan lantas baby Dina di ambil dan di pangku atas ribaan.
“Makanlah dulu, aku jaga baby Dina.” Sambil membawa baby Dina ke tepi tingkap entah apa yang ditunjuk oleh Ferrdaous kepada baby Dina di luar sana, hanya bertujuan untuk mengagah baby Dina yang ada tanda-tanda ingin menangis bila di pangku oleh orang yang tidak dikenali. Akhirnya baby Dina dapat menerima Ferrdaous.
“Hai! Cikgu Qary, lama nda jumpa cikgu.” Seorang lelaki berpakaian kemas yang menyapa Qarysha menggamit mata Ferrdaous untuk memandang. Hati terasa gusar, seperti ada yang tidak kena melihat kemesraan yang dipamerkan oleh lelaki tersebut walaupun Qarysha hanya melayan lelaki tersebut dengan bersahaja.
Baby Dina yang mula bosan dengan apa yang dilihatnya di luar KFC mula merengek, Ferrdaous datang kearah Qarysha untuk menyerahkan baby Dina sebelum ia memulakan irama nyaring yang tidak digemari. “pigi basuh tangan dulu, baby Dina mau menyusu barangkali ni.” Lelaki yang tadinya rancak beramah dengan Qarysha agak terkejut dengan kehadiran Ferrdaous yang tiba-tiba. Qarysha lantas bergerak kearah singki kemudia kembali untuk mengambil baby Dina dari dakapan Ferrdaous.
“Cikgu sudah kahwin rupanya, nampaknya saya nda ada peluang la ni kan.” kelihatan senyuman tawar terpamer diwajah lelaki tadi. Belum sempat Qarysha membuka mulut untuk menjelaskan kedudukan sebenar Ferrdaous terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan.
“Ferrdaous.” Tangan berjabat.
“Hisyam.” Senyuman berbalas, setelah berbual seketika Hisyam meminta diri untuk pulang.
Didalam kereta hanya kedengaran si kembar berceloteh, baby Dani hanya mengkekeh turut sama ketawa walaupun dia tidak memahami apa yang sedang dikatakan oleh si kembar. Ferrdaous senyap tidak berkutik, hanya Qarysha yang sesekali melayani keletah si kembar dan baby Dani, baby Dina lena diribaan Qarysha, Ferrdaous sesekali menjeling kesisi.
Betul kata Maliki ketika dia bertandang kerumah sahabatnya itu, Maliki banyak menceritakan perihal Qarysha, Qarysha banyak berubah, Qarysha bukan lagi Qarysha yang dulu, Qarysha yang ada disebelahnya adalah Qarysha yang walaupun secara fizikal adalah kasar namun dirinya penuh dengan kasih sayang, cara dia melayani anak-anak buahnya, manjanya, walaupun dia bukan wanita rupawan namun setelah lama diamati dia adalah gadis yang manis, memberikan ketenangan bagi sesiapa memandangnya, dan tidak hairanlah sekiranya Maliki mengatakan bahawa ramai kumbang di sekolah tempat mereka mengajar yang ingin mendekatinya. Kemesraan Hisyam tadi tergambar semula. Ada getar cemburu disitu. “apa suda jadi?, nda kan la.....?”

7- Perhubungan antara Qarysha dan Ferrdaous mula bertambah baik, namun perbalahan sesekali tetap  berlaku, namun perubahan Ferrdaous kali ini mengundang resah di hati Qarysha, Ferrdaous bukan lagi Ferrdaous yang dulu, kadang kala renungan mata Ferrdaous menggetarkan naluri wanitanya. Dia sendiri kurang mengerti dengan perasaannya kini, sehinggakan ada kalanya dia tidak dapat menumpukan pengajarannya terhadap si kembar bila Ferrdaous juga turut duduk diluar rumahnya dan dia sedar mata itu sering merenungnya.
Bukan itu sahaja, malahan setiap kali dia ingin membawa baby Dani dan baby Dina untuk keluar bersiar-siar pastinya Ferrdaous juga ingin keluar, walaupun mereka menaiki kereta yang berlainan namun mereka tetap akan bertemu di destinasi yang sama. Pernah Qarysha menyuarakan ketidak selesaannya kepada Ferrdaous, takut kalau-kalau nanti dia akan di katakana pengganggu tunangan orang kerana Qarysha masih belum mengetahui perihal pertungan Ferrdaous yang kecundang atau pun takut sekiranya teman lama Qarysha menyangka Ferrdaous adalah suaminya. Namun jawapan Ferrdaous sangat mudah “aku mampu kahwin lebih dari satu bah.” Ataupun “sekarang bukan suami, esok-esok mana tau yang kau peluk masa tidur tu aku.” Sesungguhnya kesemua jawapan Ferrdaous amat menyakitkan hati. Pernah sekali bila Ferrdaous mengatakan yang dia boleh jadikan Qarysha isteri keduanya, refleks Qarysha menjentik hidung Ferrdaous, menyeringai sakit Ferrdaous, namun hanya sekali itu kerana kali kedua Qarysha ingin melakukan perkara yag sama tangannya digenggam Ferrdaous, bersama amaran Ferrdaous berkata “kalau kau lastik idung aku lagi, aku nda teragak-agak cium kau! Biar kahwin free!.” Semenjak itu Qarysha hanya berani tayang penumbuk tanda tidak puas hatinya terhadap Ferrdaous.

