Monday, 19 April 2021

IMBAK CANYON

 Assalamualaikum,


lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hiking-hiking dan running-running, tapi untuk hari ini saya mo throwback pasal hiking yang paling latest, hiking di Imbak Canyon (Tongod)

sedikit berkenaan Imbak Canyon ni (by google map)

jarak dari KK ke Imbak Canyon : 301.2KM (5 jam 47 min / 80 ke 100 km/h)
jarak dari Sandakan ke Imbak Canyon : 222.9KM (4 jam / 80 ke 100 km/h)

maksudnya lebih kurang la tengah-tengah KK dan Sandakan.

memandangkan kerja hanya berdekatan (2 jam 30 minute lebih juga la to be exact sebab off road) 

Itinerary perjalanan:

27.03.2021
2:30pm : bergerak dari tempat kerja 
3:30pm : singgah membeli bekalan makanan di pekan Telupid /solat asar
4:30pm : bergerak ke Imbak Canyon 
7:00pm : sampai base camp Imbak Canyon
7:20pm : camp preparation 
8:00pm : briefing by Imbak Canyon PIC 
8:50pm : makan dan tidur 

28.03.2021 
7:30am: mula hiking (3.2km)
11:30am : sampai ke base camp/ makan/ mandi/ packing barang 
1:00pm : bergerak pulang

kami nda mandi sebab air tak berapa deras, jadi kami ambil gambar, pusing-pusing melihat keindahan hutan. 

di Imbak Canyon banyak aktiviti lain selain hiking, trekking, camping dan main air di air terjun. my personal review, Imbak Canyon is one of the best place for stress relief, for those suka nature, suka tangkap gambar-gambar i will recommend this place, untuk fee dan tempahan boleh berhubung dengan administration di Imbak Canyon Tel: +60 87745105 (fee akan berbeza mengikut package dan pengangkutan, sebab mo masuk Imbak Canyon kena guna 4wd. 

next saya akan cerita previous hiking for the 1st and 2nd highest mount dekat Sabah. 




















Saturday, 13 October 2018

Heart & Love

Heart :  hi! Here's the invitation to stay at our 'homeheart'
Love : really? When is effective?
Heart : is immediate effect ma'am.
Love : oh! Really, I'm honoured to be chosen to stay at your 'homeheart'
Heart : our pleasure ma'am, please go to our reception for registration.

Love happily walk to reception for registration. However, ..

Reception : I'm sorry ma'am, but there is no room vacancy, all a occupied.
Love : but I have received the invitation saying that I can stay in homeheart in immediate effect.
Reception : I'm sorry ma'am, it might be some error on that.
Love : so what I'm gonna to do? I have walk for this far.
Reception : you can wait until there is a room vacancy.
Love : but for how long?
Reception : until there is someone checkout but for the meantime, you can wait outside our 'homeheart'.

Love just waits outside the homeheart with the hope she will have a chance to stay inside the homeheart..

: please give some place for love in the heart, cause love place is inside the heart.

SNZ

Wednesday, 10 October 2018

Kesilapan yg terpaksa diteruskan

It's just like a trigger, I asked my colleagues why he put the schedule like that, then he just laughs and said 'Itu adalah kesilapan yg terpaksa diteruskan', yup! We're talking about the audit schedule which had been rescheduled on the other date, but that word that he used were kept repeating in my mind.. Does that exactly on the real why?

Tuesday, 9 October 2018

When you thought

 

When you thought, but is never.. be like... You want to put your heads inside the sack, 🤭🤭🤭 never ever think you're special.. 😂

Bila rasa itu tidak nyata

Nampak dekat tapi jauh,
Nampak kukuh tapi rapuh,
Nampak yakin tapi kaku,
Nampak senyum tapi palsu..

Dan bila kau bukan diantaranya.. 🤭🤭🤭

Saturday, 1 September 2018

AKU

bila suatu masa, 
bila sudah diam,
bila mungkin akan hilang,
bukan kerana marah,
bukan kerana benci,
tapi masa telah mematangkan diri,

aku,
hanya manusia biasa,
seorang seniman dalam kehidupan,
sebagai pelakon di pentas dunia,
yang masih sering terbabas dari arahanNya..

aku,
bukan pemenang anugerah,
bukan juga tercalon pilihan,
cuma pelakon tambahan dikebanyakkan cerita,
berperanan sebagai imbuhan rasa,

kau,
kenalkan aku jalan cerita,
paparkan aku erti kisah,
walaupun tidak kesemua,
namun aku cukup gembira,

hidup,
tidak semua cerita gembira,
tidak juga hanya cerita duka,
semua teradun menjadi satu rasa,
sebagai bekalan disetiap langkah..

