Panas
terik membuatkan peluh setia memunculkan diri dari celahan liang roma, “mak oi!
Panas gila betul hari ni.” Syaqila bermonolog sendiri. Semenjak ketiadaan
orang-orang bawahannya Syaqila terpaksa melakukan kerja-kerjanya sendiri
sementara pihak pengurusan sedang mengatur seorang pekerja dari operating unit
yang lain bagi membantu kerja-kerjanya.
“kak
Qil, boss panggil akak” Fammy kerani bertubuh kenit memanggilnya. “pulak da…
apa lagi dia nak ni?! Da la kerja aku belambak belum siap” Syaqila bermonolog
sendiri. Keadaan yang kelang kabut begini membuatkan suhu kemarahannya cepat
naik.
“yes
boss, boss cari saya ka?”
“yes,
saya mau tanya sama you, siapa yang you mau ambil kerja sama you sementara kita
cari orang baru and dari operating unit mana?” Mr Yap dengan logat cina
bertanya kepada syaqila. “pulak da! Aku minta dorang cari orang dari operating
unit lain aku juga yang kena tentukan dari mana dan siapa, adeh mak datuk!
Kalau aku tau macam ni baik aku atur sendiri.” Syaqila beristigafar dalam hati
bagi meredahkan suhu kepanasan hatinya.
“errr…
bos, saya just kenal pekerja dari central operating unit saja, saya cadangkan
bos ambil Rinto lah bos, sebab dia da lama kerja bahagian Lab so senang sikit
nak buat kerja, tak payah nak ajar lagi.” Syaqila tanpa berfikir terus saja
memberikan nama, apa nak buat da terdesak, lagi pun itu je makhluk yang dia
kenal yang kerja bahagian yang sama dengannya Cuma dari operating unit yang
lain, harapan Syaqila semoga makhluk tu nak juga kerja sementara dekat sini.
“ok,
saya akan ask there boss kalau dia boleh bagi “pinjam” that boy here, sementara
kita cari org” Mr Yap dalam logat cinanya menerima cadangan Syaqila. “Fuh! Lega
beb! Bukan senang nak berbincang dengan manager ni, banyak sangat songehnya”
sambil meminta diri dari bilik pengurus Syaqila bermonolog sendiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
1
Julai 2008
“Qil,
akak ada hadiah sempena birthday Qil ari ni” kusss semangat mau terloncat
Syaqila dibuatnya, kak Alice yang juga ketua kerani dioperating unit tempat
Syaqila bekerja hanya tersengeh melihat riaksi Syaqila yang terkejut dengan
kedatangannya yang tanpa salam masuk ke bilik makmal.
“kalau
ya pun akak bagilah salam, kang Qil mati terkejut sapa nak urus? Qil belum buat
wasiat lagi ni” Syaqila dalam bergurau memberi ingatan. Dah nasib badan memang
dia jenis cepat terkejut.
“yela,
yela, akak nak bagi hadiah birthday Qil ni, ni hadia paling besar yang Qil
dapat tau, mesti Qil tak pena dapat hadiah sebesar ini” sedetik… dua detik…
tiga detik… “ taraaaa…. Ni dia pembantu sementara Qil dari central operating
unit” dup…dap…dup…dap… oppssss !!!! stop! Alahai mak datuk ketaq la pula… Macam
tak percaya ni bukan Rinto tapi ni in charge Lab kat central operating unit.
“kak,
napa bukan Rinto yang kena hantar kat sini?” fuh nasib baik suara aku tak segan
lagi nak keluar.
“Rinto
ada masalah sikit, jadi dia tak dapat bantu Qil, tu pasal manager central
operating unit hantar dia datang, ok lah akak nak keluar dulu, selamat
bekerjasama” Syaqila hanya menghatar kak Alice dengan pandangan saja. Nak
melompat pun ada, nak ketawapun ada, nak senyum pun ada, hehehe… mana taknya
Syaqila da lama minat kat mamat sorang ni, orangnya kurus tinggi ntah berapa
kaki tinggi tapi Syaqila paras bawah telinga lelaki ni je. Muka dia baby face,
rambut belah tengah, tapi macam da jadi fasyen belah tengah terpaksala pula,
mungkin sebab rambut dia da panjang kot. Dan yang paling Syaqila gila sangat
kat mamat ni adalah matanya, hehehe…. bulat macam garlfield but kuyu. Bulu mata
lak lentik dan panjang, kening lak fuh! Macam ada kacukan arab la pulak lebat
bed, di pendekkan cerita bahagian mata mamat ni la bagi Syaqila menjadi daya
penariknya. Karektor lak tak tau lagi, sebab Syaqila just pandang dari jauh je
mamat ni, pernah juga terserempak kat luar tapi mamat ni tak kenal dia pun,
Syaqila je yang kenal dia. But first impression Syaqila mamat ni seorang yang
pendiam.