8- Dari ruang rehat keluarga, Ferrdaous mengintai Qarysha yang sedang tekun mengajar si kembar, sesekali Qarysha akan terut sama bergelak dengan si kembar.
“apa kau intai tu Daous?” Puan Rosnah yang keluar dari dapur menyapa Ferrdaous. Bukan dia tidak sedar perubahan keatas diri anak terunanya, hal ini juga disedari oleh suaminya, tugas untuk merisik hati anak terunanya diberikan kepada si ibu.
“nda la ma... mana ada aku mengintai.”
“Daous, mama bukan mau marah sama kau, apa lagi mau halang kau, tapi nda manis kau selalu intai anak perawan orang. Kalau kau suka bagus kau terus terang, jangan sampai melepas, Maliki pun ada kasi tau mama si Qary tu ramai orang suka.
“ish! Mama ni, mana ada aku suka sama si Qary tu, pandai-pandai saja mama buat spekulasi.” Ferrdaous masih sembunyi hakiki.
“Daous, mama yang mengandung sama kau, jangan la kau mau membuyuk sama mama, kalau kau masih sama ego mu nda mau mengaku, esok-esok kalau dia diambil orang jangan kau menyesal. Dia memang nda lawa macam bekas tunang mu, tapi dia perempuan yang cukup sempurna untuk dijadikan isteri, Kau fikirlah baik-baik kalau buli istikarah sekali.” Selepas memberikan nasihat kepada Ferrdaous Puan Rosnah terus naik ke bilik untuk berehat.
Kata-kata ibunya tadi sedikit sebanyak meresap ke hati. “Kenapa aku perlu butakan hati hanya kerana kecewa pada masa lalu.” Ferrdaous bermonolog sendiri.
Ferrdaous melangkah untuk kebilik, nasihat ibunya akan dituruti, “siapa tahu andai benar dia adalah tulang rusuk ku” kata perangsang buat diri sendiri.