SNZ


Monday, 23 July 2018

Surat Buat Memeh

Memeh,
esok genaplah 4 tahun memeh pergi, 
saya rindu memeh, 
memeh adalah memeh saya, 
memeh adalah kawan saya, 
walau saya bukan anak pilihan, 
tapi saya tetap sayang memeh, 

memeh, 
terimah kasih kerana terima saya, 
terima kasih kerana besarkan saya, 
terima kasih kerana didik saya, 
terima kasih kerana beri ruang saya menumpang kasih.. 

memeh, 
maaf andai saya bukan anak yang baik, 
maaf andai saya tidak mampu, 
maaf andai saya ingkar ,
maaf kerana saya bukan kesayangan..

memeh,
banyak cerita ingin saya kongsi,
banyak rasa ingin saya luah,
tidur disamping memeh,
rambut dibelai oleh memeh,
sehingga mata terlelap,
saya rindu memeh...

memeh,
ampunkan saya,
halalkan kasih sayang memeh berikan,  
tenanglah memeh di sana,
doaku buat memeh semoga memeh di tempatkan bersama orang-orang yang beriman... 

terima kasih memeh...

SNZ

  


Sunday, 27 May 2018

THE VALUE

THE VALUE

I saw something, I just quiet,
There is nothing I can say, 
I just like a parasite on the trees, 
Will be pruned when it's time, 

I'm human, 
I might be greedy, 
I might be selfish, 
I might be possessive,
I want it to be mine only 
because that's is how I feel, 
Thank, rational overcome emotion, 
always stand where I belong, 

love is just like novels,
there is story flow with the ending, 
the happy or unhappy ending, 
some people just read the synopsis, 
some people will sacrifice time to read the story, 

hope will remind as hope, 
when there is no hope, but keep hoping, 
love will remind as love, 
when you love, but there is no love in return, 
is just like you eventually fell in love, 
but there is nobody to pick you up, 

when you know that you fell too deep, 
the only thing you can do is hold it tight, 
hope for the miracle perhaps...  

enjoy the moment while it exists,
cause never knows what will happen in future, 
just be ready, someday it might be only you and yourself...

27052018

Friday, 14 October 2016

Starbuks Coffee

I am not of the kind of cold drink person, but this is my favorite drink!  #moccapralinewithcaramel

Tuesday, 4 August 2015

Jom Kahwin!

“Nanti bila suda besar kita kahwin ya.” Kanak-kanak berambut pendek berkata kepada kanak-kanak lelaki disebelahnya.
“saya tak nak kahwin dengan awak.” Balas kanak-kanak lelaki tersebut.
“kenapa?”  kanak-kanak perempuan tersebut menyoal dengan wajah yang keruh.
“saya nak kahwin dengan perempuan yang sekolah tinggi-tinggi, nak kahwin dengan perempuan cantik.”
“nanti saya belajarlah tinggi-tinggi, nanti saya pakailah cantik-cantik.”
“awak tak pandai, awak tak cantik, baju awak kotor.” Kanak-kanak perempuan tadi melihat pada bajunya, tidaklah kotar cuma warnanya kelihatan kusam mungkin kerana telah hampir dua tahun digunakan.
Itu adalah cerita 21 tahun yang lalu ketika dia masih berada dalam darjah dua. Kanak-kanak perempuan itu adalah Addawiyah Maaruf manakala kanak-kanak lelaki itu adalah Johnson Wong, dan kerana cerita itu juga Addawiyah kini telah berjaya. Bagi sesetengah orang mungkin itu adalah alasan karut yg disimpan  oleh seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun, tapi itulah hakikatnya.
Addawiyah yang kini telah menyandang jawatan sebagai Pensyarah disebuah University tempatan. Addawiyah dan Johnson Wong bukan sahaja menjadi teman semasa di sekolah rendah, tetapi semasa di sekolah menengah dan seterusnya di Universiti. Namun hubungan rapat mereka hanya setakat di sekolah rendah. Atas sebab peningkatan usia remaja menyebabkan telah ada rasa segan pada diri masing-masing, namun bagi Addawiyah, perasaannya terhadap Johnson Wong tidak pernah berubah dia sentiasa mengikuti perkembangannya sehinggalah mereka terpisah kerana Johnson meneruskan pengajiannya di luar Negara. Manakala Addawiyah pula setelah tamat ijazah terus sahaja bekerja sebelum menyambung semula pengajiaannya ke peringkat master.
Sejak mereka meneruskan perjalanan hidup masing-masing, tidak ada lagi cerita yang di dengari oleh Addawiyah, walaupun hakikatnya adalah mudah untuk Addawiyah untuk mendapatkan cerita berkenaan Johnson melalui mamanya kerana mamanya dan mummy Johnson adalah sahabat baik semasa mereka tinggal di taman perumahan dahulu sebelum bapa Johnson membeli sebuah bungalow di kawasan yang berhampiran.

“Add, mama ada benda nak cakap ni, tadi ada mummy Johnson ada call, dia jemput kita pergi rumah dia untuk sambut birthday cucu dia.” 
'cucu? anak siapa mama?' Add bertanya sambil mengerutkan kening, almaklum dia hanya mengetahui abang kepada Johnson yang telah berkahwin iaitu Jeremy, tapi dia tak tinggal di Malaysia, dia berada diluar negara menjalankan perniagaan keluarga mereka di sana, manakala kakak kepada Johnson pula Jennifer baru sahaja berkahwin awal tahun lalu iaitu 4 bulan yang lalu. adik Johnson pula Jessica masih lagi melanjutkan pelajaran di University tempatan. habis tu anak siapa? Add masih berteka teki.
'Anak Johnson.' jawapan ringkas puan Rashida, mama Add menyebabkan nafasnya terhenti seketika, masih cuma mentafsir jawapan mamanya.
'petang nanti teman mama ya.' tak ada jawapan dari ulas bibir Add hanya anggukan mengiyakan, masih terkejut dengan jawapan mamanya. 