“kak,
boss panggil akak dengan pembantu baru akak ni.” Tu dia siapa lagi kalau bukan
Fammy si tubuh genit yang menghantar pesanan bak burung merpati menghantar
utusan, tapi dia tak terbangla dia jalan je, dan dia tak guna surat ikat kat
kaki macam burung merpati dia cakap terus je… hehehe…
“
ok la, nanti kak pegi” setelah Fammy berlalu Syaqila menyambung tugasnya
menyiapkan laporan, “alang-alang dah nak jumpa bos baik siapkan laporan yang
memang kena hantar kat dia ni sekali jadi tak la asyik nak masuk bilik dia je”
Syaqila hanya membiarkan mamat tu menunggu dia sementara dia siapkan kerja yang
tinggal sikit ja lagi nak siap.
“jom
Ryan, ikut aku jumpa bos” selesai Syaqila membuat kerja dia terus mengajak
mamat tu pergi jumpa bos.” Muka terkejut? Hehehe… dia mungkin tak tau Syaqila
da tau nama dia dia. “kenapa tak gerak lagi?, ok lah nama aku Syaqila panggil
aku Qil ja, dan kamu ND Ryan kan.” Pulak apasal mamat ni suka kedip-kedip mata
eh? Da tabiat kot.
“ya!”
pendek dan terlebih padat jawapan daripada Ryan. Tanpa menunggu lebih lama
mereka beriringan berjalan menuju ke bilik pengurus. Pintu diketuk, setelah
mendengar laungan dari dalam menyuruh masuk mereka pun masuk.
“morning
boss.” Sapa Syaqila tanda hormat kepada tuannya.
“morning
Syaqila, so kamu suda kenal antara satu dengan yang lain? Pengurus Syaqila
bertanya dalam logat cinanya.
“nama
da tahu bos.” Pendek saja jawapan Syaqila.
“ok
tak apa, so ND Ryan, this my Lab Assistance Syaqila, segala kerja you kat sini
akan dia conduct, mungkin cara kerja dekat central unit dengan kilang sini tak
sama tapi tak jauh beLiza lah.” Ryan hanya tekun mendengar taklimat ringkas
tentang kerjanya daripada Mr. Yap yang juga pengurus kilang. “you akan kerja di
sini selama dua bulan sementara kami cari pekerja baru dan you ajar mereka, ok!
Coz syaqila akan sibuk dengan projek persijilan yang akan diaudit dalam sebulan
setengah ni” setelah selesai berbicara Syaqila dan Ryan pun keluar.
“dah
berapa lama Ryan kerja kat Central unit?” Syaqila memulakan bicara sambil
melakukan tugasnya setelah merasakan kejanggalan wujud antara mereka di ruang
makmal.
“tiga
tahun lebih, tapi kat makmal ni baru lagi, tak sampai setahun pun.” Bagai nak
luruh jantung Syaqila, mak ai! Cutenya suara dia. Suara jantan juga la but
lembut tuturnya. “Qil pula da berapa lama keja kat sini?” ceh wah! Macam
berbalas pantun la pula.
“tujuh
tahun, enam bulan, satu hari. Hehehe…”
“detailnya
masa!” Ryan bagai tak percaya dengan jawapan Syaqila.
“yup!
Coz aku masuk sini 1hb januari 2001.” Sambil tersengeh Syaqila menjawab.
“ooo…
kamu belajar sampai SPM ke?”
“tak,
saya ada diploma in engineering.”
“napa
tak jadi engineer ja?”