9- “aku nikahkan dikau dengan Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”
“aku terima nikahnya Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz Nurul Qarysha Sahed sah menjadi isteri kepada Mohd Ferrdaous Salleh, acara pembatalan air sembahyang adalah acara yang dinantikan oleh lensa-lensa kamera. Ferrdaous mendekati Qarysha, usai acara menyarungkan cincin si isteri pula mencium tangan si suami kemudian diikuti ciuman kasih berlabuh didahi si isteri daripada si suami.
Majlis perkahwinan berlanjutan hingga ke malam hari, ini adalah kebiasaan bagi majlis perkahwin di Sabah yang diraikan hingga ke malam hari. Memandangkan rumah mereka hanya berjiran maka acara disambut dengan meriah, ini kerana acara tingkuang iaitu acara menyambut anak menantu bagi pihak lelaki akan diadakan serentak. 
Tepat jam 12:00 malam tetamu beransur pulang, biasanya majlis yang diraikan di taman-taman perumahan akan berhenti pada waktu tengah malam bagi menghormati pravisi jiran tetangga. Tidak seperti keraian yang diadakan di kampung-kampung yang akan berlanjutan hingga ke dini hari.
Usai mandi, Qarysha keluar ke balkoni di biliknya sambil melihat pihak catering yang masih berkerja memngemas peralatan catering mereka untuk dibawa pulang. Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi orang berdehem.
“bila kau masuk?” Qarysha bertanya menghilangkan rasa gugupnya berduaan dengan lelaki yang halal baginya.
“baru saja.” Keadaan sunyi seketika.
“buli aku request something kah?.” Static Qarysha pandang Ferrdaous, banyak kemungkinan permintaan Ferrdaous yang bermain difikiranya.
“jangan fikir sembarangan sana, abang bukan buruk lantak, abang tau kita masih dalam tempoh untuk cuba menyesuaikan diri.” Qarysha membuntangkan mata, rasa lucu bila Ferrdaous membahasakan dirinya “abang”. Namun rasa ingin ketawa itu hanya disimpan, takut dengan pandangan menggoda Ferrdaous.
“apa yang kau mau request?.” Qarysha memandang kearah pekerja-pekerja catering, takut untuk melihat renungan Ferrdaous.
“panggail aku abang.” Qarysha panggung wajah. “normallah kau panggil aku abang, aku kan suami kau, takkan kau mau beraku berkau sama aku?”
“okey!” mudah jawapan daripada Qarysha.
“aku panggil kau ‘Ary’.” Qarysha pandang pelik.
“aku nda mau panggil kau dengan nama yang biasa orang panggil, aku mau panggil kau guna nama panggilan yang cuma aku saja yang guna.” Senyuman terukir diwajah Qarysha.
“kau jealous eh?.” Qarysha soal selidik.
“eh! Opkos la! Abang ni suami Ary.” Terbayang dimata Ferrdaous saat dia dan Qarysha bertembung dengan Hisyam di butik pengantin untuk membuat pilihan persalinan perkahwinan mereka. Dengan selamba Hisyam meminta Qarysha mempertimbangkan dirinya setelah mengetahui Qarysha masih belum berkahwin dengan Ferrdaous. Dengan pantas Ferrdaous mengheret Qarysha keluar dari butik tersebut. Pada hari yang sama juga Ferrdaous meminta ibunya untuk berbincang dengan keluarga Qarysha bagi memperawalkan lagi tarikh perkahwinan mereka dari tarikh yang telah dipersetujui sebelumnya.
Qarysha hanya tersengeh melihat wajah Ferrdaous yang nyata tidak puas hati kerana ditertawakan akibat dari sifat cemburu yang dirasakan Qarysha sebagai keterlaluan.
“ketawa pula dia!, abang kahwin lagi satu baru Ary tau!.” Sengehan Qarysha terhenti.
“amboi!!!!... baru siang tadi nikah sudah pikir mau poligami? Banyak cantik!” seretak itu satu jentikan yang kuat mendarat tepat di hidung Ferrdaous, bila sekali lagi tangan Qarysha ingin mendaratkan jentikan di hidung Ferrdaous, sepantas itu juga tangan Qarysha digenggaman oleh Ferrdaous.
“kan abang suda pernah cakap!, sekali lagi Ary lastik idung abang, abang nda akan teragak-agak cium Ary!” tanpa sempat mengelak bibir Ferrdaous dengan tepat mendarat di bibir Qarysha. Pelukan semakin diperkemaskan.
The rest is history ..... J)))))   
Imeginasi sebuah kisah biasa... J J J 
Pergi pasar membeli belacan,
Belacan dari papar jadi pilihan,
Kalau hati sudah berkenan,
Jangan sembunyi, tapi luahkan...

Dekat-dekat hati membenci,
Dendam dulu disimpan rapi,
Walau benci kian berapi,
Kalau dah jodoh cinta pasti bersemi....

Jodoh ada disekeliling kita, namun kita perlu berusaha untuk menemuinya. Dalam benci ada cinta, selamat menikmati cerpen ke-4 dalam versi sabahan.....


Mengharapkan komen & komplen  

Suljia & Adham

“eee.... geramnya aku!!!” Suljia menggenggam penumbuknya. Sakit hati dengan sifat miang ketua bahagiannya. Lelaki berumur awal 40an, sudah berkahwin, memiliki tubuh yang sasa, dan masih bergaya. Namun itu tidak merubah prinsip Suljia “katakan tak nak pada married person!!”  sering kali Suljia diminta untuk kerja lebih masa oleh ketuanya dan setiap kali itu jugalah En.Shukry atau lebih famous dengan gelaran Sir Shuk memganggu ketenangannya. Ingin sekali dia membuat laporan gangguan seksual kepada pihak HR namun setiap kali itu jugalah Suljia dihantui oleh banyak kemungkinan kehilangan pekerjaan kerana dia mengetahui bahawa Sir shuk adalah anak buah kepada Head syarikat tempatnya bekerja.
“aku rasa ko kena kahwin la Gee, sebab Sir Shuk tu takkan ganggu wife orang, dia cuma nak yang fresh je” Zahlia memberi pandangannya. Memang itu lah kenyataan yang mereka dengar bahawa Sir Shuk hanya mendampingi wanita single atau lebih tepat yang masih dara sebab kononnya Sir Shuk ada menuntut ilmu untuk kekal nampak muda. Entah betul entah tidak cerita yang mereka dengar.
“Lia, ko nak suruh aku kahwin dengan siapa? Dah la aku ni nak dapat boyfriend pun susah.” Zahlia seperti berfikir semula, benar apa yang dikatakan oleh Suljia, nak kata dia sombong tak juga, nak kata muka baby face Suljia tu tak lawa tak mungkin juga sebab memang dia saja lah yang selalu menjadi magsa cubitan sebab muka dia yang comel walaupun umurnya telah mencecah 24 tahun. Mungkin juga sebab pergaulannya yang terbatas kerana dia adalah anak bungsu dari lima beradik, semua telah berkahwin kecuali dia yang sering dianggap “baby” dalam keluarganya.
“Ala ko kan suka chatting takkan ko tak pernah sangkut kat mana-mana chatter ko?” Zahlia masih lagi memberi idea walaupun dia sedar idea yang dia berikan itu tak berapa bernas.
“Gilo ko apo?! Kau nak aku kata apa kat dorang tu? Macam ni ‘hai! Awak,  jom kita kahwin!’ macam tu?” Zahlia hanya gelak, rasa nak pecah perutnya bila membayangkan Suljia akan berkata begitu dengan teman cybernya.,
“Aku rasa lah kan dari aku buat macam kau suruh baik aku wat iklan...” Suljia tarik sengeh. Zahlia dah bantai gelak sakan.
“Aku rasa teruk-teruk idea aku teruk lagi idea kau la Gee...”
“Apa pulak teruknya? Betul apa? Aku siap sediakan borang lagi.” Suljia berkata penuh yakin.
“Lantak kau la Gee, yang penting kau happy, dah lah rest time dah habis ni, selamat bekerja dengan Sir Shuk ye.” Sambil mengerdipkan mata Zahlia berlalu ke arah department nya di tingkat atas. Suljia dah hilang mood bila mengenangkan dia akan menghadap muka Sir Shuk.
“Macam mana nak buat iklan ni ekh?” Suljia mencongak sendiri di hadapan computer ribanya di dalam bilik, selesai membantu mengemas dapur untuk makan malam tadi dia terus sahaja naik ke biliknya untuk meneruskan misi membuat iklan.







IKLAN MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer

Lelaki Pilihan:-
  1. Perlu mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan pendidikan)
  2. Perlu mempunyai pekerjaan yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka tukar-tukar kerja)
  3. Tidak ada rekod jenayah (Abah persara polis, abah tak suka penjenayah)
  4. Mampu menjadi pemimpin (Abah tak suka orang yang tak boleh memimpin)
  5. mempunyai kelengkapan asas hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang diperlukan belum ada)
  6. Umur adalah dalam lingkungan 26-35tahun.

Selesai menaip butang print ditekan. Suljia tersenyum memandang iklannya. “ Esok bagi Zahlia tengok” Suljia berkata sendiri sebelum matanya tertutup rapat dan melangkah kealam mimpi.


Awal pagi lagi Suljia dah terpacak dihadapan meja kerja Zahlia, tak lain dan tak bukan adalah untuk menunjukkan kepada Zahlia iklan yang telah dicetaknya.
“Mak ai Gee!!! Ko buat betul-betul ke?.” Zahlia bagaikan tidak percaya dengan perbuatan Suljia. Suljia seperti pelik dengan soalan Zahlia, “bukan kelmarin aku dah bagi tahu dia ke?” Suljia bemonolog sendiri.
“Yelah, memang aku serius pun, napa?” mata Suljia terkebil-kebil memandang Zahlia.
“ Kau biar betik Gee?, ni soal kahwin soal masa depan takkan ko serius nak buat iklan?.”
“habis tu kau nak aku buat macam mana lagi?, kau juga yang bagi aku idea suruh aku kahwin kalau tak nak Sir Shuk tu kacau aku lagi.”
“Pulak dah?, Gee... Gee, kau ni kan eeee... tak tau la nak kata apa, kadang kau ni lurus sangat tak da conner conner dah, aku main-main je lah kelmarin tu. Kalau pun betul kau nak kahwin kau minta la parents kau cari kan untuk kau, habis cerita.” Wajah Suljia dah bertukar redup, hati dilanda gusar, gusar sekiranya dia lambat mencari calon. Kelmarin dia hampir saja dipeluk oleh Sir Shuk ketika di pantry. Gara-gara ingin mengelak gangguan daripada Sir Shuk Suljia seperti orang terdesak. “ kalau tau dek abah, mau tak di tembaknya Sir Shuk tu, nak resign confirm abah akan syak... hu... Suljia bermonolog sendiri, masi mencongak kewajaran iklannya.
“Ehem... ehem...” kedengar suara dari arah belakang.
“Eh!, Sir Adham, selamat pagi.”Zahliah menyapa ramah “boss” bahagian kewangannya.
“Pagi, tengah sembang apa ni, Adham sempat singgah di meja Zahlia.
“tak ada apa Sir, ni kawan saya ada hal nak tanya pasal fail dia hilang, dia takut mungkin kelmarin ada budak department dia salah hantar.” Lancar sahaja Zahlia berbohong. Suljia dah terkebil-kebil memandang Zahlia yang tak tahu hujung pangkal cerita.
“Oh!, kalau dah jumpa fail tu cepat balik deparment awak, nanti tak siap kerja Zahlia, awak budak IT departmentkan.” Perkataan “fail” ditekankan seperti tahu bahawa itu hanyalah alasan. Suljia hanya mengangguk, “mangkuk punya mamat! Huh! Baru kejap aku kat sini dia dah sindir aku!” Suljia berkata dalam hati.
“Okey la Lia, aku balik dulu. Nanti kalau dah jumpa balik fail tu kau call aku nanti kat bawah.” Dengan perasaan geram Suljia melangkah kearah lif. Satu jelingan diberikan kepada Adham sebelum pintu lif selamat tertutup.
“Zahlia, tolong bagi saya laporan bulanan kewangan yang saya minta dekat awak minggu lalu.” Dengan pantas Zahlia menyerahkan fail yang sudah sedia diatas mejanya.
“Good!.” Hanya itu yang Adham katakana sebelum berlalu masuk ke biliknya. Itu adalah sifat Adham, memuji hanya sekadar ‘Good’ dan ucapan terima kasih hanya sekadar ‘thanks’, ucapan yang diungkapkan tanpa segaris senyuman.
Fail laporan kewangan dibuka, sehelai kertas melayang jatuh di atas lantai. Helaian dikutip lalu dibaca

IKLAN MENCARI PASANGAN HIDUP
Nama: Suljia Shahira Binti Mokhtar
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 01 Januari 1986
Pekerjaan: IT Officer

Lelaki Pilihan:-
1        Perlu mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya diploma(Abah pentingkan pendidikan)
  1. Perlu mempunyai pekerjaan yang tetap dan gaji yang tetap (Abah tak suka orang tak ada kerja dan suka tukar-tukar kerja)
  2. Tidak ada rekod jenayah (Abah persara polis, abah tak suka penjenayah)
  3. Mampu menjadi pemimpin (Abah tak suka orang yang tak boleh memimpin)
  4. mempunyai kelengkapan asas hidup (Abah kata lelaki tak layak kahwin kalau kelengkapan asas yang diperlukan belum ada)
  5. Umur adalah dalam lingkungan 26-35tahun.

Iklan dibaca berulang kali, bagai tidak percaya. “Ada juga orang yang sanggup buat iklan untuk cari pasangan hidup. Siapa suljia? IT officer? Jangan-jangan minah yang jeling aku tadi?.” Adham dah tarik senyum. “Comel!” tidak sengaja perkataan itu terluah.


Rasa cuak dan bermacam-macam lagi perasaan yang berlegar-legar dalam dada Suljia.
“Awak Suljia Shahira Binti Mokhtar kan.” Adham memulakan mukadimah.
“Ye... itu nama saya, ada apa-apakah Sir Adham panggil saya?.”
“Saya nak tanya awak, awak sengaja kah letak iklan awak dekat fail Zahlia?.” Sekeping kertas dihulurkan, Suljia bagai nak pitam melihat kertas yang dihulurkan kepadanya. Peluh dah keluar dari liang roma, Nampak ketara butiran peluhnya. Gabra? Ya! Itu yang Suljia rasakan sekarang, “Umi!! Bantulah anak mu yang malang ini!.” Namun ia hanya begema didalam hati.
“errrr... ma..ma..maaf Sir Adham, sa.. sa..saya tak sengaja.” Suljia hanya menunduk, bermain dengan jemarinya sendiri.
“Habis tu?, kenapa ada dalam fail yang saya minta dari Zahlia?.” Adham meninggikan suaranya sekadar ingin menakut-nakutkan Suljia.
“Betul Sir, saya tak sengaja letak dalam fail tu, pagi tadi masa Sir datang saya tak sempat nak sembunyikan, saya main letak saja dekat dalam fail yang ada atas meja Zahlia, masa saya nak balik department saya dah lupa nak ambil balik.” Suljia menerangkan dengan panjang lebarnya.
“jadi betul lah sangkaan saya yang awak datang dekat sini bukan nak cari fail” mangkin berpinar pandangan mata Suljia mendengar butir bicara dari Adham. “kantoi!” ni lah akibat kalau lurus sangat.
“Kenapa awak sampai buat iklan? Dah terdesak sangat kah?.” Adham masih tidak berhenti dari aksi gertaknya?
“Tak adalah juga, Cuma saya nak mengelakkan dari sesuatu.”
“Sesuatu yang bagaimana?” statik Suljia panggung wajah, dan dia baru sedar dia terlepas cakap.
“eh, tak da apa-apalah.”
“Cepat cakap!.” Adham masih mendesak.
“Tak nak bagi tahu, saya akan bagi tahu pada orang yang saya kahwini saja. Kalau tak ada apa-apa saya nak keluar.” Suljia dah angkat punggung berjalan menuju kearah pintu.
Belum sempat Suljia melangkah Adham bersuara “Atau awak sedang mengandungkan anak mana-mana lelaki?.” Static Suljia panggung wajah kearah Adham. Panas hatinya mendengar tuduhan itu.
“En.Adham, betul saya lurus bendul, betul saya tak sebijak untuk menjadi seperti awak, betul saya terdesak, tapi tak bererti saya terdesak atas sebab saya dah melakukan perbuatan zina sehingga menerbitkan janin dirahim saya sehingga saya perlu mencari lelaki untuk dipertanggujawabkan.”
Adham masih memandang tajam kearah Suljia melawan panahan mata marah dari Suljia. “So, kenapa perlu iklan bagai?, kenapa tak minta family awak sendiri yang carikan? Kan kah lagi senang.”
Terdengar keluhan berat dari bibir mungil Suljia “Atas alasan apa yang saya perlukan untuk meminta family carikan calon untuk saya?, family saya tak pernah pun membangkitkan perkara ni.”
Suljia ingin berlalu, keberadaannya di dalam bilik itu hanya menambahkan sakit hatinya terhadap Adham.
“Hujung minggu ni ada rombongan merisik awak, sekali betunang, dua bulan kemudian kahwin.” Selamba Adham memaklumkan Suljia.
“Apa awak kata?.” Sujia bagaikan tak percaya.
“Saya rasa awak belum pekak untuk dengar apa yang saya katakan tadi. Bersedia untuk hujung minggu ini. Rombongan keluarga saya akan datang merisik seterusnya meminang awak untuk saya.”
“Apa?!!! Baru sekejap tadi awak tuduh saya buat benda tak elok, sekarang awak nak masuk meminang saya pulak?. Jawapannya saya tak akan terima!!!”
“Saya tetap akan pergi dengan family saya, itu keputusan saya!.” Mata bertentangan sama tajam, sepertinya panahan mata mereka berdua sedang memainkan pedang yang tajam untuk bertikaman.
“Awak datanglah kalau awak berani! Biar abah saya tembak awak!.” Ayat itu menyebabkan Adham hampir melempiaskan ketawa. Sengehan yang terukir diwajah Adham menambahkan lagi api kemaran Suljia. “Abah awak takkan tembak bakal menantunya yang hendak bertanggujawab terhadap anaknya.”
Mata Suljia mencerlung memandang Adham. “Apa maksud awak?!”
“Well saya rasa awak faham maksud saya.” Adham kembali duduk di kerusinya dan terus berpura-pura memandang kerjanya.
“Awak nak fitnah saya?.” Suara Suljia seperti sedang menahan kemarahan. “terpulang apa tanggapan awak, saya dah buat secara baik, tapi kalau awak berkeras taknak saya akan guna cara yang buat Abah akan terima saya.”
“Abah takkan percayakan orang luar!”
“tapi mungkin abah percaya dengan Iklan ini.” Helaian kertas di kibar-kibar oleh Adham. awak rasa kalau abah awak tau pasal iklan ni apa abah awak akan fikir?.”
“ha?!!!. Awak main kotor!!!”
“Awak masih ada pilihan, terima secara baik atau terima secara paksa.”
“Awak memang gila!!!... terima awak secara baik atau secara paksa sama je sebab saya tak suka awak!!.” Muka Suljia bertambah merah dengan air mata yang mulai bertakung kerana menahan marah yang ditanggung.
Adham kini duduk di tepi meja berhadapan dengan Suljia sambil tangan disilangkan kedada paras mereka kini sama. “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga akan buat awak sukakan saya.” Suljia kini hilang punca, tak tahu apa yang perlu dikatakan lagi, bercakap dengan Adham samalah juga dia bercakap dengan tiang kayu. Keras dan susah hendak lentur!.
“Good!. Awak diam maksudnya awak setuju, So bagi tau abah awak pasal rombongan hujung minggu ni, kalau awak berkeras juga saya akan guna cara kotor.” Tanpa meminta pamitan Suljia terus keluar menuju ke pintu lif.
“Dasar komunis!!!” berbakul sudah sumpah seranah Suljia kepada Adham.
“Aik! Adik kenapa muka monyok ni?.” Sujian abang Suljia menegurnya ketika memasuki rumah.
“Errr... tak ada apa along, panas je.”
“aik? Kalau tau panas napa tak bagi tau along, boleh juga along singgah ambil.”
“tak apa lah along.” Sengih ditarik tinggi.
“ha! Adik awal balik...” abah pulak menegur.
“ha a, abah, dapat keluar awal tadi.”
“tadi abah dapat panggilan dari boyfriend Adik, dia kata nak hantar keluarga dia merisik Adik hujung minggu ni.” Pap! Bagai baru terjaga dari tidur. “Mangkuk punya mamat!!! Berani-berani dia telefon abah aku!.” Hati Suljia bagai disimbah minyak tanah bila mendengar perkabaran itu.
“Adik kenapa diam?.” Teguran dari abang Longnya menyebabkan dia kembali kealam nyata. “Takkan dah berangan naik pelamin kot.” Suljian masih giat mengusik Suljia. Rasa bersalah timbul dihati Suljia melihat abang dan abahnya begitu gembira mendengar perkhabaran itu. Hendak menceritakan hal yang sebenar dia takut nanti Adham mengotakan katanya, untuk memaklumkan sebab idea iklan itu tercetus dia takut abahnya akan mengamuk sakan dan pergi ke pejabatnya dan mengerjakan Sur Shuk. Akhirnya Suljia hanya senyum saja memandang ke arah abang dan abahnya.
“Nape Adik tak pernah cerita yang Adik dah ada special?. Kesian cikgu Kusairi, akak ingat nak kenalkan dekat Adik.” Isteri kepada abang long nya mencelah. Abah dan abang Long senyum bagai nak koyak. Bukan Suljian tak nak isterinya mengenalkan adiknya dengan cikgu Kusairi duda anak dua tu, tapi dia rasa adiknya masih boleh dapat yang lebih baik. Takkan adiknya yang comel lagi belum berpunya ni nak bagi dekat duda anak dua?... belum terlewat untuk mendapatkan yang lebih baik.
“errr... segan nak cakap.” Hanya itu yang terluah. “adik naik atas dulu ya.” Dengan muka yang dah tukar warna sifat malu-malu dan gabra, Suljia melajukan langkah.  
Suljia menghempaskan tubuhnya di atas katil setelah pintu ditutup, ada sedikit rasa pelik dengan tingkah abang Long dan abahnya, mereka tak seperti selalu bila dia mula berkawan “kenapa abah dan bang Long tak tanya apa-apa pasal mamat tu ea?. Jangan-jangan dia dah buat cerita tak?. Tapi kalau askar komunis tu buat cerita, takkan abah tak marah aku?. Haisss!!!” malas untuk berfikir Suljia mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.
Hari yang ditunggu telah tiba, gelak tawa bagai nak pecah rumah, Suljia di dapur hanya duduk dekat meja makan, nak membantu tetapi ditegah, muka dah monyok, tapi comel tetap ada.
“Apa ni umi?, dah lah paksa orang pakai baju, make up macam nak pergi majlis kahwin, orang nak tolong pun tak bagi, boring la macam ni. baik adik naik atas sambung tidur.” Suljia sudah berkira-kira untuk naik ke biliknya, tiba-tiba nama uminya dilaung dari ruang tamu, mencicit uminya keruang tamu.
“Mana adik uminya, bakal besan nak melihat.” Senyuman di lemparkan kepada yang dimaksudkan. Umi melaungkan nama adik, jantung Suljia bagaikan hendak luruh. Semua mata tertumpu padanya tika ini, Suljia mengambil tempat duduk di tepi uminya.
“Lawa budaknya ye bang.” si isteri berkata
“Patutla si abang nak cepatkan tarikh.” Si suami pulak berkata.
“Jadi macam mana Mukh?. Kira jadi la ni ye. Abah dan uncle di depan gelak, umi dan untie pun ikut sama, Suljia masih statue tak gerak-gerak.
“kena tanya tuan nya abang haji.” Abah pulak menjawab.” Tapi kalau dah diam-diam ni orang dulu-dulu kata setuju la tu. Serentak itu rumah gamat dengan ketawa, abah dan uncle jabat tangan, umi dan auntie pun turut sama, lelaki? Ya lelaki yang ada sebelah auntie pun jabat tangan abah dan umie siap cium tangan lagi.
“aik? Adik pergi lah salam dengan bakal mertua tu.” Suljia bagai tersedar dari tidur mendongak memandang wajah orang yang dimaksudkan. Tangan di hulur mencium tangan keduanya, “ha! Yang hujung tu tak yah salam.” Si uncle tadi bersuara. “nanti masa nikah baru salam dia.” Rumah penuh dengan gelak tawa. Auntie datang dekat, sebentuk cincin emas bersalut emas putih dikeluarkan lalu disarung kejari manis tangan kiri Suljia, cantik! Nampak seperti ditempah khas.
“ini tanda ikatan pertunangan telah terjalin, auntie harap semua berjalan dengan lancar.”


Itu cerita dua bulan yang lalu, kini majlis nikah telah selesai, penat melayan tetamu masih terasa, kaku Suljia bila ternampak tubuh seorang lelaki sedang lena di atas katilnya tanpa memakai baju. Suljia dah seram sejuk, almari dibuka selimut dikeluarkan, namum belum sempat selimut dibentangkan diatas lantai tiba-tiba namanya dipanggil.
“baby....” ya sejak nikah itulah nama panggilan yang diberikan oleh si suami.
“Come, si suami menepuk tilam di sebelahnya sebelum menghulurkan tangannya. Walau hati rasa berat namun untuk tidak menghampakan si suami Suljia tetap menyambut huluran tangannya.
“Kenapa baby macam takut-takut dengan abang?” si suami bertanya.
“Errrrr.... tak adalah, perasaan awak je tu.” Suljia berdalih. Ketawa kecil tercetus dari bibir si suami. “emmm.. sejak nikah ni baby dah pandai mengelat eah... dah tak macam mula-mula abang kenal, jujur je cakap tak ada coner coner, berani melawan.”
“mana ada, saya cakap betul lah!” Suljia cuba menarik tangannya daripada genggaman si suami. Namum bila saja dia berdiri dan ingin merentap tangannya secara tak sengaja dia terduduk semula bukan di atas tilam tetapi diatas pangkuan suami apabila sisuami tidak mahu kalah dalam acara mari-tarik-tangan. Pelukan diperkemaskan oleh si suami menjadikan tiada ruang buat Suljia meloloskan diri. Sekarang muka mereka separas, sisuami meletakkan dagu di bahu si isteri.
“baby, abang sejuk.” Suljia semangkin bertambah sejuk, cuba membuang jauh fikiran berkenaan tanggugjawab sang isteri terhadap sang suami yang telah halal. Pelukan sang suami semangkin diperkemaskan.
“saya nak turun bawah, haus.” Pendek ayat Suljia dengan harapan si suami akan melepaskannya, namun hanya sia-sia kerana si suami semangkin memperkemaskan pelukan.
“Baby tak payah nak cipta alasan, abang tau baby nak larikan diri kan. Malam ni abang nak baby jadi bantal peluk abang, dah jom tidur.” Selesai sahaja berbicara si suami lantas merebahkan diri dan menarik tubuh Suljia ke dalam pelukannya. Kehangatan tubuh si suami walau menggangu ketenteraman Suljia namun dia tidak dapat menafikan bahawa dia senang dimanjai begitu. Itulah dia Denial Adham, semenjak dia sah menjadi isteri kepada Denial Adham baru dia mengetahui bahawa semua ini adalah rancangan antara abahnya dan bapa mertuanya yang telah kenal lama semenjak abahnya pernah menyelamatkan ayah Adham semasa ayah Adham di rompak. Dan Suljia juga tidak menyangka rupanya abahnya juga mengetahui kisahnya yang sering diganggu oleh Encil Shukry melalui rakan baiknya Zahlia.
Pada mulanya abahnya berjumpa dengan Bapa Adham iaitu En.Mazkir untuk miminta agar tindakan diambil terhadap Shukri ini kerana Encik Mazkir adalah pemilik sekali gus bapa saudara kepada Shukry , namun tanpa diduga Bapa Adham mengambil keputusan untuk menjodohkan Adham kepada Suljia bagi melindungi Suljia seterusnya sebagai membalas budi Mokthar yang pernah menyelamatkannya. Dan rancangan ini akhirnya berjaya namun bukan kerana ingin membalas budi tetapi cinta Adham telah dicuri oleh Suljia.
Pelukan si suami semangkin diperkemaskan bagi berkongsi kehangatan dan menghalau kedinginan malam. Si isteri terus lena di pelukan suami bersama cinta yang yang mula berputik.

Adham “Memang saya gila, gilakan awak dan saya juga akan buat awak sukakan saya.”
Suljia “Saya pun gila, gilakan awak dan awak juga dah berjaya buatkan saya sukakkan awak.”

Malam terus berlalu, meninggalkan cerita yang diciptakan. The rest is history J))
3rd story, need comment please....


IMBAK CANYON

 Assalamualaikum, lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hikin...