Friday, 14 February 2014

Silent

Your smile,
your laugh,
your eyes,
the way you are,
I Kept in my mind, 
Love you in silent,
Sharing the feel with my heart.

Saturday, 24 August 2013

Perang Hati

Mencari tidak terjumpa,
Mengira tidak terbilang,
Mengasih tidak terucap,
Merindu hanya diam,

Siang nanti malam,
Malam nanti siang,

Bintang kelip-kelip,
Bulan bercahaya,
Masa terus berputar,
Ingatan tak pernah pudar..

::Bukan sebuah cerita::

Hokkai transit about 4 hours yg meceriakan, membuatkan aku banyak masa buat part time mengahayal + termenung + mengelamun..

Wednesday, 31 July 2013

Kau Macho Bear Ku

BAB 1
“Apekkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” begegar satu pejabat dengan laungan dari bibir mungil seorang gadis yang kecil molek tak padan dengan suaranya yang nyaring. Dalam masa yang sama diluar bilik gadis tersebut ada seorang lelaki yang tinggi sedang mengatur langkah untuk melarikan diri.
“apa lagi yang kau buat kali ni Zulfieqar?” kak Nora yang kebetulan berada di pantry tempat Zulfieqar menyembunyikan diri bertanya. Zulfieqar tarik sengeh, “saya letak lipas mati enam ekor dalam fail yang saya letak atas meja dia pagi tadi.” Kak Nora hanya menggeleng, kak Hani hanya diam tak berkutik menjadi pendengar, mereka hanya mampu tersenyum mengingatkan perangai Zulfieqar yang suka mengusik satu-satunya pembantunya di syarikat itu.
Zulfieqar adalah ketua bahagian kewangan, manakala Saadah adalah pembantunya, perkenalan Zulfieqar dan Saadah bermula dengan kurang menarik, mereka adalah penuntut dari sebuah institusi pengajian tinggi awam yang sama, Zulfieqar adalah senior kepada Saadah, pada Saadah Zulfieqar adalah pengganggu ketenteramannya selain adalah seorang pembuli. Penderitaannya berakhir setelah Zulfieqar melanjutkan pelajarannya keperingkat Master di Negara British. Manakala Saadah pula setelah menamatkan pengajian diperingkat ijazah terus bekerja di syarikat di mana dia telah menjalankan praktikalnya dahulu.
Namun seperti mimpi ngeri muncul kembali apabila Zulfieqar kembali dalam hidupnya menggatikan En.Zamzuri sebagai Pengurus Kewangan merangkap ketua Saadah. Tanpa dia mengetahui selama ini Zulfieqar adalah anak buah kepada majikannya.
“Zulfieqar!!!” dengan sengeh yang tak lekang dari bibir Zulfieqar muncul di depan pintu bilik Saadah.
“Yes!... ada apa?” Zulfieqar berpura-pura tidak tahu.
“Baik you amik lipas-lipas sebelum I buat sup bagi you minum!.” Bentak Saadah dengan hati yang geram. Zulfieqar tak berkutik, hanya mempamerkan senyumannya, lelaki kacukan Cina Melayu dihadapanya dipandang dengan perasaan yang terbakar. Muka Zulfieqar yang lebih kepada kemelayuan selain kening berkening dan mata sepet dari darah cina.
“emmm... elok juga tu, tak pernah you masakkan untuk I, rasanya elok juga you masakkan lipas-lipas tu untuk I, boleh I nilai you boleh buat bini I ke tak, itu pun kalau you sanggup nak pegang lipas-lipas tu.” Zulfieqar masi dengan tone mengusiknya. Berkata dengan lagak sempoi,  Saadah semakin panas. Zulfieqar jungkit-jungkit kening sambil bersandar di pintu bilik Saadah dengan tangan disilang ke dada.
“You!!!!”
“Ye sayang.....” Zulfieqar masih belum puas.
“I report kat uncle you!”
“my pleasure darling, go ahead..” senyuman masih dipamerkan, bagi Zulfieqar tak ada yang perlu ditakuti olehnya sekiranya Saadah melaporkan kepada pak ciknya, kerana hanya kata-kata nasihat yang akan didengari.
“you ni memang lah!! Benci!.” Saadah terus berlalu keluar dari biliknya, sempat melanggar tubuh Zulfieqar yang elok bersandar dipintu biliknya.
“huyooo!! Ganasnya!!! I like it!” sambil mengenyit mata memandang Saadah, dia juga turut berlalu untuk masuk kebiliknya yang hanya berhadapan dengan bilik Saadah.
BAB 2
“Saadah, masuk bilik I sekarang.” Mendengar laungan Zulfieqar membuatkan Saadah mengeluh.
“apa lagi lah tambi ni nak.” Saadah bermonolog sediri.
Ketika Saadah memasuki bilik Zulfieqar, baru dia menyedari ada orang lain yang berada dalam bilik tersebut.
“So, Adrina kenalkan my assistant Saadah. Saadah kenalkan Adrina wakil dari syarikat Warisan, dia akan berurusan dengan kita berkenaan budget projek kita kali ini.” Saadah dan Adrina berjabat tangan, senyuman berganti. 
Sepanjang tempoh perbincangan, Saadah tekun mendengar tentang usul dan permintaan pelanggan,  Cuma kadang kala sahaja Saadah akan membuka mulut untuk bersuara sekiranya ada yang dirasakannya tidak termaktub dalam kontrak diantara syarikat mereka.

BAB 3
“Eh! Adah, bila sampai? Auntie tak dengar bunyi kereta pun, Adah datang nak jemput Zulfieqar ke?”
“ye Auntie, mana dia? Janji tunggu dekat McD, tapi dah sejam lebih batang hidung dia tak nampak pun.”
“rasanya dia masih tidur kot, tadi aunty dah kejutkan tapi lepas tu dia tak turun-turun lagi, mungkin dia sambung tidur lagi lah tu.”
“ha! Takkan lah dia tidur lagi!.”
“kenapa?, pagi ni ada meeting ke?” Puan Salwa adalah isteri kepada Tuan Cheritia iaitu majikan Saadah merangkap pakcik kepada Zulfieqar, Puan Salwa adalah kacukan Cina Melayu yang beragama Islam manakala Tuan Cheritia adalah seorang mualaf yang berketurunan India tulen. 
“ha’a.. haiss! Tak pernah dia lewat bila ada meeting, dia keluar semalam ye aunty.” Saadah naik pelik dengan kelakuan ketuanya, baginya Zulfieqar seorang yang menepati masa, tapi berlainan pulak hari ini.
“Ha’a! dia kata dia keluar dengan client. Adah pergi tolong aunty ketuk pintu bilik dia dulu.”
Sambil mengorak langkah Saadah bergerak menuju ke tingkat atas. Pintu bilik pertama diketuk. Saadah sudah terbiasa dengan rumah Tuan Cheritia atau nama islamnya Hishamuddin Abdullah memandangkan dia pernah menjadi jururawat terjun untuk Puan Salwa ketika Puan Salwa baru selesai menjalani pembedahan kenser buah dadanya.
Pintuk diketuk perlahan, dari perlahan menjadi kuat, dari ketukan Saadah kini menepuk tapak tangan ke pintu bilik Zulfieqar, bunyi yang dianggap kuat masih tidak mewujudkan tindak balas dari dalam bilik. Saadah naik geram, saat Saadah menampar pintu dengan kuat tiba-tiba pintu bilik dibuka dengan kasar dari dalam.
‘pap’ bunyi yang sedikit lembut tapi pedas menyapa telinga, satu erangan kesakitan bertamu di halwa pendengaran. Mata memandang keatas, tapak tangan selamat mendarat ke muka si penghuni bilik. Terkejut si pelaku, bukan kerana tertampar muka ketua, tapi keadaan si ketua yang tidak sesuai ditonton oleh lapisan yang bukan muhrim.
Saadah menjerit terkejut, manakala Zulfieqar yang hanya ber”boxer” turut sama menjerit memeriahkan suasana “keterkejutan” sambil tangan kanan bersilang di dada tangan kiri bersilang di peha.
Zulfieqar pantas bersembunyi disebalik pintu biliknya, hanya kepala sahaja yang menjenguk keluar.
“Hei! Apa you buat awal pagi depan bilik I ni? Tak malu ke intai I.”
“Apa hei! Hei!?, ingat I kemaruk sangat ke nak intai you yang macam papan keping ni?!.
“What??!!!, you kata I papan keping?!, You!!!” jari telunjuk tajam hampir mengenai batang hidung Saadah, tanda amarah yang hampir sampai kemuncak.
“Memang pun!. Dah! Baik you cepat siap!, sejam lagi ada meeting dengan wakil  dari Syarikat Warisan.
Setelah setengah jam menanti diruang keluarga Zulfieqar siap dengan pakaian kerja, rambut yang masih lembab menampakkan wajahnya yang lebih segar.
Mereka hanya menggunakan kenderaan Zulfieqar untuk ke perjumpaan bersama client manakala kereta Saadah ditinggalkan di rumah Tuan Cheritia. Dalam perjalanan menuju ke tempat perjumpaan tidak ada suara yang terhasil, hanya sesekali Saadah melirik kearah Zulfieqar. Sememangnya Zulfieqar seorang kacukan Cina Melayu yang lebih nampak kemelayuan pada kulitnya, namun bila memandang pada raut wajahnya yang memiliki alis mata yang lentik, kening yang lebat dan hidung yang mancung seringkali menyebabkan orang menjangkan dia adalah darah kacukan Arab. Namun yang nyata dia adalah kacukan Melayu Cina, dari segi darah melayu dia lebih terserlah dari warna kulitnya manakala darah cina yang dimilikinya terserlah dari cara pemikirannya yang cenderung pada angka dan urusan perniagaan selain matanya yang sedikit sepet.
“Apa yang you lirik-lirik dekat I?” suara garau Zulfieqar memecahkan kesunyian.
Saadah yang tersentak dengan soalan dengan tiba-tiba terkaku sebentar sebelum menjawab. “Mana ada!, perasaan you je tu.”
“Yeke tak ada?, atau you tengah rewind balik apa yang you nampak pagi tadi?. Muka Saadah serta merta menjadi panas. Rasa malu menjelma kembali.
“Gila apa I nak rewind pasal you pagi tadi?! Macamlah hebat sangat!, papan lapis tu adalah!.” Saadah menyilangkan tangan kedada sambil membuang pandanganya keluar cermin kereta. Zulfieqar masih tekun memandang jalan, walau dalam hati berbakul perasaan malu terhadap Saadah.
Setelah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan Syarikan Warisan Zulfieqar dan Saadah merancang untuk balik ke pejabat sahaja sebelum singgah ke rumah Tuan Hissamuddin untuk mengambil kereta Saadah. Dalam perjalanan pulang tidak ada yang dibicarakan, tidak seperti perjalanan semasa mereka menuju ke Syarikat Warisan yang dipenuhi dengan pertelingkahan berkenaan isu paparan percuma Zulfieqar. Mungkin kerana perjalanan yang disulami kesunyian membawa Saadah kealam mimpi. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi letupan kecil disusuli dengan kenderaan yang beransur bergerak berlahan sebelum berhenti ditepi lebuh raya.
“kenapa?” soal Saadah sambil terpisat-pisat menggosok mata dengan keadaan sedikit kalut dengan bunyi letupan kecil tadi.
“tayar pancit.” Pendek jawapan dari Zulfieqar dengan keluhan dia keluar dari perut kereta setelah menghidupkan lampu “hazard”
“Saadah yang melihat Zulfieqar membuka tayar dan hanya membantu dengan memayungkan Zulfieqar yang berpanas. Entah mana silapnya pergelangan Zulfieqar terseliuh semasa membuka nut pada tayar keretanya, terdengar erangan kecil dari bibirnya.
“kenapa?.” Saadah menyoal.
“tak ada apalah, You ni dari tadi asyik perkataan kenapa je keluar dari mulut You tu, tak ada soalan lain ke?” Zulfieqar berpura-pura seakan tidak ada berlaku apa-apa pada pergelangan tengannya, ingin meneruskan kerja yang tertangguh namun ngilu di pergelangan tangannya tidak dapat disembunyikan.
“la..., kenapa tangan You? Opss! Silap, mengapa tangan You?” sambil meneliti pergelangan tangan yang sudah nampak sedikit kebiruan. “tangan You terseliuh ni, dah lah tepi biar I je yang tukar tayar.” Sambil tangan Saadah mencapai pembukan tayar.
“eh! Tak perlu, I masih boleh buat lah!” suara Zulfieqar sedikit tinggi. Ego lelakinya perlu dijaga, jatuh air mukanya kalau kenderaan lalu lalang nampak perempuan yang tengah tukar tayar, sedangkan yang lelaki hanya berdiri memerhati.
“You ni ego melangit tak bertempat betul!, tangan You tu dah nak bengkak, apa? You ingat I tak pandai tukar tayar apa? Ingat la sikit, I ni ada lesen dan ada kereta juga! Dah lah tepi sebelum I ketuk tangan You dengan pembuka tanyar ni. Jangan nak layan ego You tu, I tengah lapar ni, kalau lambat tukar kang You yang I makan!” Dengan muka tak puas hati Zulfieqar menjarakkan dirinya dari tayar kereta, takut dengan kemungkinan yang tangannya akan diketuk oleh Saadah, dia ni nama je perempuan tapi ganas macam gangster, sukar dijangka!.
Tak sampai 15minit tayar telah ditukar. “Fuh! Laju jugak minah ni tukar tayar.” Zulfieqar bemonolog sendiri sambil memerhati Saadah mengumpul peralatan pembuka tayar tadi untuk dimasukkan kedalam bonet kereta.
“dah lah cepat masuk! Saadah mengarahkan Zulfieqar sementara dia telah masuk kebahagian pemandu. Zulfieqar hanya menurut kerana malas mahu bertekak ditengah panas.
Zulfieqar hanya mendiamkan diri disepanjang perjalanan, malu! Segan! Semua bercampur aduk, entah macam mana dia boleh terseliuh semasa membuka tayar tadi, buat malu kaum saja.


BAB 4
“Eh! Zulfieqar! Apa jadi dengan tangan kamu ni ha?”  setibanya di rumah Zulfieqar terus sahaja diserbu dengan soalan daripada Aunty Salwanya. Tangannya telah siap berbalut, mereka telah singgah di klinik swasta semasa dalam perjalanan balik tadi. Itu pun atas desakkan dan ugutan daripada Saadah yang ingin mengetuk tangannya dengan payung yang disimpan di tempat duduk penumpang. Dasar penakut! Saadah hampir saja tergelak bila memikirkan kejadian di klinik tadi.
“Terseliuh Aunty.” Saadah menjawab bagi pihak Zulfieqar apabila melihat Zulfieqar tidak terus menjawab soalan aunty Salwa.
“la, macam mana boleh jadi ni?” lagak risau terpamer pada wajah aunty Salwanya. Mana tidaknya Zulfieqar umpana anak kandungnya sendiri.
“ada orang tu mungkin terkenangkan orang dekat Syarikat Warisan tu aunty sebab tu masa buka tayar sampai terseliuh.” Saadah sengaja ingin mengenakan Zulfieqar, Zulfieqar celik mata melihat Saadah dengan gembira tayang sengeh jahat.
“Adah, You tak nak balik ke? Kerja dah selesaikan, so apalagi balik office buat report pasal tadi.” Seboleh Zulfieqar tak mahu Saadah memulakan cerita imaginasinya kerana dia pasti auntynya tidak akan berhenti menyoalnya kelak.
“Eh! Jangan balik dulu Adah, Aunty dah masak lebih tadi, mari makan sama baru balik office, lagipun Saadah dengan Zulfieqar belum lunch lagi kan.” Aunty Salwa mengajak Saadah setelah melihat Saadah yang suda berura-ura ingin pulang. Saadah tarik sengeh menang apabila dia dipelawa oleh Aunty Salwa sendiri. ‘hu! Hampe punya boss, dahlah tak sempat singgah makan sebab nak bawa dia ke klinik, ajak makan tak pula, halau balik lagi adalah!, Aunty Salwa terbaik!.’ Saadah bemonolog sendiri sambil mengorak langkah kemeja makan.
dimeja makan mereka hanya menikmati makanan yang disajikan dengan tenang, sesekali Zulfieqar melirik kearah Saadah yang lebih santai makan menggunakan tangan. Selama dia mengenali semula Saadah, ada satu perkara yang dia suka pada diri Saadah iaitu Saadah menjadi dirinya yang sebenar walau berhadapan dengan orang yang baru dikenalinya tidak berpura-pura untuk menjadi orang lain.


BAB 5
sehari suntuk Zulfieqar memerapkan diri di rumah setelah diberikan cuti sakit selama 3 hari oleh pihak klinik, ingin keluar dia pula berasa malas memandangkan pergelangan tangannya masih lagi sakit, semuanya disebabkan Saadah, kalau tak dijajahnya cerita yang dia mendapat cuti sakit selama tiga hari kepada Tuan Hissamuddin tak adanya dia akan berada dirumah tika ini, dia masih boleh bekerja dengan dihantarkan pemandu mereka. Namun apakan daya Tuan Hissamuddin lebih sayangkan dia sebagai anak saudaranya dan inginkan dia berehat di rumah mengikut nasihat doctor.

langkah diatur ke meja kerja, sedar tak sedar Zulfieqar telah pun “login” ke dalam laman sesawang Facebook. Sudah lama dia tidak berkunjung ke laman sesawang tersebut memandangkan hari-harinya dipenuhi dengan kerja-kerja yang tak surutnya.
dalam melayari satu demi satu “status” rakan-rakan lamanya dari sekolah menengah sehingga rakan seuniversitinya tiba-tiba hatinya terdetik untuk melihat apakah aktiviti Saadah, pastinya Saadah mempunyai akaun laman sesawang Facebook memandangkannya seorang yang gemar berkata-kata.
‘dia guna nama apa eh?’ Zulfieqar bermonolog sendiri sambil mengetuk dagunya dengan jari. Akhirnya Zulfieqar mencuba dengan menggunakan nama penuh Saadah. ‘Shazwadiatul Saadah’ butang ‘search’ di tekan, menanti process pencarian dan akhirnya tertera nama ‘Shazwadiatul Saadah’. Sengih jahat terpamer, ingin melihat profile Saadah tapi malang! Hanya untuk teman. Hatta masej juga tidak boleh, akhirnya Zulfieqar menghantar pesanan ‘friend request’ setelah  hampir setengah jam menunggu Saadah masih belum menerima permohonan teman daripada Zulfieqar, entah mengapa hatinya geram. Akirnya Zulfieqar menghatar pesanan ringkas kepada Saadah memaklumkan kepada Saadah untuk menerima ‘friend request’nya.

manakala disebelah sana pula Saadah telah menerima masej ‘friend request’ daripada Zulfieqar, tetapi Saadah tidak merasa ingin menambahkan Zulfieqar dalam senarai kawannya, ‘nanti aku nak luahkan perasaan atau nak kutuk lebih-lebih pun susah.’ Saadah terlebih dahulu mempertimbangkan kesan-kesan terhadap penerimaan permohonan teman daripada Zulfieqar. Walaupun masej pesanan ringkas telah dihantar oleh Zulfieqar yang lebih kepada ‘Arahan’ untuk menerima permohonan teman dalam akaun laman sesawangnya namun dia tetap tak endah, hanya meneruskan perbualan ‘chattingnya dengan bekas teman persekolahannya dulu.
Setelah hampir sejam lebih Zulfieqar menanti akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi terus kepada Saadah. Blackberry dicapai nama Saadah dicari, punat hijau ditekan dan menantikan jawapan dihujung sana. Saadah yang tika itu masih leka melayani cerita dari teman-temannya terhenti dari meneruskan kegiatannya. Telefon Iphone4 dicapai melihat nama sipemanggil menyebabkan dia malas untuk menjawab, tapi disebabkan takut ada urusan kecemasan akhirnya butang hijau ditekan.

“apasal tak terima ‘friend request’ aku?. Tu dia! Bila da keluar ayat kau aku tu maksudnya dia dalam angin yang panas!. Saadah hampir tergelak. ‘la, pasal tu je ke dia nak call aku?’ Saadah bermonolog sendiri.
“Assalamualaikum Encik Zulfieqar.” Saadah sengaja melewatkan untuk menjawab pertanyaan Zulfieqar.
“Waalaikumsalam!” dalam malu Zulfieqar tetap menjawab salam Saadah.
“cepat la accept aku!. Zulfieqar sudah masuk tone memberi arahan.
“buat apa nak accept kau?.” Saadah tak ada hati untuk mengalah. Bukan office hours lah kalau nak merasa dihormat!.
“oh! Kau taknak accept eh?, ok taka pa esok aku bagi tau tuan Hissamuddin yang kau panggil dia TAMBI, aku akan bagi tau dia depan semua staff biar kau rasa!.” Zulfieqar dah tukar tone mengarah kepada tone mengugut.
“Hoi! Mana boleh! Ni dah kes ugut!.” Walau Saadah merasakan Zulfieqar tak akan melakukannya namun kearangkaliannya tetap ada, diulang! Kebarangkalian sama macam yang ada dalam subjek math modern. “macam budak-budak!.” Saadah terus menamatkan talian. Butang accept friend ditekan. ‘binawei punya manusia!’ hanya itu yang mampu disebut oleh Saadah setelah butang accept ditekan. Namun sebelum “logout” dari akaun laman sesawang Facebook tiba-tiba Saadah mendapat idea untuk memuat naik status barunya. Sengeh jahat terpamer.

+aku sangat gembira hari ni sebab si mata sepet tak kerja… aman dunia! ^_^V

setelah itu Saadah terus logout.
Zulfieqar yang pada masa itu sedang meneliti Wall Saadah bagai tercekek dengan status baru Saadah. “Kurang asam punya budak pendek! Dia panggil aku sepet?.” Zulfieqar memicit kepala untuk memikirkan cara untuk mengenakan Saadah, tiba-tiba senyuman terpamer. Sesuatu di taip pada Wall Saadah. Esok akan kau rasa! Senyuman jahat masih terpamer.

+Sleep tight syg, jgn lupa mimpikan abg, love you!

keesokan paginya Saadah tiba awal di pejabat, Zulfieqar masih lagi ada sehari cuti sakit. Oleh kerana masih terlalu awal untuk memulakan kerja, Saadah membuka laman sesawang Facebook hanya untuk memuat naik status barunya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hampir jatuh rahangnya melihat status Zulfieqar yang dimuat naik di Wallnya, terdapat banyak ulasan daripada status yang telah dimuat naik oleh Zulfieqar, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang memuji ketampanan Zulfieqar melalui gambar profile yang digunakan dan tak kurang juga ada antara temannya yang berkecil hati sebab cuba menyembunyikan statusnya.
Saadah kaku tak tahu nak kata apa. Nombor Zulfieqar di dail, menunggu jawapan dihujung sana. Apabila panggilan dijawab Saadah terus sahaja melancarkan serangan.
“baik kau explain dekat member aku dengan apa yang kau dah post dekat wall aku sebelum aku naik hantu!” Saadah dah rasa geram.
“aku nak explain apa?. Zulfieqar buat bodoh walau hakikat dia tahu apa yang membuatkan Saadah marah. ‘biar kau rasa!, selalu aku yang kena.’
“anyway lain kali bagi salam dulu sebelum nak tanya apa-apa, Assalamualaikum.” Zulfieqar terus menamatkan panggilan tanpa sempat Saadah menjawab.


BAB 6
hari bergati hari, akhirnya pertelingkahan mereka berlanjutan didalam laman sesawang, tanpa sedar pertelingkahan ini juga yang telah merapatkan hubungan mereka , dari musuh tradisi menjadi rakan baik, walaupun bertelingkah, namun bagi Zulfieqar ia lebih kepada bertelingkah mesra. Sehinggalah pada satu ketika Zulfieqar telah dihantar untuk menguruskan projek di Bali, Saadah tidak dapat turut serta atas sebab dia juga perlu membantu untuk mengendalikan projek yang ada di Malaysia. Mungkin atas sebab talian internet yang tidak mengizinkan atau kesibukan yang membatasi jadual harian menyebabkan Zulfieqar telah lama tidak melawati akaun laman sesawangnya. Dan ini menjadikan malam-malam kebiasaan Saadah yang ditemani usikan-usikan Zulfieqar menjadi sunyi.
Saadah melangkah keserambi rumah, melihat panorama malam yang dihiasi bulan dan bintang, terdetik hatinya ‘adakah tika ini kita melihat pada dada langit yang sama?’ satu keluhan dilepaskan, senyuman tersungging dibibir, sambil menggeleng kepala, Saadah melangkah masuk kebiliknya. ‘kau dah gila Saadah’ Saadah bemonolog sendiri mengenangkan dirinya sejak akhir-akhir ini sering teringatkan Zulfieqar.

setelah hampir sebulan setengah dirantau orang akhirnya Zulfieqar kembali. Tidak ada yang berubah, Cuma sejak pulang dari Bali Zulfieqar sudah jarang melawati akaun Facebooknya. Kadang-kala Zulfieqar kelihatan sedang online, tapi tidak pernah untuk memberikan kometar terhadapa status-statusnya lagi. Ingin bertanyakan sendiri tetapi dia merasakan seperti tidak ada kepentingan sehingga dia perlu bertanya, akhirnya ia perkara itu hanya dibiarkan sahaja. Sehinggalah pada satu hari Zulfieqar telah memuat naik statusnya yang dirasakan sedikit berbaur mesra.

Zulfieqar : +Kehadiranmu mengisi kekosonganku  AS
J

Saadah yang tidak menaruh curiga memberikan kometarnya.

Shazwadiatul Saadah: -ehem-ehem, boss.. dalam hati ada taman ea?
Tiba-tiba ada satu lagi kometar dari seseorang yang Saadah tidak kenali.


Adrian Shafyna: *thanks kerana menjadi sinarku.

Zulfieqar: ku mampu menyinar kerna kau sumber tenagaku.
J

melihat namanya saja menyebabkan tubuh Saadah seakan lumpuh, adakah benar bagai diduganya? Zulfieqar telah ada seseorang yang istimewa? AS ataupun Adrian Shafyna? Adrian Wakil Syarikat Warisan? Saadah hanya mampu kaku dihadapan computer ribanya, dunia terasa bagai terhenti.
sejak kejadian itu Saadah seperti ingin menjauhkan diri. Dengan hanya beralasan sibuk kerana membantu projek dipinggir kota. Zulfieqar juga sudah jarang bertanyakan khabar, samaada melalui Facebook ataupun melalui pesanan ringkas, semantalah Saadah juga tidak lagi aktif melawati akaun Facebooknya.
hari berganti hari, akhirnya Saadah perlu akur bahawa hatinya kian parah, walau hakikat di hatinya terpatri kasih terhadap Zulfieqar, namun dia perlu mengerti bahawa bukan dia dihati Zulfieqar.
langkah paling berat telah diambil, Saadah akan berhenti kerja dengan alasan untuk bekerja ditempat yang lebih dekat dengan kampung halaman agar mudah untuknya melawat orang tuanya, walau permintaannya adalah berat bagi majikan yang telah mempercayainya, namun mereka akur dengan permintaan Saadah.
hanya menitipkan nota ringkas kepada Zulfieqar dihari terakhir dia ditempat kerjanya memandangkan Zulfieqar bercuti untuk membuat persiapan pertunangannya bersama Adrian.

“semoga senyummu kan kekal diwajahmu”

Saadah ^_^V

BAB 7
sambil duduk dipangkin dihalaman rumah, Saadah merenung ke dada langit sambil bermonolog sendiri. ‘kita mungkin merenung dada langit yang sama, namun kita berpijak ditanah yang beza’. Saadah memejam mata, merasa lembutnya angin malam menyapa tubuhnya seperti mengerti perasaan sedihnya. Akhirnya air mata yang sekian lama ditahan mengalir juga. Gambar profile Zulfieqar yang diambil dari profile Facebook ditatap lama, gambar yang menimbulkan isu usikan Saadah terhadap Zulfieqar kerana Zulfieqar menyisipkan keychain bear dipoket seluarnya. Kata Saadah tak padan lagak macho tapi simpan keychain bear. Walaupun gambar itu menjadi isu usikan Saadah, namun gambar itulah yang sering menjadi tatapan Saadah dikala rindu, dan saat ini gambar itu tetap setia menjadi pengubat rindunya. Sesuai dengan tajuk gambar yang diletakkan untuk gambar Zulfieqar “Macho Bear”. Saadah meletakkan skrin telefon bimbitnya kedada sambil bergumam “kau kan tetap Macho Bear dihatiku.”


***hakikat hidup tidak ada yang sempurna, pasti ada pahitnya untuk nikmati manisnya.

Saat sayang mekar dihati,
Cinta pula sudah berpaling,
ku terima dengan redha ini,
walau hatiku patah umpama ranting.

saat kasihku sudah pasti,
hatinya pula suda dimiliki,
ku doa kau sepenuh kasih,
bukti ku sayang ku undur diri.

mungkin ending tak seindah di pinta, tapi ketahuilah hidup tak seringnya indah. ^_^V
enjoy reading my 5th short story **** Sharp 2:04am Wednesday - 2 November 2011****
ulasan dialukan.. thanks, shiea-shiea, syukran!!



IMBAK CANYON

 Assalamualaikum, lama nda timbul, lama nda menulis atau berpuisi, bukan apa sebab mood nda ada, okay this time kita cerita pula pasal hikin...