“tak
da rezeki, lagi pun susah nak dapat kerja kalau memilih.” Dalam serius Syaqila
mengangguk juga. Tak heran la biarpun dia dibayar gaji hari tapi meletup,
rupanya qualification dia tinggi juga.
“ok
la, buat sementara ni kamu akan makan dekat kantin dan ditanggung makan ok,
tiga kali, sarapan, lunch dan dinner. So ada apa2 lagi yang Ryan perlukan?”
“Errr…
saya tak da bawa bantal dan cadar lah, boleh tolong bagi pinjam saya tak?”
dalam malu Ryan berkata.
“oklah
memandangkan Ryan sudi datang sini tolong Qil kerja, so Qil akan tolong sedia
mana yang boleh ok, tapi bukan sekarang la, petang sikit ya, lagi pula bukannya
Ryan nak tido sekarangkan” Ryan hanya menjawab “ok” sambil tersengeh mungkin
sebab terkena sedas dari Syaqila.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
hari
demi hari terus berlalu, hubungan Syaqila dan Ryan terus bertambah mesra.
Sekarang Ryan adalah pekerja tetap di syarikat Medium unit tempat Syaqila
berkerja merangkap sebagai pembantu Syaqila. Dijadikan cerita Syarikat Syaqila
telah menggunakan satu system untuk memudahkan pihak atasan yang berada di HQ
Kuala Lumpur dan HQ singapura memantau kerja-kerja setiap unit. Memandangkan
sukar untuk mencari backup untuk melakukan tugas-tugas tertentu maka Syaqila
telah meminta pengurusnya untuk menukarkan terus Ryan ke Medium unit.
“Ryan,
aku nak Tanya kau sikit boleh tak?” suatu petang yang aman permai Syaqila
memberanikan diri bertanya tentang status Ryan.
“boleh,
apa kau mo Tanya?”
“kau
sudah ada girlfriend ka?” fuh! Loga rasonyo, terkeluar juga soalan. Dalam
serius Ryan menjawab juga.
“siapa
la yang suka dengan aku ni?, pemalu, pendiam.” Sebenarnya soalan ini bukan baru
sekali Syaqila ajukan kepada Ryan, dah banyak kali da, sampai skrip jawapan
Ryan pun Syaqila dah boleh hafal. Tapi nak percaya tu susah lah. Bukan apa Ryan
ni tergolong dalam golongan lelaki yang berpotensi ada awekssss.
“pulak
da? Mustahil la pulak, kau cukup syarat apa jadi lelaki idaman wanita.” Syaqila
masih berusaha untuk memancing Ryan.
“Betul
bah, mana ada girlfriend aku.” Ryan tetap mempertahankan jawapannya. Dalam hati
Syaqila dah tekad “kalau begini aku memang ada peluang. Hehehe…” Syaqila kini
yakin dengan jawapan Ryan.
Dan
pada tika itu bermulalah adegan ambil berat Syaqila terhadap Ryan. Happy jangan
nak cerita, siapalah tak happy kalau dapat jaga lelaki idaman hati. Tapi dalam
kegembiraan timbul juga kerisauan dalam hatinya, pengalaman pertama menyintai
seorang lelaki yang akhirnya tersadai tanpa haluan dahulu kadang kala
menghantui fikirannya. Anwar, nama yang sentiasa dihatinya, walaupun dia berada
jauh dimata, namun hakikatnya namanya tetap dihati.
Namun
apakan dayanya, keikhlasannya menyayangi dibalas kerapuhan bicara jujur, dan
dia berharap tidak untuk kali ini.
Syaqila
mengalih pandang kearah tempat duduk Ryan. “Ryan, kenapa dengan kau?” Ryan
kelihatan bagai tak bermaya sekali, dahinya disentuh oleh Syaqila, sah! Ryan
demam, “kau da makan ubat?” Syaqila masih lagi menyentuh dahi Ryan, hanya
gelengan jawapan dari Ryan. Syaqila mengatur langkah menuju ke mejanya
mengambil panadol soluble, setelah menyediakan ubat tersebut lalu disua kepada
Ryan. Ryan seperti berat untuk meminumnya, tapi setelah didesak oleh Syaqila
barulah dia meminumnya.
Selesai
minum Syaqila melaraskan tempat duduk Ryan untuk memudahkan Ryan berbaring,
kemudian barulah dia meletakkan kain basah didahi Ryan bagi mengurangkan suhu
kepanasan. Sayang Syaqila semangkin tumpah, rambut Ryan dibelai, betapa nyenyak
tidur Ryan tanpa ganguan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hari
semangkin jauh meninggalkan semalam, perhubungan antara Syaqila dan Ryan
semangkin akrab, dalam diam entah bila kasih Syaqila pada Ryan mekar bertaut,
“kak
Liza, Qil minat sangat lah dekat Ryan, kak rasa dia suka kat Qil tak?” suatu
petang yang nyaman Syaqila telah memaklumkan tentang isi hatinya kepada Elliza.
“akak
dah agak da Qil memang minat dekat dia, dari cara ko layan dia pun akak da
tahu, Cuma akak nak tunggu Qil bagi tahu sendiri saja.” Syaqila hanya tersenyum
kambing dengan penjelasan Elliza yang juga adalah kakak sepupunya.
“kenapa
kak? Nampak sangatkah dari cara Qil layan dia?”
“memanglah,
orang buta ja yang takkan Nampak, mana ada rakan sekerja yang berlainan jantina
duk sibuk buatkan air dia tiap hari, siap sediakan sarapan lagi, ingat akak ni
baru kemarin lahir apa?” sesedap rasa elliLiza memberikan perisa sambal belacan
tomato versi pedas kaw2.
Tapi
bagaikan peribahasa ku sangka hujan sampai ke petang rupanya hujan disiang hari,
itu juga yang telah berlaku pada Syaqila, tanpa dia sendiri sedari air matanya
telah deras mengalir bagai sunami tak ingin berhenti. Ryan dengan tawa bahagia
berpegangan tangan beriringan berjalan, malah bukan dia sahaja melihat sandiwara
sebabak itu tetapi ketua kerani puan Alice juga ada melihat sama.
“eh!
Qil itu Ryan dengan girlfriend dia kah?” sambil tunduk Syaqila menjawab.
“iya
lah tu.” Sedaya upaya suara tangisan ditahan dari terdengar oleh puan Alice.
Selesai sahaja menjawab dengan langkah yang pantas Syaqila membawa diri untuk
bersembunyi bagi menenangkan rasa hati. Masakan tidak, setelah sekian lama
memendam perasaan akhirnya ini yang berlaku.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“kak
Liza, Qil rasa Qil nak cari kerja tempat lain lah” Syaqila memulakan perbualan
bersama Eliza di suatu petang semasa mengunjungi rumahnya.
“kenapa
pula tiba-tiba nak cari kerja tempat lain ni?” ELiza seperti kehairanan dengan
pemberitahuan Syaqila. Bukan dia tidak tahu dengan perasaan Syaqila terhadap
Ryan, dan dia tahu kasih sayang Syaqila terlalu dalam buat Ryan, tidak pernah
sekali seumur hidup Eliza melihat Syaqila melayan seorang lelaki seteliti
layanannya terhadap Ryan, malahan bukan itu sahaja sikap kasar Syaqila juga
sedikit demi sedikit telah berubah semenjak dia menyimpan perasaan terhadap
Ryan. dan keadaan Syaqila juga sudah menyusut, badannya semangkin kurus,
mungkin kerana terlalu makan hati. Eliza pernah bertanyakan kepada Ryan kiranya
dia menyedari mengapa Syaqila melayannya begitu baik, dan Ryan juga mengatakkan
dia mengerti tetapi keterlanjuran dia telah memiliki kekasih hati menyebabkan
dia mengabaikan perasaan Syaqila terhadapnya.
“bukan
apa kak, Qil takut Qil tak dapat face bila Ryan dah bertunang nanti, lagipun
kak pun tahukan, even Ryan tahu Qil sayang dia sepenuh hati dia tetap tak akan
hiraukan perasaan Qil.” Dalam senyuman payah Syaqila menyatakannya.
“kenapa
Qil tak bagi tahu secara terang dekat Ryan, mana tahu dia boleh pertimbangkannya.”
Eliza memberi cadangan.
“tak
perlulah kak, ada perkara tak perlu dijelaskan dengan kata-kata, cukuplah
dengan tindakan, tapi kiranya itu pun dia tak ingin memperdulikannya sudah
jelas dia memang tak sukakannya. Qil dah cukup bersyukur dia tak benci Qil, dan
Qil bersyukur sekurang-kurangnya Qil dapat rasa perasaan yang Qil rasa
sekarang.”
“So
Qil nak buat apa sekarang?”
“Qil
dah cari kerja, tengoklah kalau ada rezeki Qil kerja tempat lain.”
“Eloklah
sekurang-kurangnya Qil boleh lupakan Ryan.”
“Tak
kak, Qil pergi bukan sebab nak lupakan Ryan, tapi Qil nak pergi sebab Qil tak
nak tindakan Qil terhadap Ryan nanti akan menimbulkan ketidak selesaan terhadap
dia nanti, kalau Qil dapat lupakan dia dalam masa beberapa bulan Qil akan
bersyukur, tapi jika ditakdirkan Qil akan ambil masa bertahun untuk lupakan dia
Qil redha, Qil tak kan paksa diri Qil untuk lupakan dia, biarlah ia berlaku
secara semula jadi.” Ada sendu di tubir matanya Syaqila, dan Eliza mengerti
sekiranya Syaqila sedang berperang dengan perasaan sendiri, melawan arus kasih
sayangnya terhadap Ryan yang sukar dikawal.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dalam
kesibukan Ryan menguruskan hal pertunangannya, Syaqila juga dengan senyap
menguruskan hal perpindahannya, kepedihan dihati melihat kegembiraan Ryan
menanti saat bahagianya diganti dengan senyuman plastik oleh Syaqila, biarlah
rahsia hatinya kekal menjadi rahsia sehingga waktu menentukan cerita itu
terungkap. Alhamdulillah rezeki Syaqila murah, dia telah ditawarkan berkerja
disebuah syarikat swasta, walaupun dengan tawaran gaji yang rendah dia masih
mampu tersenyum sekurang-kurangnya dia akan berada jauh. Lagi dua bulan majlis
pertunangan Ryan akan berlangsung, ini bermaksud dia akan pergi sebelum majlis
Ryan, walaupun dia dapat pergi jauh namun dia sedar, kenangan Ryan akan tetap
bersamanya.
Lamunan
terhent bila Eliza datang mendekati.
“Qil,
akak ada berita nak sampaikan pada Qil” Eliza berkata dengan tenang.
“ada
apa kak?” Syaqila sudah mula cemas melihat riak wajah Eliza yang kelihatan
berat memberi berita.
“Ryan
kemalangan semasa balik dari KK, sekarang ada di hospital, kak Alice yang bagi
tahu tadi, masa mummy Ryan call office untuk memaklumkan.” Wajah Syaqila sudah
pucat, darah seperti bersembunyi dibalik tulangnya, degupan jantung seakan
gentar memainkan iramanya.
“mana
dia sekarang kak Liza?” dalam tak sedar terkeluar sebaris ayat yang dia sendiri
tak pasti.
“dekat
hospital Sandakan.”
“Qil
nak pergi lawat dia.” Tanpa menunggu jawapan daripada Eliza, Syaqila sudah
angkat kaki, Eliza tanpa berfikir panjang terus mengikut langkah Syaqila, takut
apa-apa terjadi kepadanya dalam perjalanan kerana emosi tidak stabil.
Setibanya
di hospital Syaqila terus sahaja ke kaunter pertanyaan, dan mendapat maklumat
bahawa Ryan masih ditahan d Unit Rawatan Rapi. Setibanyanya di unit itu
kelihatan Mummy dan Daddy Ryan sedang duduk dibangku yang disediakan, Syaqila
datang mendekati mereka setelah bersalaman Syaqila terus bertanyakan keadaan
Ryan, dan berita yang diterimanya hampir menyebabkannya pitam. Ryan mengalami
trauma buah pinggang, sebelah telah dibuang kerana gagal berfungsi, sebelah
lagi memerlukan alat bantuan, Ryan memerlukan penderma dalam masa terdekat,
adik beradiknya telah membuat ujian, tapi belum ada jawapan.
Syaqila
terduduk lesu di hadapan bilik Ryan ditempatkan. Melihat keadaan Ryan ketika
ini membuatkan dia seperti tidak bernyawa. Hanya doa yang mampu Syaqila
titipkan buat Ryan semoga Allah akan melindunginya. Dalam hatinya juga telah
tertekad untuk membuah ujian tersebut, walau dia sedar mungkin peluang padanan
adalah nipis.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Cik
Syaqila, ujian Cik dah keluar dan saya nak maklumkan kepada cik bahawa cik
mempunyai padanan dengan Encik Ryan. tapi saya nak Cik Syaqila fikir baik-baik
adakah benar Cik ingin mendermakannya, sebab Cik Syaqila tidak boleh
menyalahkan pihak hospital sekiranya berlaku komplikasi terhadap kesihatan Cik
selepas mendermakannya.”
“Ya,
saya ingin mendermakannya, dan akan menanggung sendiri sebarang risiko selepas
mendermakannya” Syaqila berkata setelah berdiam sejenak.
“baiklah
kalau begitu sila tandatangan disini, pihak hospital akan menghubungi Cik bila
pembedahan akan dilakukan”
“tapi
ada satu yang saya minta dari Doktor.”
“apa
dia?”
“tolong
rahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga Ryan”
“baik
lah kalau itu permintaan Cik Syaqila”
selesai
menandatangani surat pendermaan, Syaqila terus keluar untuk melawat Ryan, namun
hanya dari luar cermin. Kelihatan Ryan masih lagi lesu, tanpa dipinta air
matanya mengalir juga. Seandainya dia bisa menggantikan tempat Ryan dia rela
menderita dari melihat insan yang amat dia sayangi menderita.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hari
ini adalah hari terakhir Syaqila bekerja dengan Syarikat Medium Unit. Sebelum
beredar Syaqila ada memberikan sepucuk surat kepada Eliza untuk disampaikan
pada Ryan apabila dia mula berkerja kelak. Eliza hanya menyambut dengan air
mata yang bergenang di tubir mata.
“jaga
diri baik-baik, banyakkan bersabar ya.” Pesan Eliza hanya disambut dengan
anggukan dan senyuman daripada Syaqila.
“akak
pun jaga diri baik-baik, maafkan segala kesalahan Qil selama pergaulan kita ya,
ada umur kita jumpa lagi” setelah bersalaman dengan rakan sekerja yang lain
Syaqila terus menapak kedalam keretanya. Melihat kembali bangunan yang
tersergam indah, meninggalkan memori yang melakarkan bahagia mencontengkan
duka. “selamat tinggal memori, selamat tinggal Ryan”
Tit…tit..tit… deringan telefon mengganggu konsentrasi
Syaqila memandu dalam hujan.
“ish!
Lupa plak nak pakai ear phone.” Sambil mencapai telefon syaqila melihat pada
skrin tertulis “Hospital”. Dalam keralitan Syaqila telah mengundang kecuaian
tanpa sedar Syaqila telah memandu dalam landasan yang bertentangan, dan tanpa
dia sedari ada sebuah lori kontena sedang menuju kearahnya, dengan keadaan
hujan lebat menyebabkan pemandangan para pemandu tidak jelas, dan akhirnya…
“DUUUUMMMMM”
satu dentuman yang menyebabkan Syaqila hilang pertimbangan mengawal kenderaan
dan telah menyebabkan kenderaannya terputar beberapa kali yang akhirnya dia
tersadai di bahu jalan dengan keadaan kereta yang sudah seperti besi buruk.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setahun
kemudian
“apa
khabar Ryan?” Eliza menyapa Ryan di pintu masuk ketika berselisih.
“khabar
baik saja, kak Qil pergi mana ya? Dari tadi tak datang kerja lagi.” Bagaikan
terkejut Eliza dengan pertanyaan Ryan.
“nanti
kak jumpa Ryan ya, ada benda nak bagi dekat Ryan.” tanpa menjawab soalan Ryan
Eliza mencela dengan perkara yang lain.
“ok,
jumpa dekat mana?”
“taman
depan office.”
“ok!
Set.”
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“kenapa
kak nak jumpa Ryan dekat sini?” Ryan memulakan bicara setelah melabuhkan
punggung di bangku yang disediakan ditaman bertentangan duduk dengan Eliza.
“akak
nak sampaikan amanah ni.” Surat di tangan dihulurkan kepada Ryan. “buka lah”
Sampul
dibuka, helaian ditebar.
Askum
Ryan…
Apa
khabar Ryan Sekarang, hope dah bertambah sihat dan kuat, terlebih dahulu Qil
nak minta maaf pada Ryan kerana telah berhenti kerja tanpa menunggu Ryan sihat
sepenuhnya… bukan niat nak membelakangkan Ryan tapi masa tidak mengizinkan untuk
Qil memaklumkan kepada Ryan.
Anyway, macam mana keadaan buah
pinggang Ryan sekarang? Qil harap tubuh Ryan da boleh menerima organ baru.
Doktor ada memaklumkan kepada Qil bahawa pada peringkat awal, biasanya penerima
organ akan mengalami penolakan pada organ baru, dan kadang kala ia memerlukan
masa yang panjang untuk menerimanya, but Qil berharap dan berdoa semoga tubuh
Ryan tidak mengalami kesulitan yang panjang. Secara jujur dan ikhlas Qil
dermakan buah pinggang Qil pada Ryan, semoga dengan buah pinggang yang baru ini
Ryan dapat meneruskan hajat Ryan dan teruskan kehidupan yang bahagia, walaupun
sebenarnya perkara tersebut menghancurkan hati Qil, (Qil tahu Ryan sedar
perasaan Qil pada Ryan) tapi Qil juga tahu walau apa pun Qil lakukan untuk Ryan
ia tidak akan dapat mengubah apa-apa. Cuma apa yang Qil dapat lakukan sekarang
hanyalah berdoa semoga Ryan akan bahagia.
Qil juga nak ucapkan terima kasih
sebab Ryan tidak membenci Qil walaupun Ryan tahu akan perasaan Qil pada Ryan.
selain itu terima kasih juga kerana membiarkan Qil terus mencurahkan kasih
sayang yang ada dalam hati Qil buat Ryan walaupun Ryan tidak mengharapkannya.
Akhir sekali Qil nak ucapkan selamat
melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, semoga berbahagia selamanya, maaf
kerana mungkin Qil tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Qil
berharap Ryan akan dapat menerima HADIAH TERAKHIR TANDA KASIHKU.
Salam
sayang, salam rindu, salam kasih
Ikhlas-
Syaqila
Surat
dilipat, pandangan mata Ryan bertaut dengan Eliza
“Qil
kerja kat mana sekarang kak?”
“maaf
Ryan, akak harap Ryan tak akan terkejut dengan berita yang akan akak sampaikan
ini. Sebenarnya Syaqila telah meninggal dunia, dia terlibat dengan kemalangan
jalan raya pada hari terakhir dia bekerja di sini.” Pandangan Ryan seakan berpinar,
bagai mimpi dia mendengar berita itu. Bagai baru semalam dia bergurau dengan
Syaqila, kini dia sudah tiada, setelah setahun pemergian Syaqila baru hari ini
dia mengetahuinya.
“maaf
Ryan, bukan akak tak nak bagi tahu Ryan, tapi akak tak nak emosi Ryan terganggu
dan menyebabkan kesihatan Ryan juga terjejas. Akak tak mahu pengorbanan Syaqila
sia-sia, Cuma satu akak nak Ryan tahu, semua apa yang Syaqila buat ini adalah
untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar menyayangi Ryan, terimalah hakikat dia
telah pergi buat selamanya dan walaupun Ryan tak dapat menghargai apa yang
dikorbankanya buat Ryan ketika hidupnya, tapi akak harap Ryan dapat menghargai pemberian
terakhirnya sebelum dia dijemput pulang.”
Ryan
hanya memandang kosong di tengah taman, mengenang kembali episode ketika dulu.
Air mata mengalir, hanya kerana ketidak jujurannya mengakui, Syaqila pergi
bersama dukanya. Longlai tubuh bergerak meninggalkan taman dimana tempat
Syaqila sering melayan perasaan. Masih terngia di telinganya kata-kata terakhir
dari Syaqila semasa dia ingin becuti sebelum dia kemalangan “macam mana kita
nak happy, kalau perkara yang boleh buat kita happy kita tak mampu miliki?”
namun soalan Syaqila itu hanya tinggal soalan tanpa jawapan, kerana dia sedar
soalan Syaqila itu mempunyai maksud yang dalam.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment