Keasyikan hembusan bayu di pantai Jeti Sahabat-16 Lahad
Datu amat menenangkan. Sudah sekian lama dia tidak mendapat kesempatan sebegini
sejak tahun 2005 lagi. Rasa rindu terhadap seseorang menggamit hatinya. Andai
ada peluang ingin sekali dia bersamanya, namun apakan dayanya sekarang dia
sudah di penghujung jalan dunia ini.
Kenangan bersama insan yang pernah
bertakhtak di hatinya suatu ketika dulu tergambar diruang ingatan, penantian
selama 10 tahun berakhir dengan sia-sia, siapa sangka setelah luka dihati telah
pulih tanpa dipinta cinta dihati berputik semula, seorang jejaka yang dulu
hanya dikenali atas urusan kerja telah mencuri perhatiannya. Kerana takut
terlewat dia memulakan langkah perkenalan. Namun keakraban yang terjalin telah
mengundang derita dihati akhirnya.
“aku
sukakan kamu” bagaikan terkena renjatan elektri, mulut Ryan bagai terkena gam
uhu tak bisa terbuka. Dalam keadaan yg genting hampir juga Qizah ketawa. Mana
tidaknya, seorang lelaki ada juga yg tak terkata bila seorg perempuan meluahkan
perasaan kepada mereka.
“tapi…
Qiz kan tahu Ryan da ada girlfriend” setelah sekian lama membisu akhirnya Ryan
berkata juga.
“ya,
Qiz tahu tu, but apa Qiz nak buat? Qiz da terlanjur sukakan Ryan, sebab tu lah
dulu Qiz pernah tanya Ryan kalau dah ada someone special, but Ryan slalu
cakap.. akukan pemalu, akukan pendiam, siapalah yang suka kat aku ni… bukan
sekali Qiz tanya Ryan perkara ni, tapi dah selalu… jadi Qiz anggap apa yang
Ryan bagi tahu Qiz tu betul.” Dalam sayu Qizah berkata.
“jadi
Qiz da tak boleh lupakan Ryan?” Ryan bagai tak tahu apa nak dikata, dalam
kepayahan Qizah senyum.
“bukan
Qiz pinta untuk ada perasaan begini, kalau perasaan Qiz ni boleh Qiz atur
sendiri, Qiz tak akan ada disini utk luahkan rasa Qiz pada Ryan.” Tanpa kata
Ryan hanya mampu merenung dalam kerdipan mata kearah Qizah.
“maaf,
tapi izinkan lah Qiz menyayangi Ryan” hanya itu yang terluah, sambil melangkah
pergi, rasa membahang bagai terasa akibat dari laku Ryan yang seolah telah
dilenyapkan kemampuannya utk bertutur.
Hari
terus berlalu, Qizah tak pernah mengalah utk meraih kasih Ryan, walau tanpa
Ryan sedari, dari situlah Qizah belajar tentang kesukaan dan kebencian Ryan.
Seupayah Qizah menjaga keperluan Ryan, menjaga keperluan Ryan adalah sebahagian
rutinnya, walau tidak semua yang dilakukan, makan, minum, sakit, penat. Tidak
pernah Qizah merasakan perasaan bahagia menyayangi seorang insan yang istimewa
dalam hidupnya. Walaupun hanya memjadi pemberi dia bahagia.
Namun
kebahagian itu tak kekal lama, sangkanya segala perhatian yang diberikan kepada
Ryan akan membuatkan Ryan mempertimbangkan nilai dirinya di mata Ryan, tapi
ianya hanya sia-sia.
Lantaran
Ryan yang tidak mempertimbangkan perhatiannya dan masalah kesihatannya yang
semangkin merosot itu dia kini terlantar di pusat peranginan Jeti Sahabat-16
Lahad Datu. Menghabiskan sisa hidup yang ada dengan menikmati keindahan ciptaan
Allah yang mungkin utk kali terakhir dalam hidupnya. Dalam renungan jauh itu
terlayar kembali sejarah hidupnya…dilahirkan tanpa mengenal siapa ibu bapanya,
menjadi anak angkat kepada pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak,
dia adalah anak angkat kedua kepada pasangan itu, yang pertama adalah lelaki.
Walaupun hidup dalam serba kekurangn namun Qizah tetap bersyukur kerana kehidupan
itulah mengajarnya utk berdikari, sehingga dia mampu tersenyum dengan hasilnya
tika ini, dan kerana hidup ini juga telah mengajar dia sebagai seorang yang
ikhlas memberi walaupun tidak menerima balasan.
Kerana
hidup ini jugalah dia berpeluang untuk merasai perasaan mencintai seseorang
yang istimewa iaitu Ryan, dan kenangan itu akan dibawa hingga kehembusan nafasnya
yang terakhir. Selama hidupnya inilah perkara yang membahagiakan dirinya merasa
menyayangi insan selain keluarganya.
“maaf
cik Qizah, saya rasa sebaiknya cik tinggal di hospital untuk rawatan kawalan,
cik sudah maklum barah payudara cik sudah berada pada peringkat akhir.” Qizah
hanya mendengar ulasan dan cadangan Doktor Hafiz tentang penyakitnya, setelah
menghabiskan masa selama tiga hari untuk menenangkan fikiran di pantai Jeti
Sahabat-16, barulah Qizah datang menemui Dr Hafiz, sememangnya barah yang dia
hidapi sudah diperingkat akhir, sebelum ini simtom yang dianggap sakit biasa
rupanya sedang berleluasa memusnahkan tubuhnya. “ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kesabaran dalam aku menempuh
dugaan hidup yang Engkau berikan kepadaku” hanya itu yang termampu dipanjatkan
kepada yang maha berkuasa.
sudah
seminggu Qizah di hospital menerima bermacam-macam rawatan untuk melawan
kansernya, dan ini bermakna sudah hampir dua minggu Qizah mengambil cuti tanpa
gaji tanpa memaklumkan kepada majikan tujuan asalnya. Pen dan kertas dicapai.
Dengan kudrat yang tinggal sisa, Qizah ingin mencoretkan kata-kata terakhir
untuk insan-insan yang dikasihinya.
Kepada
keluarga yang amat Qiz sayangi,
Umi, abah, Abang, maafkan Qiz sebab
tak memaklumkan kepada kalian semua tentang penyakit yang Qiz hidapi,
sebenarnya Qiz pun baru mengetahui selepas membuat pemeriksaan kesihatan masa
Qiz demam teruk. Tapi semua dah terlambat sebab barah Qiz sudah diperingkat
akhir, Qiz tak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan hanya melakukan rawatan
untuk memperlambatkan serangan kanser. Dan Qiz sengaja tidak memaklumkan kepada
kalian semua sebab Qiz tak mahu kalian bersedih melihat penderitaan Qiz malawan
penyakit. Cukuplah pengorbanan umi dan abah selama membesarkan Qiz.
Qiz nak ucapkan terima kasih kepada
umi dan abah sebab sanggup pelihara Qiz sehingga menjadi insan yang berguna,
Qiz nak minta ampun kepada umi, abah dan abang keatas semua kesalahan yang
telah Qiz lakukan samaada dalam sedar atau tak sedar. Halalkan makan dan minum
Qiz selama Qiz masih hidup, maafkan juga Qiz sebab tak dapat menyempurnakan
tugas sebagai anak kepada umi dan abah. dan Qiz nak kalian semua tahu yang Qiz
amat menyayangi kalian.
Salam
sayang buat selamanya
-Qizah-
Bagaikan
mimpi arwah Qizah sudah selamat disemadikan, air mata kedua ibu bapa dan abang
Qizah tidak dapat ditahan lagi, dibalik wajah ceria Qizah selama ini
tersembunyi kedukaan yang tidak terlihat, hanya doa yang mampu dikirimkan tanda
kasih org tua kepada anak yang telah pergi.
Ryan
hanya diam bisu didalam kereta, bagai tidak percaya Qizah yang pernah mengambil
berat tentang dirinya kini sudah tiada lagi, bagaikan dalam mimpi dia menerima
pemberian terakhir dari Qizah melalui abang Qizah.
Lembaran
surat dibuka…
Hello
Ryan…
Apa
khabar? Mungkin masa Ryan baca surat ni Qiz dah tak ada lagi, sorry tak bagi
tahu Ryan, bukan nak balas dendam kat Ryan, cuma bagi Qiz hal Qiz ni tak
penting bagi Ryan dan Qiz tak nak Ryan simpati pada Qiz. Apa pun Qiz nak minta
maaf kat Ryan kalau selama kita kenal Qiz telah sakitkan hati Ryan, halalkan
apa yang termakan dan terminum selama Qiz masi hidup.
Qiz
juga nak ucapkan terima kasih pada Ryan sebab izinkan Qiz sayangi Ryan. Itulah kenangan
yang Qiz kenang sehingga hembusan nafas Qiz yang terakhir. Hanya satu perkara
yang Qiz nak sangat rasa tapi tak berkesempatan semasa hayat Qiz adalah merasai
kasih sayang dari seorang insan yang Qiz sayangi. J tapi bagi Qiz mungkin ada hikma
disebalik semua ini.
Pesanan
Qiz buat Ryan, ingatlah bahawa insan pertama yang hadir dalam hidup kita tidak
semestinya yang terbaik buat kita, dan insan kedua yang hadir diantara kita
tidak bermaksud dia telah terlewat untuk menjadi penghuni dihati kita. Tidak
salah kiranya kita memberi pertimbangan dengan nilai kasih sayang yang dia
berikan kepada kita. Dia sama seperti kita, punya rasa kasih yang dikurniakan
kepadanya.
Qiz
juga nak bagi tahu Ryan beberapa perkara yang mungkin pernah Ryan fikirkan.
1. Nak
tahu how much I love u?
J=
more then I love myself.
2. Nak
tahu why I love u?
J= tak ada alasan kenapa Qiz sayangi
Ryan.
3. Nak
tahu sejak bila Qiz cintai Ryan?
J= tak sedar sejak bila, rasa itu hadir
tanpa ucapan.
4. Nak
tahu sampai bila Qiz akan cintai Ryan?
J= sehingga nyawa Qiz telah berpisah
dari badan, sehingga itu kenangan itu akan tetap bersama.
Jaga
kesihatan dan jaga diri, semoga Allah sentiasa melindungimu.
Salam
sayang dari insan yang tak mampu menjadi penghuni hatimu
-Qizah-
Album
gambar yang memuatkan aksi arwah Qizah dan Ryan terpamer diruang mata, selesai
membelek album, Ryan mencapai bungkusan bag kertas yang diberikan bersama-sama
album tadi. Kotak yang terdapat dalam beg kertas tadi dibuka, terdapat seutas
jam tangan BUM didalamnya bersama-sama kad kecil diselitkan, dengan ucapan
ringkas.
Dear
Ryan,
Selamat
ulang tahun yang bakal menjelang, semoga hidupmu akan bahagia.
Salam
sayang
-Qizah-
Air
mata lelakinya akhirnya tumpah juga, tidak diduganya gurauan Qizah semasa kali
terakhir sebelum Qizah bercuti adalah benar “Ryan, klu Qiz dah tiada nanti Qiz
nak Ryan tahu yang Qiz sayang sangat dengan Ryan” Ryan hanya mendengus geram
dengan kata-kata Qizah, kerana dia memang tidak suka soal mati diperkatakan.
Namun dengusan itu hanya dibalas oleh Qizah dengan senyuman dan usapan dipipi
Ryan, sambil berkata “jaga diri baik-baik” sebelum melangkah pergi. Rupanya
itulah usapan, kata-kata, dan senyuman terakhir Qizah buat dirinya.
Ryan
meraup mukanya berulang kali, benarlah kata org, tidak semua orang akan menemui
seseorang yang akan ambil berat tentang dirinya, dan peluang itu hanya sekali,
bila kita melepaskannya kita tidak akan dapat memilikinya lagi.
Ryan
memandang lesu nisan yang masih berbalut kain putih dari dalam kereta, “maafkan
aku Qiz kerana tidak pernah menilai kasih sayang mu, semoga kau akan bahagia
disana” Ryan memandu perlahan keretanya keluar dari perkarangan perkuburan,
dengan air mata yang masih setia mengalir.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment